OLe-OLe aKU SuKe KoLuMPo... Dari aku kecik sampai besar ulang-alik, ulang-alik Perak - Kuala Lumpur (KL a.k.a Kay Ell a.k.a Kolumpo). Saja gatal nak cuti kat KL sebab boleh bersenang-lenang dan ber'gumbira' dengan semua sepupu sepapat kat sini. KL dah lama jadi bandaraya, tapi aku ikut bahasa opah. Bila opah tanya "Kamu nak ke mana?", aku jawab "Nak ke pekan!". Kalau Datuk Bandar tahu, aku rasa menangis jugak sebab aku dengan opah dok sebut lagi KL ni sebagai pekan Kolumpo... (Rindunya aku pada Opah :'( - opss Opah tak duduk KL).
Masa aku pusing-pusing kat Dataran Merdeka mencari perhentian 'Hop On Hop Off' (enchek Janggel sebut Ho-pon Ho-pof), tergerak hati nak ambil gambar-gambar bangunan kat sini. Mahu mengabdi bangunan-bangunan lama yang masih cantik dan berdiri dengan megah di dalam lensa. Namun, dalam seronok-seronok ambil gambar, muncul rasa malu kerana tak mengenal dengan semua bangunan-bangunan ni dengan baik. Masa pusing-pusing baru tahu "Oh, dekat sini Panggung Bandaraya!", "Eh, KL ada perpustakaan sendiri!", "Perpustakaan Kanak-Kanak? Kenapa aku tak tahu?", "Ermmmmmm, apa daaa".
Aku kongsikan beberapa gambar yang dibidik di sekitar Dataran Merdeka...
[Aku akan kembali untuk ambil lagi banyak gambar. Di hari kejadian ramai sangat orang :) ]
No comments:
Post a Comment