Salam sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam Jom Jalan :D
Hari ini, tak ada cerita-cerita sambungan lagi.. Bertabah sajalah menunggu sebagaimana aku juga menabahkan diri me'nyukat' jalan di empat daerah dan kekadang sampai lima daerah dalam satu minggu.... Lunyai, lemau semua pun ada....
Apapun, berbalik kepada entri kita hari ini, pada hujung minggu yang lalu, Kaki Jalan terima satu pesanan ringkas. Katanya ada tetamu dari #pekanKolumpo katanya nak masuk kawasan Kakak Jajahan (amboi giteww pulak yer?!). Memandangkan kebetulan masa tu berada di Ipoh atau dalam bahasa aku #negaraEeypoh, makanya tetamu itu bersambut. Naaaaaa.... siapa dia tu.... kita bocorkan kemudian. (eh cam nak ngarang panjang pulak! rasa cam nak kongsi gambar jer... kikiki)
Oklahhh... Jom layan gambar yang Kaki Jalan ambil masa buat Heritage Trail Walk dengan tetamu dari #pekanKolumpo dan seorang lagi kawan beliau.
|
Ok... baru tahu ada hotel bajet baru yang bukan main gagah tersergam kat tengah pekan Ipoh ni. Lokasinya betul-betul berhadapan dengan kedai Nasi Ganja.... Kat mana Nasi Ganja??? Haaaa serius ke tak tahu??? Kalau masuk pekan Ipoh, lokasinya dekat dengan Balai Polis Pekan Baru |
|
Bangunan dalam bangunan. Kalau tak lalu betul-betul, orang tak perasan sebab gambar-gambar dinding lebih menyerlah. Dari bangunan lama dua tingkat, bangunan sekarang tak pasti dah jadi berapa tingkat... Yang pasti, memang bertingkat-tingkat. |
|
Bangunan lama ini mempunyai empat jenis tingkap yang berbeza mengikut tingkat |
|
Namanya tingkap juga? |
|
Pintu-pintu lama dipalang |
|
Juga digril gaya lama |
|
Siapa tahu ni apa? |
|
Basikal roda tiga dengan plat nombor. Tak pernah pula terjumpa di tengah jalan. Barangkali untuk digunakan di sekitar blok-blok kedai berdekatan sahaja kot? |
|
Juga jumpa benda-benda yang terapung nih... Hahahaha... Iyolah terapung kununnnn..... payung cina nih... Kalau payung yang kaler coklat lakssss, lainnnn..... |
|
Fiuuuuuuuuuuu...... antara benda paling mahal yang terjumpa hari tu. Memang klasik habisss.. Kain pulicat chop sipoth okayssssssss.... |
|
Pernah jumpa Marilyn Monroe kat #negaraEeypoh??? Ni first time aku jumpa... Kalau dia datang, memang kena kacau dengan budak-budak macam ni kan... Kompem! |
|
Seriously ternganga sebab tiba-tiba boleh sampai dalam tempat nih.... Ada Art Gallery di tengah-tengah pekan lama #negaraEeypoh |
|
Semua yang ada di sekeliling kita ada cerita dan ada sejarah dan rahsianya sendiri. Ditutup berlapis-lapis, suatu ketika akan terserlah juga. |
|
Untuk sampai ke atas, kita perlu bermula dari bawah. Peluang sama rata, mencari cahaya atau sebaliknya. |
|
Ok dah habis dah sesi kongsi gambar... Semua gambar-gambar di atas dalam kawasan pekan Ipoh lama. Jika ada kesempatan lain, nanti akan dimasukkan bangunan-bangunan yang disenaraikan di dalam Ipoh Heritage Trail Walk (tapi opkos la tak tahu bila...... kikikiki *larikkkkkkkkkkkkkk)
Terima kasih buat Wak Jan dan juga Airil untuk ekplorasi petang yang best. Sampai bertemu lagi :)
|
4 comments:
salam kak. tumpang tanya masa akak g pulau mantanani kt sabah tu akak stay mana yer? ada any contact?
nurul huda,
nanti akak pm no. skrg kat luar kawasan, tak bawa nombornya. sorry ya...
Gitew ...
This is great
Post a Comment