PeSaN iBU
Meninggalkan Ibu untuk kembali ke perantauan. Sayu wajah Ibu dan seperti biasanya mata putih Ibu menjadi merah. Bila Ibu diusik Ayah, baru Ibu ketawa dan memarahi Ayah (sebenarnya mahu menafikan mata merahnya).
Pesan Ibu:
Anak, jangan tinggal sembahyang.
Pesan Ibu:
Anak, jaga adik-adik. Tengok sembahyangnya. Tengok makannya.
Pesan Ibu:
Anak, bawa kereta pelan-pelan. Kamu suka bawa kereta laju-laju. Baik-baik bawa kereta.
Lama Ibu diam selepas salam. Mahu melangkah masuk ke dalam kereta bila Ibu menyambung kata-kata. Anak... [Alamak! Kenapa tiba-tiba rasa gementar teramat? Jangan disebut soalan maut. Tolong Ibu, please!]
Aduh, disebut juga akhirnya. Soalan 'maut' yang tiada jawapan [delima]. Ibu bertanya soalan 'maut' dan disusuli dengan ingatan-ingatan lain. Ingatan masa yang berlalu. Ingatan masa yang akan datang.
Ingatan Ibu:
Anak, jangan lupa berdoa.
Ingatan Ibu:
Anak, jangan lupa berusaha.
Ingatan Ibu:
Anak, masa berjalan.
Melempar senyum buat Ibu. Sukarnya untuk membuat jawab. Assalamualaikum Ibu.
* Mahu keluar rumah memakai T-shirt berlengan pendek. Tujuan mahu ke pasar sendiri dengan motor Ayah.
A: Ibu, ok tak baju nie? OKkan? Ke buruk sangat?
I : Tak ada baju lengan panjang ke?
A: [hairan]
I : Pakailah baju lengan panjang.
A: Kenapa Ibu? Nak ke pasar saja. Tak singgah mana-mana.
I : Kat luar panas, nanti gelap.
A: Owh! [dua kali hairan. Ibu?]
Ermm... barangkali anaknya yang seorang ini sudah gelap!!! Ekeke... Nampak sangatkah? Tak pernah-pernah Ibu bersuara mengenai cantik... ermm (kali kedua).
5 comments:
kita terkongsi pesan yang serupa, barangkali... :)
Kamu Koishie, sering saja buat saya tertawa sendiri :)
Ya mungkin juga.
[Pening untuk memberi jawab. Ermm..]
tertawa? hehehhe... yg paling benar, aku bukan pelucu orangnya..
Koishie, kita tak perlu menjadi seorang pelucu a.k.a pelawak untuk membuat orang tertawa...
Senang sekali saya dengan kamu :D
Ibu...
Post a Comment