FReNs iN KaKi JaLaN

Sunday, November 27, 2011

Ho CHi MiN DaY 2 : SHoPPiNG SaMPai LeBaM

Sambung cerita kat TiN TiN CiTY a.k.a Ho Chi Minh....  Tiba-tiba cam tak berapa reti nak nulis sebab baru perasan gambar hari kedua tidaklah sebanyak mana....  Sebab apa?????? HAhahhahaa..... dari pagi membawa ke malam boleh katakan membeli-belah sahaja (ayat lain, SHoPPiNG saMPai LeBaM wokeyyyyy)....

Pagi hari kedua, selepas bersarapan di hotel (kek bawa sendiri dari Malaysia dan biskut cecah-cecah air), kami menuju ke Pasar Ben Thant...  Dalam perjalanan sempat juga singgah kedai-kedai yang menarik dan tertarik-tarik...  Antara kedai yang kami masuk ialah kedai helmet.  Kalau tak masuk, rasanya ralit juga sebab kat sini helmet sungguh 'fancy'.  Helmet bukan setakat bermacam warna, tapi siap ada macam-macam lukisan lagi.  Jadi, saja-saja larr masuk untuk tengok-tengok.  Rasa-rasanya kalau ada sesiapa teringin  helmet Hello Kitty pun boleh jumpa agaknya! Hahaha.  Kedai lain, butik yang jual kain kapas yang ada sulam...  Siapa yang datang sini, rasanya boleh rambang mata dan meleleh-leleh air liur tengok baju-baju cotton sulam (embroidery) tambahan pula bila tengok baju budak.... kiut miuttttt tomei-tomei je....

Di Pasar Ben Thant, barulah aku memulakan operasi...  Ececece ewah-ewahhhh!!!! Betullah tu, diorang semua sudah ada tuaian semalam tapi aku baru nak menuai :D  Dalam pasar ni ada macam-macam barang, ala-ala Pasar Siti Khatijah kat Kota Bharu, Pasar Baru kat Bandung, segala jenis kain, baju, cenderahati, beg-beg termasuk tempat makan dan pasar basah semua sekali ada dalam satu pasar.... (errr jap, dalam Pasar Baru tu ada ke pasar basah??? Hehehehe)...  Pasar Ben Thant ni satu tingkat sahaja tapi disebabkan ada banyak gerai dalam ni, maka lama juga duduk dalam pasar ni.  Shopping kat sini bagusnya kalau membeli di awal pagi sebab diorang kat sini pun percaya pelanggan pertama akan bawa tuah pada perniagaan mereka...  Jadi, kalau datang awal pagi tu sedap tawar harga.  Tuaian hari ini, kain sprah, sarung kusyen (semua ada sulam) untuk ibu dan stok sendiri, dan kain kapas errrr (baca pelan-pelan) .... 2 d.o.z.e.n).  Lepas tu menung, betul ke??? Sebabnya sprah tu tak ada dalam senarai yang nak dibeli!! Hihi...  Tak cukup dengan tu, ada sehelai kain terus aku tempah buat baju Vietnam dengan yakinnya...  Aku pun tak tahu kenapa aku tempah baju Vietnam bukan baju kurung... Ok larrr amek fil kan?!!! *hari sebelumnya, M dah tempah baju kurung dan betul siap dalam masa 1 hari dan yang best lagi sebab baju ada lining dan jahitan pun kemas.

Agak-agak dah puas hati, kami berjalan pula ke Saigon Square yang letaknya dalam sepuluh minit berjalan kaki dari pasar.  Di Saigon Square, banyaknya blouse-blose dan baju-T.  Jadi, kami meronda sahaja dalam tu tanpa membeli apa-apa.  Lagi pula sebenarnya dah lapar, sikit je lagi naga-naga dalam perut nak mengamuk!

Untuk makan tengah hari, kami makan di VN Halal (akan ditulis dalam entri berlainan) sebelum pulang ke hotel untuk berehat.  Barang-barang yang kami beli di pasar, sudah dihantar ke hotel!!! Diorang ni memang tabik larrr, efisien! Dan penghantaran ke hotel dibuat tanpa caj!!! Suka!!! *untuk yang memborong sakan kat dalam 1 kedai, diorang akan offer tolong hantarkan ke hotel

Rehat dekat sejam setengah terus kami keluar semula.  Buka peta kengkononnya, nak cari tempat best tapi peta beli yang ada kat tangan tu tak berapa membantu.  Peta yang ambil kat hotel pun sama.  Dekat airport intai-intai hari tu tak ada pula....  Setelah usaha nak cari 'shopping mall' yang 'betul' tak berjaya, kami bercadang untuk petang di tepi sungai...  Tercangak juga nak cari teksi.  Jadi kami menghala semula ke arah hotel, jauhnya nak patah balik!  Nasib baik jumpa teksi kat satu tempat ni, tapi susah betul nak berkomunikasi dengan diorang.  Lepas tu baru betul bernasib baik, sebab ada orang dari hotel dekat situ yang tolong cakapkan.  Beriya tolong, lepas tu tunjuk hotel dia dan kedai makan halal dia.... Hehehe gitu....

Kami tiba di tepi sungai dah nak gelap (pukul enam).  Rupa-rupanya tak ada apa sangat yang hendak dihayati kat tepi sungai tu. Tak tahu larr mungkin juga, kami sampai di tempat yang salah... Dengar cerita dari orang kat hotel ada tiket main air (??? ok aku konpius).  Duduk-duduk sajalah kat situ, sambil ambil gambar (1 membelakangkan 1 bot restauran, 1 lagi gambar berlatarbelakangkan bangunan tiggi).  Nak balik pulak 1 hal lain..  Makcik-makcik dan kazen aku ni berkeras nak pergi shopping mall juga... Yang tahunya Parkson, tapi alamatnya tak ada.  Tahan teksi, dah diorang tak faham pula!  Maka, talian hayat aku enchek J tu pun di'roger'.... Seb baik!!!  Lepas tu baru dapat naik teksi, tunjuk alamat.  Teksi kat sini ada yang pakai meter, ada yang tak...  Masa tanya harga, giles kena tekan... Tapi sebab masa nak datang kena 140,000VD je, bila sebut harga lebih tu minta maaf larrr gudbye!  *tips : kalau jumpa teksi Vinasun, ambillah teksi ni.  Pilihan kedua, Mailinh...  Yang lenlain, baik tahu dulu agak-agak berapa harga perjalanan tu.

Puas hati dapat juga masuk shopping mall, kami berjalan kaki pulang ke hotel sebab rupa-rupanya mall tu satu jalan je dengan hotel kami iaitu di Le Thanh Ton Street, District 1.  Dalam perjalanan tu, sempat lagi singgah kedai ala-ala 'The Store' <-- ikut suka hati je kan?! dan night market depan Pasar Ben Thant dan membeli belah lagi....  Tak rasa macam dah lebam ke???? Muahahaha....

Untuk makan malam, kami masak sendiri..... Errrr... malam ni A yang masak, sementara kami singgah ke night market...  Tahu-tahu bila balik bilik, mandi siap-siap, makanan pun dah siap..... :D


Jom layan gambar pula :)


meriah sungguh kedai helmet ni

Pasar Ben Thant

Kedai pertama yang aku shopping.
Terjebak sebab C larr nih.... Hahahaha chobaan salahkan orang lain!

Stall kain, tak cukup kat kedai, kita dibawanya ke stor!

On da way to Saigon Square, opsssss!

Keadaan dalam Saigon Square lebih selesa, tapi tak seronok
sebab harga tak boleh nak tawar

Depan kedai makan halal

Cubaan mengesan lokasi shopping mall
mahupun lokasi menarik yang lain

Satu lagi kedai makan dikesan... Lokasi di Lion City hotel
/ Xuan Nguyen hotel yang terletak di Jalan Le Ann Xuan, Dist 1

* nanti cari nama betul tempat ni... akan diupdate!!



Bandar HCM yang hidup di waku malam

Ok larr tak studi ni bangunan apa... tengah-tengah nak ambil gambar,
tiba-tiba terperasan yang kat bangunan ni tak boleh ambil gambar!! Ehehehe..

C, beli buah kat kawasan night market depan pasar

errrr.... tapi bukan larrr semua ni :p

Hahaha.... Baju dah siap!!!!  Penghantaran terus ke resepsi hotel


25 comments:

just.HY said...

helo again. btw, ayat permulaan ko ckp takde ape nk tulis, tp panjang jugakkkkkkkkkk....tp aku baca sume ok!

wehhh...giler ke ape smpai 2 dozenn beli kain??? nk berniaga ke ape? kekeke boleh cover duit hangus beli tix ritu ke? mark-up skit ok nnt kalo laku jual. btw, korang mmg plan nk g shopping je ke? gigih benor smpai carik shopping mall kat sana.

Ren said...

Wow gigih di malam hari.....bile nak pakai baju betnam tu??? Ke buat tido muahahahahahah

Fatt said...

ehem...ehem...sakit plak tekak aku ni. tetiba

Maka, talian hayat aku enchek J tu pun di'roger'.... Seb baik!!!

aku tau sape encheck J itewww...dia ialah ORG ATAS AKU NI!!! HAHAHA

weh, baju siap jahit ni brp upah dia? pastu kain potong 4meter smpai 2 dozen ko borong ni brp harga utk sepasang?

lastly betoi ke org viet ni kuangasam skit bab tawar menawar ni?

Anonymous said...

@John,

haha tu larr tak sangka akhirnya panjang pulak citer aku... Ni pun jenuh korek gambar!! Terkezut dengan 2 dozen??? Ari last aku beli lagi. (Baca pelan-pelan -> s.e.d.o.z.e.n lagi!)... Adik pesan beli kain RM1k, jadi dgn berjuta2 VD yg dah tukar tu lahhh ku beli juga tix baru... Dua dozen tu, cukup untuk beli tix operrrr.. Tiket rega betul tetap tak dapat...

Pergi mmg untuk shopping, diorang tak minat nak nengok bangunan2 sejarah ni...

Anonymous said...

Opsss sambung komen nanti... Nak g kendurikkkk.... Hahha (masMZ)

Dessert Queen said...

Hi!

Datang dari blog fatt...ai pun nak pergi HCM Selasa ni...:)

Anonymous said...

@janggel,

Eh, baje betnam kat entri ni.. Salah jawab kat entri sblm ni.. [masMZ]

Anonymous said...

@fatt,

Ehemmm heeee... Siapakah lagi... Tima kasih buat bbm...

Kain cotton tu kalau diborong banyak boleh dapat 10usd sepasang.. Nak shopping kain baik tukar duit usd.. Untuk tempah baju 20usd dan boleh siap dalam tempoh satu hari.. Baju siap ada lining tu!!!! Baju siap diorang akan terus g hotel.

[masMZ]

Anonymous said...

@nowwa fitri,

Selamat datang :)

G shopping ke??? Jangan lupa g shopping masa kedai baru nak buka!! Masa ni kita leh demand dan tawar harga kaw2.. Kalau buat2 tAk jadi beli, silap haribulan diorang tarik kita balik dan bagi harga yg kita nak..

Selamat berjalan! Jangan lupa ambil trip Sg. Mekong!

[masMZ]

@fatt,

Kalau kedai dah tulis fixed price, mmg jgn harap nak tawar.. Tapi kalao takde, boleh je minta..

Unknown said...

Tadi aku baru je tgk Travelogue Air Asia, diorg pegi HCM, Pasar Ben Thant pun ada sekali, memang menarik betui tgk benda2 nk shopping kat sana..

Ni boleh kiv destinasi nih huhuhu...

P/s: Nanti kat Delhi nanti jgn lupe borong kain gak..murah2, tgk kat Chadni Chowk tau..kekekeke..make sure ko bawak beg besor2 sikit isi kain saree tu nanti hahaha..

Anash said...

MasMZ
BenThant Market memang sah best..bape kali pegi pun tak puas.
what? 2 dozen? tak mau jual ke?(wwink..wink..bagi sobenier pun akak sudi..wakaka...)

kedai jual badminton tak pegi?
akak beli purse 'cap monyet' aka kipling, tuh kat saigon square..sangat suke...
(topi mengkuang tak beli? akak rembat 2 bijik nak guna kat kebun ..hahah..)

AieSha said...

fridge magnet lebih-lebih takda ka? hikhik..

Biqque said...

aku beli ao dai kat pasar malam tepi2 tu jer...itam putih. tapi dah ketat siut! dang...

Lily Riani said...

first trip beli baju kat kedai2 tuh, 2nd trip tempat... memang 24 hours but quality hancus. nak buat cam na, tangan gatai...heheheh

beli telekung dak dak dak???

aa fly masuk dalat ke huai ke apa ntah kan... dgr kata lawa... nak gi ler... jom!

masMZ KaKiJaLaN said...

@k.Anash,

ehemmm 3 dozen, 4 helai saya punya, yang lain semua dah let go..
Kedai badminton tak pergi sebab saya pun tak berapa nak pandai main badminton tuh... Hehe

masMZ KaKiJaLaN said...

@Sha,

Opsss....

masMZ KaKiJaLaN said...

@Biqque,

Hahaha... kalau beli siap seksi, belah kat pinggang tu seksi...
Tak muat??? Dang~

masMZ KaKiJaLaN said...

@Lily,

hehe.... ikut nasib jugak kot.... Yang kami dapat ok....

Telekung tak beli, sebab yang borong kat Bandung pun tak pakai lagi! Hehe

Lily, owhhh aku baru google tempat tu.. belah utara hcm kat highlands... scenic! lepas tu famous dengan coffee erk!!! Bestnya :D

Azian Elias said...

salam kenal..

boleh lah tgk tips kat sini kalau teirngin nak ke sini in future.

kemang~ said...

amboi hang... bab shoping laju je ! haha

masMZ KaKiJaLaN said...

@Yan,

Selamat datang.. Salam perkenalan.. InsyaAllah, saya akan sambung entry HCM lagi selepas ini.

masMZ KaKiJaLaN said...

@Kemang,

Ahaksss... Naluri perempuan ;p

Dessert Queen said...

Sg Mekong memang best!

masMZ KaKiJaLaN said...

@Nowwa,

Hehehe... wah dah pergi dah ya! Ni ambil pakej yang 1 day trip ke 2 day trip? Tak sempat lagi nak buat entri pasal tu...

Mummy Liesya said...

hi masMZ, boleh tahu u stay kat hotel mana yer?? kalo u free boleh la bg details kat email ayda.wan05@gmail.com