Ini cerita semasa Hari Raya Korban tahun ni... Seumur hidup aku, inilah kali pertama aku menyaksikan ibadah korban dilakukan. Entah dari mana kekuatan datang nak pergi tengok pun aku tak pasti. Cuma kali ni mungkin sebab Cu ada ambil bahagian sikit dan ramai pula sepupu-sepupu nak pergi tengok sampai rumah tinggal dua tiga orang je... Errrr mana mahu kena tinggal!!!!
Dikongsikan....
|
ni persiapan untuk melapah dan mengagih lembu yang telah disembelih |
|
Lembu yang pertama |
|
Korban yang pertama, melihat dari luar pagar |
|
Dah melompat pulak!! Nebes |
|
Hurmmmmm... |
|
Dan percayalah, inilah kurban yang pertama yang aku tengok... Gambar ni aku 'klik' sambil pejam mata. Jadi, penyaksian yang pertama sebenarnya dari gambar je sebelum aku betul-betul ada keberanian..... |
|
Ini lembu yang keberapa dah tak ingat.... Tapi kalau orang kata ada lembu yang menangis, inilah dia.... 'Touching' masa tengok lembu nih.... Yang perasan tu memang perasan lembu tu menangis... Lepas meronta-ronta, terbaring, masa tu nampak cam air mata... Lepas tu, ada larr seorang hamba Allah ni, tolong lapkan mata dia, pujuk sambil doa-doa kot, tekap-tekapkan mata dengan telinga tu, lepas tu baru sembelih... Masa tu pun air mata lembu dengan air mata aku sekali mengalir.... Macam tu rupanya.... |
|
Selesai dilapah, dan sedia untuk dibuat agihan. |
Istilah korban bermaksud hampir. Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan hari Tasyrik, iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah SWT.
* Ceritanya di Mekah, binatang-binatang untuk dijadikan korban berbaris menyerah diri... SubahanAllah.
* teringat kejadian terpaksa sembelih ayam semasa duduk di rumah panjang...
2 comments:
Kenapa kurus kering je lembu tu
Haaha.... tu je kot stok lembu yang ado....
Post a Comment