FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, January 29, 2010

GuNuNG JeRai, KeDaH - DaH SaMPai

Cerita pasal Gunung Jerai di Kedah, yang chek ingat dulu ada kawan chek ajaq pi daki.. Tapi masa tu chek tak sempat nak ikut depa sebab ada hai laen. Chek kata kat depa, "Hang pa naek larr... Takpa larrr tinggaikan chek... Ermmm chek tak kisah... Hang pa pi larrrr...". Dalam half redha kasik depa pi (dulu ler, skrg dah redha). Jadinya chek ngadu lar kat kawan chek yang laen. Kawan chek yang ni oghang Kedah. Chek cakap kat dia, "Kawan-kawan Gunung chek tinggalkan chek. Depa pi Gunung Jerai." Erphmmmm hampeh kena gelak dengan kawan chek yang soghang nih. Tak dak belaih kasihan langsung! Cesss! Katanya, "Oklar nak daki gunung tu, pi larr. Nanti I tunggu kat ataih. Leh lagi ensem bergaya, tak dak kuar peluh setitik pun! :p". Memang tak patutkan! Chek tau lar dia oghang sana, grrrrrr...

Jadinya, memang dah sah lar chek kena tinggai, peh tu memang dah kena gelak sakan. Memang sampai ati depa no... Ermmm... Tapi tu cerita dua tahun lepas, memang dah takleh nak pegi nak buat camno... Tahun lepas, chek ada projek kat Gunung Jerai.... Dalam hati, bila lar depa nak pangge wat site visit? Hehehe... Bagai ulam dicita pucuk mendatang, di akhir projek ada taklimat... Yes! Ada site visit! Cayalah!! Terima kasih wat JMG Kedah!

Gunung Jerai, chek mai nih... Akhirnya sampai juga ke puncak (well, tak sampai ke puncak yang paling atas - but still! Hehehe). Sorrylar sebab akhirnya chek sampai jugak kat ataih sungguh pun dengan cara yang paling tidak adil. Chek naek 4wd... Kengkawan kat KaKi JaLaN, hang pa nak naik ataih pun buleh. Takdak hai. Aritu chek tengok kete pun leh naik.

Pemandangan kat atas, memang cantik. Marvellous lar bak kata omputih... Tengok sawah luas terbentang. Tengok laut. Tengok pulau... Tapi kat sini, chek takdak gambar yang elok yang leh kongsi ngan hangpa. Masa chek pi tu jerebu sket. Gambaq sawah tak nampak sangat.. Aduiii... Frust eh! Yang chek leh kongsi, ada kat bawah nih. Gambar pemandangan takdak lar yang cun dan sebab chek pi sebab keje, yang chek dapat amek gambar clear gambar yang dekat ja iaitu gambaq segala batu-batu dan mineral yang ada kat sini. Namanya kena tanya dengan oghang JMG Kedah (tapi JMG Kelate pun buleh jawab jugak! Hahaha).

Dikongsikan gambar-gambar masa chek pi Jerai.
Selamat datang, ini santun Malaysia.... Chek suka :)

Duduknya Gunung Jerai ni kat dalam Hutan Simpan Kekal Gunung Jerai
Sebahagian pemandangan dari kawasan resort kat Gunung Jerai

Nama nyer.... ermmm....
Nama nyer.... ermmm.... (cikgu-cikgu jangan marah! saya budak baru belajar!)

Nama nyer.... ermmm....
Nama nyer.... ermmm....
Nama nyer.... ermmm....
4wd yang chek naik. Nanti chek tukar ngan gambar ramai-ramai kat sana tu

KaKi JaLaN pada ketinggian 1200m dari aras laut

Kat atas ni ada resort lar. Masa chek pi hari tu, resort ni tak buka lagi. Tempatnya memang cantik, chek gerenti dan kat atas ni memang sojuk walaupun kek bawah tu panaih! :)

Pemandangan dari bawah.... Den ado (eh silap cakap nogori laksss!). Chek ada gambaq lama yang tunjuk Gunung Jerai ni cantik berkabuih (nak kena korek fail lama eh!). Nanti chek kongsi kat KaKi JaLaN :D
[terima kasih wat JMG Kedah atas layanan dan semua bantuan yang diberikan masa chek kat sana]

10 comments:

siti ika said...

wah..... bestnyer.. nk gi kedah n hatyai jugak bln 4 nie... x sabar!

masMZ KaKiJaLaN said...

wahhh... kita takat2 Kedah jew, awak nak lajak ke Hatyai... jelez bangat nih... Kalau sempat, kuarlar highway sket naek ke Gunung Jerai nih :)

psst : nak ikut ke Hatyai... eh! hehehe

yanie said...

kecik ati batu bata ctu..xingt namanya..nmpk sgt nk p bersuka ria ataih gunung tu ja..;p

masMZ said...

ekeke. Iyolar kecik ati batu2 tu. Nk kena bukak buku catitan blek, tp tak sabar nk wat entri. Yg chek ingat, rupanya jerai ada formasinya sndri which namely formasi jerai lar.. Ado sungguh ni, tak tipu. Rasanya kalo xsalah kaler merah - coklat. Kalo salah, mntk ampun ;)

Anonymous said...

Waa... tahniah ko Mas dah sampai ke kemuncak G. Jerai... aku sendiri pun x pernah sampai kat situ... Aku lupa formasi batuan kat situ tapi usianya sama dengan usia batuan di G. Machinchang, Langkawi yg berusia Kambrian (570-505 juta thn lampau)- antara salah satu batuan paling tua di Malaysia. Litologi utamanya adalah batu pasir. Omen Necrofis

Ayurul said...

Ni kaki melancong nih. Bgs2. Jauh perjalanan luas pemandangan. haha!!

masMZ KaKiJaLaN said...

Omen Necrofis, hehehe... tu rezeki tergolek. Sampai juga cita-cita nak naik kat atas tu... Biasa tengok dari highway je... Batu pasir, tak sabar nak mengulangkaji nih... Nak bukak report :)

Ayurul, :)

Unknown said...

lawanya...orang

mmbm said...

No.Pic 3 menunjukkkan pulau Bunting (bentuk fizikal perempuan bunting mcm dayang bunting kat langkawi geopark).next No. Pic 4 : Daik Kuarza (kalau jalur kecil panggil telerang kuarza tp yg ni besak) yang memotong batuan metamorf (jenis batuan kuarzit).next No. Pic 5 : Batuan silt stones/sanstones.batuan ni yang merujuk kpd batuan tertua di Malaysia sama (korelasi) dgn Formasi Machinchang kat Langkawi Geopark...Ok datang lagi ke Geoheritage of Jerai Mount

masMZ KaKiJaLaN said...

Terima kasih tuan! ;)