FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, January 14, 2010

CiKu - BaSuH LaR DuLu

Kadang-kadang aku rasa diri aku ni cam 'daghat' sket.. Banyak juga benda-benda simple dan biasa tapi aku tak tahu (ke memang tak pernah ambil tahu? Errr tak... tak nah pun orang cakap kena buat camtu). Masa g umah Mak Teh, Mak Teh kata buah ciku kena bersih. Dah tu, aku tanya balik sebab cam pelik je, "Bersih yang macam mana?"

Ciku, salah satu buah peberet aku selain dari pisang dengan buah rambutan (terutama yang Opah dah kerat sket kulitnya! He!). Ciku paling sedap, bila tiba-tiba dah ada dalam peti ais. Paling rajin kupas tak lain tak bukan Enchek Ayahanda Kesayangan Hamba (yeahhhh). Ciku ni peberet ayah jugak, jadi bila ayah bawak balik mesti dia terus kupas... Anak-anaknya suka 'curi' dalam peti ais je.. Hahaha....

OK... balik pada sesi kat umah Mak Teh kek Kola Pilah... Mak Teh cakap, buah ciku bila dah petik, kenalarr basuh sampai bersih. Sepanjang diingatan aku, bila basuh tu maksudnya basuh lar buang cam serbuk-serbuk kat kulit dia kan, sebab bila dah kupas takde lar habuk-habuk tu. Dan lepas kupas basuh lagi... Erm (tu yang biasa aku buat lar). Mana tahu rupanya bila Mak Teh kata kena bersihkan, maksudnya kena bersihkan betul sampai nampak kulit yang dalam tu. Kata Mak Teh, bila dah bersih tak ada lagi lar getah-getah tu dan senang lar simpan. Rupanya pun cantik. Ermmm, cam gitu rupanya. Sorry baru tahu!! Tapi, setelah di bawa balik ke bandar, aku ghase memang bagus jugak bila ciku ni dibasuh bersih sebab senang sket Den simpan dalam peti dan lawa ler rupanya. Ahaksss...


Beza buah ciku dah dibersihkan dengan belum bersih

Ni cara nak bersihkan - guna sabut dan lalu tepi air

Ciku-ciku yang Den bersihkan... Tempting eh!

Ingat leh tahan ke? Sabar eh! Lum leh makan lagi. Kena peram dulu :)

[sedap nyer ciku... sok baru ada pasar malam...]
[kepala tengah kering, takde idea...]
Post a Comment