FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, May 7, 2009

HuTaN SToNG??

"Hutan Stong diagih kepada syarikat perladangan"
[Utusan Malaysia 7 Mei 2009]

KOTA BHARU 6 Mei - Kerajaan negeri hari ini membuat keputusan yang agak mengejutkan dengan meluluskan 400 hektar dipercayai dalam kawasan hutan simpan Stong, Kuala Krai di sini, bagi projek tanaman kelapa sawit.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, kelulusan itu diberikan kepada sebuah syarikat swasta dalam mesyuarat mingguan Exco hari ini.

Mesyuarat Exco hari ini luluskan 1,000 ekar (400 hektar) tanah untuk dibangunkan ladang kelapa sawit di Stong kepada sebuah syarikat swasta,'' katanya kepada pemberita di pejabatnya selepas mesyuarat tersebut di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kelulusan bagi projek tersebut yang dipercayai lokasinya dalam Hutan Simpan Gunung Stong yang berkeluasan 21,950 hektar.

Ia sebahagian daripada kawasan hutan yang amat dikagumi para penyelidik dan pencinta alam kerana kekayaan kepelbagaian biologi yang tinggi dan unik.

Kawasan yang diluluskan atas nama pembangunan pertanian itu dipercayai berada dalam Taman Negeri yang bukan sahaja sebagai khazanah warisan, tetapi juga dianggap sebagai gedung ilmu dan destinasi ekopelancongan dengan potensinya yang begitu besar.

Malah, kawasan itu juga merupakan kawasan sumber air bagi sebahagian penduduk di kawasan pendalaman yang datang dari aliran air terjun Gunung Stong setinggi 270 meter - yang tertinggi di rantau ini.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN), Datuk Abdul Aziz Derashid ketika diminta mengulas berkata, sekiranya benar ia membabitkan kawasan Taman Negeri, ia suatu yang amat mengejutkan.

Malah, beliau meminta kerajaan negeri mengkaji semula kelulusan itu kerana ia bukan sahaja menjejaskan kepentingan penduduk setempat, tetapi juga kepentingan negeri dan generasi masa depan.
''Kawasan yang diluluskan agak luas. Ia suatu yang malang, mendukacitakan dan atas pertimbangan apa kerajaan negeri memberikan kelulusan itu?," ujarnya.
Beliau turut bertanyakan sama ada kerajaan sudah ketiadaan kawasan lain untuk diagihkan bagi memenuhi kepentingan perniagaan syarikat yang mengemukakan permohonan itu. Kerajaan negeri, menurut beliau, sepatutnya melihat kawasan dari segi kepentingan pengekalan kawasan itu dari sudut ekologi, alam sekitar, nilai estetika dan sebagainya serta memanfaat bagi menjana ekonomi negeri melalui aspek pelancongan.

''Stong wajar dimajukan dari sudut itu. Pihak MTPN telah memilih kawasan Gunung Stong itu dengan beberapa lagi kawasan termasuk Tasik Pergau untuk diperhebatkan promosi mengenainya.

''Saya berharap Jabatan Alam Sekitar turut meneliti kelulusan yang diberikan ini. Kita tidak mahu melihat kepentingan jangka singkat bakal mengorbankan masa depan.

''Kita juga pemegang amanah kepada generasi akan datang terutamanya hutan. Lihat sahaja negara jiran, Thailand yang mana khazanah hutan diberi nilai sangat besar dan sebagai contoh pencuri balak dikenakan hukuman yang sangat berat," ujarnya.

Katanya, dalam menerajui pemerintahan, pentadbiran negeri tidak boleh terikat dengan tekanan dari luar.

Nota

What should i say regarding this issue?? Ermmm..... Hutan Stong, Gunung Stong, Gunung Ayam.... semuanya magis, mistik atau dalam kata sebenar - indahnya ciptaan Tuhan... Macam-macam yang macam-macam... Biodiversiti yang tinggi, udara yang segar, pemandangan yang indah, air yang sejuk, langit malam bertabur bintang... magis!!! Teringat juga mengelungsur dalam terowong air di air terjun, hebat!!!

Terus terang Den tak boleh bayangkan kalau kawasan yang cantik ini diganggu sedang peluang menerokai Stong sebagai pusat kajian dan ekopelancongan terbuka luas. Kalau ia diganggu usik, hancur musnah hati saya melihatnya.

Den kongsikan beberapa keping gambar untuk tatapan. Gambar dari kamera teman-teman di mana simpannya? Aduh!!! Kena selongkar balik ni!!

2 comments:

Ren said...

amboiiii ke stong plak ekkkk

masMZ KaKiJaLaN said...

Salam Janggel.

Ni trip lama larr... Merdeka 2007... Teringat bila diorang nak convert jadi hutan ladang... Stong, cantik!