Nama tempatnya Tanjung Ipoh. Lokasi sebenar bukan kat Perak... Ate nyerr deme, ingat kat Peghak je ada nama tempat Ipoh?.... Tanjung Ipoh yang Den maksudkan kek sini letaknya di Kuala Pilah. Den poei sano jalan-jalan numpang kaseh kek umah makcik sahabat lama Den maso kek Kulim (eh, dah tiga negeri nih! Nak kena tukaq loghat lagi ka?). Pagi tu, Den ajak lar M pegi pasar tani. Katanya, "Hang nak buat apa pi sana? Bukan ada apa!" (ni sebab member Cheq ni doq n besaq kat Kulim, Kedah). Dah tentular Den jawab, "Aishhhh, tak kigha. Hang kena bawak aku jugak! Aku nak pi tengok apa yang hang kata tak dak apa tu!" (Nak pegi nogori, tapi sepanjang perjalanan dari Kolumpo sampai Kola Pilah sampai balik Kolumpo balik, ghasenyer Mak Teh soghang ja yang cakap nogori... Yang laen semua dok cakap loghat utagha termasuklar aku nih yang hanya kadang-kala tersasul jugak 'terai' cakap nogori bile Mak Teh tanya atau nak tanya apa-apa dengan Mak Teh!).
Jadinya, M kena lar jugak bawak pi ke Pasar Awam Tanjung Ipoh, Kuala Pilah. Jalan-jalan akhirnya dah serupa pelancong sesat! Ekekeke.... Dah cakap utagha ja.... Lepas tu tangan pegang pula kamera.... Ambuih! Kan maen lagi! Ngeh ngeh ngeh... Sebenarnya memang niat nak jalan-jalan kampung dan kalau M tak mau pi, Den nak paksa jugak M pegi. Den nak jugak pergi pasar kampung (hik hik.. biler lagi nak buli M?!). Mana lar tahu kalau ada yang istimewa, lain tempat lain lar barang yang ada kan?! Ermmmmm..... Jadi kat sini, Den kongsikan apa yang Den jumpo kek Pasar Awam Tanjung Ipoh, Kola Pilah. Kalau nak datang jenguk, bangun lar awal pagi Ahad sebab pasar tani kampung ni cepat tutupnya :)











[kampung mano laei Den nak masuk nih! Seronok eh banyak menda baru yang Den boleh belajar :)]
11 comments:
kompem den terliuqqq..xkira r sabtu ni kna g mkn keli kg.baru..nyumm nyummm..
sejak bila pulak ada keli kat kg baru??? amboiiiiii... takpe, gue makan kat building sebelah nih je larrr....
sbg peminat keli yg tegar mst la i tau..:p weekend lunch kt kg.baru...fuh mabelessss ikan keli bako kt ctu..cicah air asamm..melelehhh tu..huhu
padan lar asyik sebuk je ujung minggu (pi cari makan ja ya!) :p
eden tahu tompek ni.Eden pun singah maso eden gi jelajah SERI MENANTI.Eden ado beli sekilo daging salai tapi eden tok nampok puyuh salai.Nampok sodap ja kalau dimakan.Eden raso bahaso nogori eden lintang pukang kat sini.mcm cokap kelantan pun ado jugok.Kalau salah mintak kome betulkan
afdal makan buah kerdas sebelum meeting, apa kita cakap orang angguk saja, nak habiskan mesyuarat dalam masa yang cepat mungkin.
Buah capu tu kat kelantan dipanggik kecupu, banyak getak, skang dah jadi endangered spesis, susah nak dapat
bestnya kundang.. mintak sket... :)
Xplorer, ekau ckap cukup 3 negeri (nogori celup, peghak celup, kelante celup macam den cakap jugak!)
enchek rashid, kalau datang meeting saya jangan makan buah kerdas tu. Saya band!!! Hahahaha. Buah capu tu makan macam mana? Rasanya macam mana?
koishie, mana rasa kundang erk?! macam tak pernah makan lagi. hehehe
buah capu tu kalau dah masak warna kekuningan, buka kulit nipis,biasanya ada beberapa ulas, rasa masam serta manis,tapi yg tak bestnya ada getah, melekat kat bibir
Tuhan, setelah sekian lama baru perasan pesal laks nama entri ni Pasar Malam??? Ishkkk
Post a Comment