Perjalanan ke Bandung, percutian dengan keluarga (diorang memang excited gila-gila nak pergi wat kali kedua, aku? He... kali pertama menjejak tanah Indonesia itu).
Tangkuban Parahu atau nama sebenarnya Taman Wisata Alam terletak di Jawa Barat. Tangkuban Parahu ni sebenarnya gunung berapi yang dah tak aktif dan menjadi salah satu tarikan bila melancong ke Bandung. Lokasi agak terpinggir dari bandar Bandung, kira-kira perjalanan makan masa 45 minit - 1 jam (kalau tak salah!). Tempatnya cantik, menarik tapi bukan tempat shopping ye sebab barang-barang yang jual kat sini agak mahal juga kalau dibandingkan dengan di Pasar Baru. Almaklumlah bila dah letaknya di tempat pelancongan, demand tinggi lar sikit!
Disertakan gambar-gambar yang sempat dibidik di sana :)
[Den leh cadangkan sesapo nak poei melancong ke Bandung wat kali pertama untuk menjengah ke tempat ni]
[Sebenarnya ada juga trip untuk mendaki buat sesape yang berminat [tanyalar pak supir], tapi Den ghaso masa trip ni kureng lar seswai memandangkan Den datang dengan keluarga. Erm.... seb baek jugak tak terbuka pintu hati nak mendaki kek sini, kalo tak mahu pulak lar kempunan! Eh! Hehehe]
5 comments:
bila ko pegi bandung.mcm menarik je bandung especially kat kawasan gunung berapi.Eden nak boie cadangan kat ekau .Lain kali ekau nak poie bandung eden nasihat ekau mondaki masuk kat celah2 kawasan kawasan gunung borapi .lepas tu bagitau kat den brapo panas kat dalam gunung tu.kalau ekau tak muncul2 jugak , eden akan buat kesimpulan yang kawasan tu mmg panas n tak sesoai utk manusio , he he
hummmmm bilerla aku nak balik kg tu.....
kah kah kah.... xplorer n janggel, apa nyer lawak lar korang buek pagi-pagi nih!
xplorer, kalau Den nak poei hiking kek sano, Den akan pastikan Ekau ikut sekali. Lepaih tu, Den akan pastikan Ekau jalan kek dopan Den :p (if i not mistaken, trek hiking tu masuk hutan dulu dan perjalanan dalam 2 jam ke? ermmm.. idak ler teman, cam seriau jer kalau nak p kawah-kawah nih)
Janggel, kampung Ekau kek mano tu? :p
ahaks... ko berdiri betol betol depan kampung aku la tu cik Mas oi.... Nampak tak pakcik radin tengah jual kain tuh, tu dok sebalh umah jer tuh.
owhhh janggel, Den memang kagum eh dengan ekau nih! Duduk dokek dengan kawah gunung berapi nih, eh bilo laei ekau nak balek kampung nih?! Den nak ngirim barang kek Bandung tu... hehehe... Den nak boli kain laei :)
Post a Comment