Menderu emel masuk sebagai respon kepada perletakkan jawatan FDI dari Jabatan. FDI, orang yang ke sembilan dari Geng 39 (yang bertaburan di seluruh negara) yang keluar. Ermmm.... Rasanya G39 bukan lagi G39...
'Anak emas' Selangor kerana hebatnya menilai, membuat hujah dan justifikasi jelas, senang bekerja dengannya kerana dia sentiasa cuba berusaha sungguh di waktu sibuknya. Justeru, jika tidak dapat atau belum sempat dilaksanakan, dengan pantas memohon maaf dan memberi penyelesaian lain. Pendeknya FDI sudah menjadi rujukan kami pada bidang pengkhususannya - Penilaian. Perpindah ke firma yang lebih besar, jawatan senior, FDI tahniah!! Semoga lebih cemerlang di tempat baru.
aN eNDiNG is ReaLLY a NeW BeGiNNiNG
Seorang teman memetik kata-kata "an ending is really a new beginning". Macam mana untuk aku tidak bersetuju dengan itu? FDI menamatkan perkhidmatannya di sini dan akan memulakan sesuatu yang lebih gemilang. Aku? Iya aku belum bersedia menamatkan perkhidmatan di sini, tapi aku berjaya menamatkan sasaran aku dengan jayanya. Kini aku sedang berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih besar. Kerana Tuhan Maha Mendengar, Maha Mengetahui segala sesuatu, syukur perjalanan dipermudahkan walaupun pernah suatu ketika aku merasakan perkara-perkara itu mustahil.
[Kawan-kawan dan pembaca yang dihormati, juga ingatan kepada diri sendiri, jangan sesekali berputus harap. Berusaha mencapai cita, Berdoa meminta berkat]
No comments:
Post a Comment