FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, June 9, 2011

FaMiLi WeDDiNG MaRaTHoN 2 : MY BRoTHeR's WeDDiNG

Huwaaaaa.... wa manyak rindu sama wa punya blog! Talak sempat woo... Owhhh i miss you larr KaKi JaLaN.... Muahs muah muahhhhh.... (eh ter'ober' pula!). Dah masuk bulan Jun dah nih, uii cepat betul masa berjalan. Maaf ya sebab tak sempat nak jenguk blog, dan nampaknya dalam beberapa entri akan datang ni, isi blog 'jaman batu' saja larr...


Apapun, tahniah buat adinda ku KA dan adinda ipar ku IR kerana selamat diijabkabulkan pada 31 April yang lalu. Kenduri di rumah pengantin perempuan telah diadakan pada 1 Mei dan di rumah kami pada 14 Mei yang lalu. Masa majlis di rumah IR, KJ memang tak banyak ambil gambar sebab kawan KJ dah warning jangan over (lagipun bukan rumah kita n KJ ni pulak ahli rombongan lelaki, cam tak sesuai pula!). Masa majlis kat kampung pulak, banyak urusan dan berkejar sana sini, almaklumlah dah jadi tuan rumah :)


Majlis sambut menantu memang meriah. KJ suka sangat sebab majlis buat kat rumah Atuk dan dah lama semua saudara mara tak dapat kumpul sekali semua. Bila ramai yang dah kahwin dan beranak-pinak, kerja dan macam-macam, susah dah nak kumpul ramai-ramai sekali. Yang terakhir dulu, masa arwah Opah meninggal... Kalau tak, kalau tak dapat semua memang happening je sentiasa rumah tu! (opsss lari topik!)


Nak kongsi gambar jer larrrr... Hihi....



Majlis akad nikah di surau

Ambil gambar 'zoom' dari jauh
Ni bersiap kat butik pengantin masa kat kampung..


IR tengah disiapkan :)


Ala jelessssss, diorang dapat naik kereta Cikgu K.... Ingat lepas majlis nak tumpang posing tapi kereta dah terus parking kat rumah tuan punya kereta..... segan lar pulak. Masa hari kenduri memang sibuk!


Huh! jeles. jeles...


Dah berarak dengan kereta, berarak bawah payung pula


Ayah dengan kawan-kawan sekolah dulu... Ayah memang suka sangat masa ni!!


Hoho... Saja nak tayang... Ni muffin yang KJ buat... Tetamu-tetamu yang bertuah je yang dapat :)


Ni Pakcik M tengah bagi aiskrim... Ada satu sudut lagi ada cendol import dari Kampung Gajah :)


Lepas kenduri, kami lari jap buat simple outdoor kat istana lama


Ni antara gambar yang KJ ambil. Nak tunjuk yang lain-lain, panjang pula entri ni :)


Ni? Eh??? Pehal nih??? Huuuuuu


Aktiviti malam, sesi bersama keluarga. Mak Nyah belanja kambing sebab masa kenduri N&K, ramai yang tak dapat rasa.... Anjang pula bawa set karok, dan malam tu semua orang pun kena nyanyi termasuklah dengan pengantin-pengantin (KA&IR, N&K), mak pengantin, ayah pengantin, kakak, pakcik, makcik, sepupu... eh semualah nyanyi dan makan-makan.... Memang best.... :)




Lusa ni (11 June), sambungan Famili Wedding Marathon No 3, sambut menantu pulak! Minggu lepas dah kenduri kahwin belah perempuan.... Pak Pak kepungkepung....

2 comments:

Anash said...

.....sapa plak yang pegang jambak munge putih tuh???
pesal nampak hensem ???(larikkkk....)

masMZ KaKiJaLaN said...

sape? sape???? sape hensem?! alamak! jangan kasik orang tu nampak!!!! kembang karang tuuu!! huuuuuuuu