FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, February 2, 2010

PeNGaLaMaN KL HoP oN HoP OFF

Selamat Menyambut Hari Wilayah... Owh tempat lahir ku :) (sebab tu teman ni Perak celup! Entah macam man teman soghang je yang sesat lahir di luar kawasan, aishh!).
Sempena cuti Hari Wilayah, aku mengajak kengkawan together-together ronda Kolumpo dengan bas. Dah lama aku tengok bas ini kat jalan raya. Aku perhati je, tapi dalam hati teringin jugak nak naik sekali... Dalam beberapa orang yang aku ajak, ada yang balik kampung (ye lar cuti panjang), ada yang cuti-cuti Malaysia (Kolumpo pun Malaysia tau!), ada yang buka booth niaga dan yang satu ni pula fobia naik bas (Cek Da, Hop On Hop Off ni tak macam naik bas... Betul! Awak percayalah cakap kita... Habis tu? Macam naik flight ke??. Aduh!!). Akhirnya aku dengan opismate aku Janggeltrekker je yang pergi (eh masuk pekan laks ekau Janggel!).
Dari star LRT terus ke turun di stesyen Masjid Jamek... Lepas tu masing-masing bertanya, "Kat mana perhentiannya?", "Polis pelancong tak de ke kat sini?". Almaklum dah dua-dua pergi buta-buta jer... Aku cakap, "Yang kompom de kat KLCC. Tapi kita pusing-pusing lar dulu kat sini, ok tak?!".
Perhentian Hop On Hop Off yang paling dekat dengan Masjid Jamek ialah perhentian Pasar Seni (Central Market), China Town (Petaling Street) dan Dataran Merdeka (tepi Kelab DiRaja Selangor). Disebabkan di hari kejadian aku dah jalan-jalan kat Dataran, maka yang paling dekat sekali ialah perhentian ke 16 iaitu Kelab DiRaja Selangor / Bangunan Sultan Abdul Samad. Yes! Bas yang datang bas yang 'uncovered' (maksudnya ada ruang terbuka)! Untung lagi rupanya sekarang bermula dari 1 Febuari hingga 7 Febuari 2010, rupanya ada promosi larrrr.... Harga tiket biasa bagi warga Malaysia dari RM19 diskaun ke RM12! Lagi untung sebab dapat banyak kupon diskaun masuk taman.... Masa aku pergi lagi untung sebab di hari kejadian merupakan hari cuti umum dan jalan raya agak kosong... Bahagianya hidup tak perlu menempuh sesak! :)
Cerita sikit pasal Hop On Hop Off ni (Ringkas ler erk!)
1. Tiket warga tempatan - RM 19 (dewasa), RM15? (kanak-kanak) , RM12 (promosi 1-7/2/2010)
2. Ada 6 buah bas - 2 ada ruang terbuka (leh kuar) dan 4 fully covered (kalau nak naik yang ada ruang terbuka boleh telefon hotline untuk anggaran bas tu akan lalu pukul berapa dan kat mana)
3. Satu tiket boleh pakai 24 jam (marvellous! Seb baik arini keje.. kalau tak mesti bersambung lagi!)
4. Pemegang tiket boleh naik turun bas sesuka hati berapa kali nak pun boleh (dalam tempoh 24 jam). Nak tawaf KL sepuluh kali pun tak pe :)
5. Bas Hop On Hop Off - 2 tingkat
6. Sela masa antara bas - 30 hingga 40 minit
7. Ada 22 perhentian - 40++ lokasi menarik!!
8. Pembelian tiket - dalam bas, kaunter pelanggan (Bkt Bintang), online, agen-agen sah
9. Dalam bas - memang macam bas pelancong. Ada 'guide' yang sedia membantu dan memberi penerangan, ada juga radio pintar yang akan memainkan rakaman mengenai tempat-tempat menarik di sepanjang perjalanan
10. Bumbung bas bertingkap (supaya penumpang leh enjoy bangunan-bangunan pencakar langit kat Kolumpo nih)
11. Perjalanan bas yang pertama kui 8.30 pagi di lima lokasi yang terpilih. Antaranya kat Bukit Bintang, Bangunan Sultan Abdul Samad, Istana Budaya dan 2 lokasi lagi dah luper! (Sowee)
12. Perkhidmatan bas tamat 8.30 malam, jadi dinasihatkan tunggulah bas sebelum 7.30 malam. Nanti tak sempat sampai kat tempat yang dituju :)
13. ermmm.... apa lagi yang aku tak bagitau lagi nih eh? (Tanya lar, kut boleh dijawab)
14. Maklumat lanjut http://www.myhoponhopoff.com/ atau hotline 1-800-88-5546.
Harap-harap maklumat yang aku kongsi kat sini akan dapat membantu dan menarik kengkawan untuk ronda Kolumpo dengan Hop On Hop Off ni... Best dan berbaloi-baloi (ape ke maksud berbaloi-baloi tu? Aku tak suka perkataan tu sebenarnya!). Dikongsikan gambar-gambar di hari kejadian. Selepas dari entri ini, aku akan cuba masukkan tempat-tempat menarik yang aku pegi :) Harap semua ENJOY!!!


Paling mudah ke Kuala Lumpur - naik pengangkutan awam :)

Kuala Lumpur dengan sambutan Hari Wilayah pada 1 Febuari
Hop On Hop Off stop number 16 : Bangunan Sultan Abdul Samad
On da promotion until 7 Febuary 2010

Semua mat salih lar.... bila pemandu pelancong sebut welcome to all ermmm and to all Malaysians (obiviously exclusively untuk aku dan kawan aku... ahaksss...) - tengok bumbung bas jugak :)

Hop On Hop Off stop number 1 : MaTiC

Tourist guide a.k.a konduktor yang sentiasa care

Wooo bestkan, jalan tak jammed, angin sepoi-sepoi bahasa

Lagi gambar dari luar - masa ni kat China Town

Pakai headphone bila nak dengar rakaman penerangan tempat-tempat menarik yang dilalui... Ada 16 bahasa katanya... Aku dengar versi bahasa Melayu je...

Dari pintu masuk nak naik ke tingkat atas

Ini bas Hop On Hop Off yang pertama aku naik

Pemandangan dari tepi.. Turun kat Pasar Seni - lapar!

Dah dekat 7.40 malam... Mana bas ni??? Stop number 22 : KLCC
Dah pukul 8.27 malam... Penat seh sehari suntuk keluar masuk taman! Tunggu monorel untuk ke Star LRT... Sengaja turun ke Bukit Bintang sebab nak ke Kaunter Pelanggan Hop On Hop Off :D

Perjalanan terakhir untuk hari ini....


psst 1 : tunggu edisi Ole-ole Aku SuKe KoLumPO :D
psst 2 : siapa-siapa yang ada kesempatan, aku cadang cuba lar Hop On Hop Off ni :)

5 comments:

Ren said...

Amboi cepatnya update!!!
Aku tak nyempat2 plak..ada meting hahaha tapi tunggu!!! Tonight is my turn!~

masMZ KaKiJaLaN said...

heheheh... ini hari ada tuesday blues larrr... ekekeke

xplorer said...

best jugak ek jenjalan guna bas . Sebenarnya konsep hop on hop off ni dah lama dah di buat kat europe cuma kat mesia ni je slow skit .

Eden nok tanyo skit , ekau org perak tapi kenapo bila kecek slalu guno bahaso nogorie . Eden konpius , 3 hari 3 malam eden pikir tapi eden dah tak leh pikir

masMZ KaKiJaLaN said...

Xplorer, di Malaysia orang lagi suka naik kereta seorang diri. Kononnya lagi selasa. Lagi pula mereka suka sesakkan jalan raya (cubaan untuk menggunakan Bahasa Melayu betul :))

Den pun nak tanyo sket, kenapa bile ekaw cakap nogori, bunyi nye campo Kelate? Owh demo nih. Pembetulan sket - Den cakap nogori, tapi kadang-kadang Chek cakap utagha jugak. Bahasa Peghak? Heeee jaarang-jaaaarang.

psst : Kadang-kadang teringin nak kechek Kelate, Tengganu, Sabah ngan molah Saghawak tapi tak reti :)

tunbegia said...

sungguh seronok naik hop on hop off tuh, haku hari2 nampak tapi x sempat nak naik lagikk,

salamm,