FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, February 11, 2010

RoNDa KL : TaMaN BuRuNG KuaLa LuMPuR

Taman Burung Kuala Lumpur a.k.a KL Bird Park (KLBP) terletak berhampiran dengan Lake Garden iaitu kawasan hijau di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. KL Bird Park disebut sebagai taman burung tertutup yang terbesar di dunia (memang besar pun!) dan dikatakan juga menjadi tempat tinggal kepada 3000 atau lebih burung pelbagai warna dari 200 spesis burung tempatan dan luar negara. Untuk aku, taman 21 ekar ini memang berbaloi untuk dikunjungi. Aku memang rekomen tempat ni untuk bawa budak-budak, gerenti lar diorang suka punya :)

Dalam edisi AKu SuKe KoLuMPo : Hop oN HoP OFF, KLBP adalah antara lokasi-lokasi terakhir yang aku singgah. Kalau nak kira macam main game kat komputer tu, masa masuk taman ada 3 suku kelip-kelip nak ke separuh dahh... Hehehe... Tempatnya memang best. Burung-burung kat dalam ni memang bebas dan jinak. Nak lalu tepi boleh, nak ambil gambar pun boleh. Yang boleh tapi tak dapat, nak pegang jew (kecuali kat sangkar burung kakak tua - bayar untuk bagi burung makan dan burung-burung ni akan bertenggek kat bahu kat tangan).

Tarikan-tarikan yang ada di KLBP ni termasuklah bergambar dengan burung-burung (disediakan/ boleh guna kamera sendiri - bayar), bagi burung makan dan persembahan burung. Sebelum masuk taman, tengok-tengoklah jadual-jadual ni dulu :)

Untuk masuk ke KLBP ni bagi warga tempatan(MyKad) RM15 (dewasa), RM6(Kanak-kanak 3-12 tahun). Pelancong RM39 (dewasa), RM29 (kanak-kanak 3-12 tahun).
Waktu operasi dari 9.00 pagi hingga 7.00 petang.
Maklumat lanjut : www.klbirdpark.com


Pintu masuk Taman Burung Kuala Lumpur
Kawasan bersangkar dalam Taman Burung. Sekali tengok macam jalan dalam Jurassic Park pun iya juga!
Amphitheater tempat persembahan burung - kakak tua, helang, milky stork. Waktu persembahan 12.30 t/hari dan 3.30 petang. Persembahan tambahan 10.30 pagi pada hujung minggu. Menarik!

Antara yang membuat persembahan :)
YaNG SoLo

YaNG BeRPasaNGaN

YaNG BeRKuMPuLaN

Psst 1 : Mak aiii beli air kat sini dah sama macam makan tengah hari! Harga air mineral / gas RM4 sebotol/ setin! Bawa lar air sendiri erk!
Psst 2 : Depan KLBP ada Taman Orkid dan Taman Bunga Raya, kalau rajin singgah lar masuk. Hari biasa masuk percuma, hujung minggu dan cuti umum masuk RM1.

2 comments:

Ren said...

Bestttttttttttt!~

masMZ KaKiJaLaN said...

Best! Bila kuar bar power tinggal dua kelip-kelip nak jadi satu. He

Janggel, aku dah masuk Taman Orkid ngan Taman Bunga Raya.... Lepas jugak niat nak masuk. Heh!