FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, January 22, 2010

BaNDuNG YaNG MacHeT

Geram masuk blog sekadar sempat menjengah sekejap. Punya beberapa urus yang punya perhatian segera dan tugasan luar yang datang secara tiba-tiba. Gambar di Bandung juga belum dapat di'korek' habis... Mana sih, gambar foto dari satu lagi kamera... Udah konpius, di folder mana sudah ku simpankan! eRMMMM......
Kita buka cerita yang paling senang sekali, iaitu satu-satunya yang gue kurang senang di Bandung kerana bandarnya yang machet! Haaa korang tahu ke machet tu apa? Machet tu, jammed! MasyaAllah, kalau salah timing boleh macam nak gila eh dok dalam kereta! Jalannya machet! Jalannya jammed bangat! Sesak dan gue pun menjadi sesak! Heh!
Anyway, yang gue kagum bangat sebab kat sini memang tobat gue takkan bawa kereta... Pegang steering pun gue tak sudi... Memang siapa yang bawa kereta atau sebarang kenderaan kat sini memang gue tabik spring! Hebat! Entah ler gue pun tak tahu gi mana diorang semua ni punya skill mencilok dan kesabaran yang teramatlah tinggi. Kalau kat sini, korang dalam kereta memang dah dengar segala sejenis kutukan yang boleh mendatangkan kerosakkan 'jiwe' dan emosi serta hon tu rasanya bersahut-sahut. Belum lagi kalau nak dikira dengan geram orang potong barisan dengan masuk lorong kecemasan. Lepas tu ada laks accident... Aiyooo....
Kat sini, memang sesak giles dan nak keluar masuk lorong memang kena ada skill kalau tak memang sangkut. Lepas tu, yang gue tengok kereta dengan kereta sebelah memang sipi-sipi yang gak ngeri jugak, tapi bak kata pak supir "Jangan khuwathir". Jarang jugak tengok kereta yang bercalar balar apatah lagi kalo accident! Ishkkk cam magical of wonderland ler gue rasa.

Oh yerrr.... satu lagi.... yang biasa kita tengok kat peti televisyen tu, memang biasa juga tengok pemandangan anak-anak muda remaja datang nyanyi-nyanyi kat tepi cermin kereta kita, lepas tu ada yang datang jual macam-macam. Ada lagi yang gue tengok, siap ada show ngan monyet, main buih eh macam-macam! Huiyoooo!!

[nape tak de snap banyak gambo erk masa trip nih?! Muskil ler pulak!]

No comments: