FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, February 22, 2010

TeRiMa KasiH, MaaF DaN RiNDU

Dalam aku berfikir, "Iya, banyak terima kasih yang belum aku sampaikan. Terima kasih atas alasan yang pelbagai. Ada juga terima kasih yang perlu ku iringkan dengan maaf. Benar aku mohon maaf kerana aku terpaksa menolak. Kalaulah kamu-kamu dapat memahami aku. Arghhh, satu kelegaan buat ku jika aku dapat menyampaikan juga rinduku padanya. Genap lagi sebulan, tiga tahun pemergiannya. Hilang sudah tempat aku bercerita dan meluah rasa. Dia yang mengerti aku walau dalam nada garangnya".


Terima kasih ku, maaf ku dan rindu ku...

Buat teman yang meninggalkan aku dalam tanda tanya,
terima kasih kerana membiarkan aku terus bingung. terima kasih kerana membiarkan aku terus menghitung hari.

Buat teman yang menyesakkan kepercayaan aku tentang sahabat,
terima kasih kerana membiarkan tanpa langsai. Apa perlu aku rayu pada kamu?

Buat teman yang ingin mengambil kesempatan,
terima kasih kerana mencuba. Maaf buat kamu kerana aku percaya kepada ikhlas.

Buat teman yang menawar bukan hak ku,
terima kasih tetapi maaf.
Jika kehilangan itu adalah takdir aku, maka aku rela.
Aku terima tanggungjawab ini dengan jiwaku.

Buat kesayangan ku merah,
aku merayu jangan meminta lebih dari ku.
Jangan pada masa ini. Jangan. Jangan.

Buat kesayangan orang lain, maaf-maaf-maaf.
Ampun kerana menyusahkan.
Ampun kerana mencacatkan.
Ampun atas segala-galanya. Adui, maaf dan sesal yang tak terucap oleh ku.

Buat teman-teman yang senantiasa bersamaku,

terima kasih yang tak terucap dari aku untuk kalian.
Aku tahu tuhan menduga hambaNya, aku bersyukur kerana sentiasa diingatkan.
Doaku jangan aku dijauhkan dariNya.


Aku rindu Opah.
Aku rindu Opah sangat-sangat.
Tuhan, aku berharap untuk duduk, berbicara dan membuat pelbagai bersamanya.
Kalaulah aku masih punya kesempatan bercerita semua rasa hati aku sekarang padanya. Owhhh...


Nota 1:
Teman-teman sekalian, terima kasih buat ke sekian kalinya.
Nota 2 :
Tuhan menguji hambaNya. Iya....

6 comments:

Ren said...

Mungkinkan terputus di tengah jalan
mungkinkan terlerai tanpa ikatan
usah ragu dengan takdir...

*tetiber terasa nak nyanyi baca entry nih...

masMZ KaKiJaLaN said...

Janggel, mahu menyanyi lagu apa agaknya?

L.O.S said...

lagu lagu pilu nyanyian hati

L.O.S said...

nyanyian pilu seorang pemgemis

masMZ KaKiJaLaN said...
This comment has been removed by the author.
L.O.S said...
This comment has been removed by a blog administrator.