FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, February 23, 2010

KeNYiR LaKe INTeRNaTioNaL TRiaTHLon 2010 : Yes LaaaR

Kenyir Lake International Triathlon 2010. "Yes Larrr", kata Z masa E mendaftar. Bersungguh-sungguh Z mahu E menyertai acara ni. Macam-macam strategi disusun termasuklah cubaan memasukkan aku dalam satu pasukan (relay). Aku kayuh? Mana nak cari 'gerek mahal' (bak kata CGrinder)? Usul Z ditolak, tapi Z berjaya juga membentuk pasukan lain untuk E. Cayalah! Aku tahu E memang bersemangat lepas berjaya lari tanpa henti di dalam Putrajaya Night Run. E paling laju antara aku dan A.

Kenyir Lake International Triathlon 2010 akan berlangsung pada bulan Mac. Ermmm... Mac, bulan keramat yang tidak pernah aku lupakan sejak beberapa tahun kebelakangan. "F, P, korang takde program naik gunung ke (Mac kebiasaannya)?", tanya ku pada teman-teman sependakian aku. "M, ko bagitau lar gunung mana yang nak pergi". "Errmmmmm, takpe larr". Aku tahu mereka sudah khatam banyak tempat.

Aktiviti habis tenaga merupakan satu-satunya perkara penting yang perlu aku lakukan di minggu terakhir Mac. Bukan bercuti tapi membawa diri jauh satu keperluan buat aku. Tragedi Mac yang belum sembuh-sembuh. "DR, saya nak amek EL esok. Saya nak balik kampung. Saya rindu Opah. Saya kena tengok Opah. Opah tak sihat. Hari tu, Opah suruh tinggal sehari lagi tapi saya kata nak kena balik rumah. Ibu macam marah sebab tak balik rumah langsung". Memang masa tu aku memerap duduk rumah Opah, dan sesekali yang sekejap sahaja balik ke rumah mengambil pakaian. "DR., saya nak balik kampung esok naik bas, tapi tengah hari. Pagi tu saya nak singgah XXX. He". Dan pagi tu, seawal pagi aku terima berita dari kampung "Kak Yong, Opah nazak". Opah pergi masa aku dalam perjalanan pulang ke kampung (ah emosi! maaf!). Satu penyesalan yang tak pernah aku lupakan. Aku meninggalkan dia disaat dia meminta yang sedikit dari aku. Bagaimana harus aku membuat pilihan antara dua ketika itu? Walau bagaimanapun aku tidak sekali-kali menyalahkan takdir. Tuhan telah mengizinkan aku menghabiskan masa terakhir ku dengannya hanya dengan menemaninya beberapa hari sendirian. Hanya ada aku, Opah dan Atuk. Sejak dari itu, inilah yang aku lakukan pada minggu-minggu terakhir Mac. Jauh...

Yes Laarrrr. Kenyir Lake International Triathlon 2010, aku datang. Sungguhpun dengan alasan yang salah (mungkin), aku akan mencuba sedaya upaya ku. Tunggu........

Info Lake Kenyir International Triathlon 2010 :
Date : 28 March 2010
Time : 8:00am
Venue : Lake Kenyir, Terengganu
Distance : 1.5km swim, 40km bike, 10km run

* Kengkawan di KaKi JaLaN, wish me all da best!!

* Erin, Ann, Rudy, 1st trial haaa! Yes Larrr. chaiyok! chaiyok!

Post a Comment