FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, May 26, 2009

MaNa SeTaNGGiNYa di IsTaNa BuDaYa

Karya :
Datuk Noordin Bin Hassan, Sasterawan Negara
Sinopsis:
Di Mana Setangginya membawa kisah masyarakat nelayan dan petani. Pohon Setanggi adalah salah satu hasil pendapatan mereka. Di dalam kehidupan masyarakat tersebut, mereka mempunyai 1 peraturan yang pelik, mereka dilarang menangkap ikan pada hari Sabtu, kerana hari tersebut dikhususkan kepada kerja-kerja beribadat.

Tidak berpuas hati dengan peraturan tersebut, sekumpulan nelayan yang diketuai oleh Hawar (Shaharuddin Thamby) menentang dan berpindah ke atas bukit. Kehidupan mereka menjadi mewah sehinggalah kedatangan Unza (Iqbal Taufik) mengubah kehidupan mereka dengan 1 falsafah yang baru.

Konflik masyarakat tersebut meningkat apabila Juda (Tony Eusoff), anak kepada Hawar mengahwini Iriam (Sabrina Ali Khan), anak kepada Ibra (Azman Abu Bakar). Silbi (Mohd Nor Fatih) dan Subhat (Rudy de Luna) kemudian menabur fitnah ke atas Iriam.

Juda dan Hawar kemudian mengistihar diri mereka sebagai Raja. Semua penentang akan diserang dan semua tangkapan orang kampung hanyalah boleh dijual kepada mereka sahaja. Sikap ini ditentang oleh Uzza dan Paderi (Abdul Mutalif Bakar) kemudian di tangkap oleh Uzza. Untuk menyelamat mereka, Ibra diminta membayar 10 bakul ikan sebagai tebusan dan menyerahkan anaknya, Iriam, isteri Juda kepada Uzza.

Tiba-tiba turunlah ribut yang maha dahsyat serta halilintar yang membelah suasana. Belut gergasi yang dibela Uzza akhirnya memakan tuannya serta membunuh Hawar.

Akhirnya, Juda telah pun menemui sodom wa gamurahnya. Itulah pengajaran kepada kisah ini. Memang benar, manusia dijadikan di tahap yang tinggi, tetapi ia kembali kepada Tuhannya dalam tahap serendah-rendahnya.


Tarikh : 13 – 21 Jun 2009, 8:30 pm
Lokasi : Panggung Sari, Istana Budaya
Harga tiket : RM30, RM50, RM70, RM100

Jom pi ramai-ramai.... KaKi JaLaN to KaKi TeaTeR

No comments: