FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, May 4, 2009

PaNiC @ tHE DisCo

Fuh! Panik tak baca tajuk entri nie? Panic at the Disco (eh ni nama kumpulan ke lagu ntah!) yang pasti terakhir yang berkumandang di corong radio kereta tadi.

Akupun panik juga. Entah apa yang bermain dalam kepala aku hari ni. Bodoh duduk di klinik kerana penyakit yang dicari. Klinik, mahupun tuan doktor merupakan antara perkara yang paling tidak digemari. Fobia juga ya!! Kebarangkalian untuk dikatakan penipu kerana acapkalinya waimma sakit walaubagaimanapun, jika tiba di pintu klinik haiii penyakit pun hilang. Sihat walafiat boleh melompat-lompat lagi (kalau rasa tak malu nak melompatlah!).

Justeru, aku duduk diam menunggu nama dipanggil. Tak senang duduk kerana tahu akan dimarahi. Aku sudah lewat sebulan dari tarikh temujanji. Aku fikir sudah tidak mahu ke mari lagi. Ermmmm.... nasib 'tak baik' kerana hari ini aku punya banyak masa dan aku dalam keadaan yang ’waras’.

Dua kali aku ke sana. Kali pertama, klinik tutup sebentar (huh, katanya 24jam!). Kali kedua selepas beberapa jam, sudah ramai orang yang menunggu. Kalau tadi bodoh, kali nie gila aku agaknya!

Dek kerana lambat, dek kerana XXXX, kasihan aku pada tuan doktor yang terpaksa membebel kepada aku (bukan kasihan kepada diri sendiri!). Mengangguk kepala pada setiap ayat. Angguk dan terus mengangguk.

“.....”
“[Angguk] Iya Doc”
“.....”
“ [Angguk] Tak sempat Doc”
“....”
“ [Angguk] Kerja luar Doc”
“....”
“ [Angguk] Iya, saya cuba Doc”
“....”
“[Angguk] Iya Doc”
“....”
“[Angguk] Baik Doc. Ada apa-apa lagi Doc?”
“Ikut ya”
“[Angguk] Terima kasih Doc”

Mana aku sekarang?? MacD Alamanda melepas geram. Haiyakkkkkk!!! (masa entri ni ditulis)

No comments: