FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label OLe2 aKU suKe KoLuMPo. Show all posts
Showing posts with label OLe2 aKU suKe KoLuMPo. Show all posts

Friday, September 24, 2010

HaRi 8 : DaY To CheCK OuT (RuMaH)

Nostalgia... Ini memang tempat tinggal aku yang paling best sepanjang 9 tahun aku bermastautin di Kuala Lumpur... Putrajaya pun aku kira sebagai Kuala Lumpur jugak eh?! Hehehe... Dua tahun aku menetap di sini dan semua kemudahan ada di sini sehinggakan aku hampir jarang menjejakkan kaki di pusat bandaraya....


Yang aku suka pasal tempat ini:

  1. Rumah dekat dengan pejabat. Adakala aku berjalan kaki ke pejabat kerana dari tekan butang lif yang duduk 3 meter dari pintu rumah sampai clock-in kat opis ambil masa sepuluh minit sahaja. Tengah hari balik rumah makan atau jemur kain atau buat apa nak buat.
  2. Dekat dengan surau (orang azan, ngaji, ceramah boleh dengar)
  3. Masjid dalam lingkungan 3 km dan aku memang suka sangat masjid ni.
  4. Kat kawasan rumah ada trek lari yang best. Nak buat pusingan besar 4 km boleh, nak tambah suka hati lagi pun boleh atau nak diskaun lagi kecil pun boleh.
  5. Kolam renang dalam lingkungan 4 km sahaja nak pergi. Tak sempat petang, malam pun boleh layan. Hari untuk wanita je pun ada.
  6. Shopping mall dekat dalam lingkungan 5 km - ada carrefoure, parkson, coldstorage, ada tempat makan (foodcourt, makanan segera), wayang, karaoke, boling, pos, farmasi
  7. Pasar malam dalam lingkungan 2km, 2 kali seminggu (dah tau mana yang best-best)
  8. Pasar basah dalam lingkungan 5 km, dan lepas waktu pejabat pun boleh pergi lagi dan banyak barang. Tak yah nak gaduh-gaduh.
  9. Macam-macam bank ada - senang urusan.
  10. Klinik banyak dan dekat
  11. Tempat makan banyak aaaaa - keliling!!!
  12. Rumah luas dan yang penting "Home Sweet Home"
  13. Jiran-jiran best! Ada komuniti dan gathering
  14. Kalau ada event kat dalam Putrajaya, memang tak payah nak bersusah payah nak travel.
  15. City of lights
  16. Bengkel kereta dan tempat cuci kereta, lingkungan 6 km kot (paling jauh pun)

Yang aku tak suka :

  1. Dah seronok duduk kat sini, tiba-tiba nak kena pergi pulak!!!! Adeh
Pemandangan dari beranda bilik..

Pemandangan dari beranda bilik gakss... Salah satu bangunan itu opis nyer

Ini sahaja barang yang ada dalam rumah selepas remover angkut barang

Bilik tidur utama

Dapur rumah dah siap dengan kabinet dapur (senang susun)

lokasi dobi dan menjemur

Almari paling besar yang aku ada telah menyebabkan pertambahan kain baju yang tidak dapat dibayangkan. Hahaha

Ruang tamu dan bilik utama (sebelah kiri gambar)

Ruang tamu dan bilik stor

[gambar kawasan sekeliling rumah... entri selanjutnya.]
[ahhh s.e.d.e.y]

Thursday, September 23, 2010

HaRi 7 : SeKiTaR JaLaN TaR, KuaLa LuMPuR

Jalan Tuanku Abdul Rahman atau juga yang dikenali dengan nama ringkasnya Jalan TAR, memang tak pernah sunyi pada bulan puasa. Jalan TAR akan hidup 24-7 iaitu 24 jam sehari selama seminggu. Lagi hampir kepada sambutan hari raya aidilfitri, lagi meriah tempat ini. Pada hari-hari terakhir yang paling seronok untuk membeli-belah disini kerana barang-barang mula dijual pada harga lelong. Fuiyoooo (macam mana nak buat iklan Celcom - HebatMaNTaPect......) . Aku sendiri setiap tahun akan ke sini beberapa kali dalam bulan puasa, bukan membeli-belah tapi untuk cuci mata je... Hahaha
Dikongsikan gambar-gambar di sekitar kawasan... Pada hari kejadian, cuaca agak kurang cun la pula. Kuala Lumpur gerimis petang.


Kuih raya, silalah tunjuk dan bayar!

Ramainya manusia melepaskan lelah di kaki lima kompleks Sogo. Kelihatan juga Professor Fizik menyampaikan ideologinya...

"Kami segan nak jalan atas zebra crossing"

Melenggang Oh Melenggang Si Tari Lenggang. Laju sikit eh jalan!

Lautan manusia

Si Penjual Belon
"Mak, adik dah penat larr.."

Owhhh... menduga iman melihat air sejuk ni... Akaka
"Life"

Nak sambung 'shopping' atau balik??

Merentas halangan manusia untuk sampai ke destinasi

Yeay berjaya juga keluar... Saya mahu bergerak pulang sekarang!!!

Thursday, July 1, 2010

HoYeaHHH i MaDe iT DaN aKu suKa

Akhirnya hari yang dinanti-nantikan menjelma juga. Gilalah aku ni - hari yang dinantik-nantikan????? Hanya pada hari-hari terakhir menjelang event ini, baru tiba-tiba aku rasa apasal aku buat kerja gila nih??? Sehari sebelum event, satu hari aku sakit perut. Aduyaiiiii ini nervous punya pasal larrr. Dalam minggu terakhir tu, ada dua saja aku lari lepas tu aku berhenti terus sebab 1)kete sakit tengah jalan (merajuk dengan aku dan aku pun merajuk dengan dia!); 2)keje yang makin bertambun; dan 3) kehadiran semula manusia-manusia yang menyakitkan jiwa. Owhhhhh aku tensi!!!!

Di pagi hari kejadian, aku dan teman-teman bergerak dengan 3 biji kereta ke Dataran Merdeka. W cakap nak berkumpul jam 2 pagi - Fuh Gilo! Malam tu tak boleh nak tidur pulak, dapatlah dua jam saja setelah dipujuk-rayu mata ni supaya terlelaplah ia ! Sampai di Dataran dekat jam 3.00 pagi sebab nak dapatkan parking yang strategik. Mata dah tak boleh nak tahan, sambung tidur dalam kereta.... Masa full marathon dilepaskan jam 5.15 pagi, aku best lagi tidur! Haahhaa.... Ok berhenti mengarut......

R dah masuk tempat pelepasan lama dah sebelum aku W, Zk, J dan Zl baru nak berjalan masuk ke tempat pelepasan. Adeh, jauhnya kalau beratur ke belakang! "Ah M, ko kena ikut kitaorang panjat pagar!" Erk????!! Beratur sekali dengan R dan kemudian datang Sy, L dan FA. Yeay ramainya, tapi diorang ni semua pelari tegar! Kaki sikit lagi dah nak serupa Kenya! Aku sorang je yang baru pertama kali nak buat menda nih.... Hehehehe.... Takpe, aku akan chaiyok, chaiyok!

Waktu pelepasan tiba-tiba aku jadi bersemangat. Masa mula berlari, otak aku cakap "Mas, ko mesti boleh buat! Ko mesti boleh buat!". Masa tu pula aku kebetulan bermula di bahagian tepi memang best aaa perasaan masa tu, dengan sorakan orang kat luar, emcee, jurugambar memang best! Perasan macam semua orang support aku! <- ini memang gila-gila perasaan perasan yang motivate aku! Gila-gila nyer terharu (walhal belum lagi lepas dari kawasan Dataran tu! Poyo gila!). Memang tak sangka aku akan lari juga! Yeahhhhh, i'm coming! Fighting untuk diri aku sendiri.

Aku habiskan larian 21km aku dalam masa 3 jam 32 minit. Kalau dalam ranking, kedudukan aku pada 705 (Ranking? Ah, yang penting sekali aku habiskan larian dan aku suka! That is all matter for me. Yang penting, misi tercapai!!! Yeay!!!!! :D).

Sepanjang larian 3 jam 32 minit inilah yang paling lega sekali buat aku dan paling menggembirakan aku dalam beberapa minggu ini. Aku fikir aku sudah jatuh cinta dengan acara ini, warkh..... Aku mahu kembali sekiranya punya kesempatan.... Hehehe boleh ke???


L, R dan aku

Bersedia untuk dilepaskan pada jam 6.15 pagi.
A dan E akan mula berlari pada 7.15 pagi


Antara laluan yang aku lalui, masa ni dah dekat 9km lari...

Yeahhh, dah 10km!!!! Bersemangat balik semula... Dalam ingat-ingat lupa, rasanya dah dekat kawasan Jusco Cheras.

Masa mula-mula sekali nampak bangunan KLCC, memang happy habis!

Masa ni tengah jalan sebab kaki kanan dah tangkap buat ke sekian kalinya..

Fighting! Fighting! Run Forest Run!!!

Masa ni dah best lari balik sebab dah redup! Tapi masa ni kaki kiri pulak dah tangkap! Jangan layan! Jangan layan! Adeh!!!

Dah 16km? Tak sangka! Tak sangka! Sikit lagi! Sikit lagi! Go Mas Go!

Among beautiful moment during my run! Yes, i smile n i cry!

Dah nampak yang aku nampak????? Yeah!!!! Tapi masa ni ala-ala dah keras dah kaki! Take time jap... Sat lagi kita pulun balik!!!! 1km to go! Run Forest Run! Go Mas Go!

Carbo-loading gila-gila lepas habis lari!! Har har har...

Hoyeahhhhhhhh.... I'm coming!!!! I made it in 3:32:12!!! Masa penamat ni memang gila best! Masa ni lupa dah kaki kiri kanan, masa kat sinilah larian aku yang paling laju! Wakakaka...

Medal aku dalam percubaan pertama half marathon! Huhu (i like!)

[Tima kasih buat semua kengkawan yang bagi sokongan dan istimewa buat kengkawan yang training sama-sama, korang memang best! Tima kasih! Tima kasih! Tima kasih!]

Friday, March 5, 2010

BuKiT TaBuR : Me N FReNs

Ha... korang nak 'ghabat' Bukit Tabur ka? Kalau nak tau macam mana rupa bukit nak korang nak ghabat tu, cam bukit kat belakang tu lar... Kurus je bukit nya tapi memanjang... Ni sebab kita sebenarnya mendaki kat permatang :)
Hari ni, Den nak kongsi sikit tips untuk dipertimbangkan oleh kengkawan di KaKi JaLaN bila nak pergi 'ghabat' (ghabat - mendaki)


Tip 1
Antara kriteria yang perlu korang pastikan ialah kesihatan mental dan fizikal pada tahap yang baik! Apasal kat belakang Den tu ada ultraman sesat? IShk?! Ultraman ke?

Tip 2
Darjah ke'cun'an boleh juga dipertimbangkan bagi para pendaki supaya gambar-gambar yang lebih menarik boleh di muatnaik di dalam blog, muka tembok, friendster dan sebagainya... Pastikan pakaian sesuai dan selesa... Cam model dua orang dalam gambar ni lar... *wiNK*

Tip 3Bila-bila ada kesempatan dan selagi mampu mengukir senyum, berhentilah dan ambil gambar sebelum muka dah tak serupa orang dan menyesal tak ambil gambar sebab tak de nyer kita nak patah balik ke tempat yang sama....

Tip 4
Jangan lupa ambil gambar dengan teman-teman sependakian anda sebagai bukti anda ada bersama mereka dan diorang tak tinggalkan anda serta sebaliknya. Lepas tu jangan lupa pula ambil gambar dengan tukang ambil gambar... Sian diyerrr


Tip 5
Kalau terasa diri macam best, bolehlah posing sebagaimana yang dikehendaki. Bukan senang-senang nak naik nih. Kan?!


Tip 6
Bila dah sampai penghujung, barulah posing poyo ke apa ke.
Have da exprience at Bukit Tabur (pesal laks tetibe cakap omputih laks nih?)

~ Ermmmm leh pakai ke tips yang Den kongsi nih???? Heeeeee ~
~ Lepas nie Den ingat nak pi turun bawah tengok Empangan Klang Gate tu pulak larr... Leh? ~

BuKiT TaBuR : TReK

Bukit Tabur, Ulu Klang nampak cantik, owhhh tidak... Memang cantik... Cantik lagi kalau tak ada sebarang kecederaan akibat tergelincir jatuh ke dalam gaung... Kenapa? Tengok gambar ke enam, macam mana kurusnya Bukit Tabur 2 kat belakang tu, macam tu juga lar Bukit Tabur yang Den tunjuk kat sini. Kita sebenarnya 'ghabat' (bahasa Utagha yang ditranslate bermaksud panjat) kat puncak2 bukit tu. Kiri kanan kalau tergolek, selamatlah.
Bukit Tabur, kebanyakkan laluan memang batu, jadi memang akan banyak buat rock climbing... Pastikan kasut yang dipakai sesuai. Pastikan kasut yang dipakai sesuai. Nak lagi elok, Den cadangkan pakailah kasut Adidas Kampung (kasut orang pegi toreh getah tu).
Dikongsikan laluan-laluan Bukit Tabur dan aksi-aksi yang perlu dilakukan... Ahakssss



Nota :
Gambar 1 : Kena turun bawah dan naik ke bukit seterusnya
Gambar 5 : Laluan sempit, ni dekat 85 darjah nih....
Gambar 6 : Pemandangan Bukit Tabur 2 dari Bukit Tabur 1
Gambar 7 : Pemandangan ke sebelah kiri (ermmmm kat kanan pun lebih kurang jugak!)
Gambar 9 : Tak de pilihan, memang kena turun guna tali
Gambar 10 : Den sedang beraksi... Belakang tu memang gaung lar