FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, November 23, 2011

WaY To TiN TiN CiTY : NeKaD, eRRrr

Tin Tin City, mula-mula dengar macam kelakar.  Aku tak pernah tahu yang Tin Tin City ini sebenarnya ialah bandaraya Ho Chi Minh tempat yang aku idam-idamkan nak pergi...  Rasa-rasanya dah setahun setengah sebut nak pergi nak pergi, tapi tak pergi pergi pun...  Last sekali, bila Acik tanya nak ikut tak pergi HCM... dan setelah beberapa hari berfikir (huuuu)..... Maka jawapannya, "Pergilah!!!! Hahahaha!" Mampuih!!! Dan  sepanjang dari aku cakap "pergi" sampailah hari nak pergi banyaklah cerita-cerita berat berlaku dan aku pun tak pasti sama ada boleh pergi ke tidak...  Yang pasti, kebenaran ke luar negara aku dah dapat cuma rasanya bos dah lupa kot... Jadi, aku pun macam MIA je larrrr dengan nekad...   Sesungguhnya, aku tidak sepatutnya meninggalkan opis sebab projek Larian aku akan berlangsung dalam masa terdekat, ampunnnnnnn.... 

Percaya atau tidak, sebenarnya aku terlepas flight pada hari itu.  Dek sebab selepas menempah tiket, tak pernah tengok balik tiket dan asyik dengar pukul 10, jadi dalam kepala ingat flight memang pukul 10 pagi.  Dekat opis, memang tak sempat nak fikir pasal trip ni cuma ada teringat nak tahu sama ada kebenaran keluar negara dah dapat ke belum je.  Jadi hanya kebenaran tu sahaja yang aku semak.  Kebetulan pada 11.11.11 cuti lulus (ni pun kes tahu cuti lulus malam 10.11.11) jadi terus pulun habiskan kerja sebanyak yang mungkin untuk kengkawan lain sambung (hahahaha giles kejam).  11.11.11 seharian berkejaran di majlis kenduri, 12.11.11 weng lepas tu baru sibuk-sibuk nak pergi tukar duit. 13.11.11 dengan konfiden pergi airport dengan kadar lalala sebab mati-mati ingat sampai awal!!! aLMaklum larr ingat flight pukul 10 pagi kan?!!!  Siap tolong-tolong orang lagi untuk check-in (sebab sistem down, kena check in sendiri).  By the moment sedar flight sebenarnya pukul 9.10 dan rupanya aku patut sampai HCM pukul 10 pagi, maka berlarianlah ke pintu pelepasan.....  "Maaf, saya tak boleh bagi masuk lagi".... Huwaaaaaaaaaaa......

Setelah menempuh dugaan-dugaan lain kat dalam LCCT tu, akhirnya aku membeli tiket baru... Huuuu sob sob... Nasib baik ada yang nak datang temankan sementara tunggu next fight...  Belum apa-apa dah melayang $$$$$$$...  Hilang mood nak shopping!!! 

Sadis tapi akhirnya impian nak menjejakkan kaki di HCM tercapai juga....  Nasib baik pernah terbaca tip teksi murah kat sini.....  Dalam blog Umi (ingat nama penulis je), jangan ambil teksi kat dalam airport sebab boleh dapat harga teksi yang lagi murah kalau rajin nak menapak ke tingkat atas (tempat pelepasan), dan ada perhentian teksi di belah kanan terminal.  Nasib juga BBM boleh guna, jadi ada juga tukang research yang sangat bersemangat menghantar maklumat.. Tenkiusssss bebeh..... Hehehehe......  Beza teksi yang diambil oleh Acik ialah harga standard USD10 (RM30), dan teksi yang aku ambil menggunakan meter 130,000 VD (RM19.50) menggunakan khidmat teksi Vinasun. [Tip 1 :  Memandangkan tak semua pemandu teksi tahu bertutur dalam bahasa Inggeris, maka siapkan nama tempat yang nak dituju...  Baik sediakan dengan alamat sekali dan tunjukkan kepada pemandu teksi].

Sampai hotel, makcik-makcik dan kazen aku tengah makan malam... Haizzzzzkacang betul!!!!!  Diorang dah penat shopping dari pagi rupanya!!!!! Menjamah larr juga sikit, sebelum aku keluar balik untuk jalan-jalan di night market depan Ben Thant Market... 

Jom layansssss gambar pulak.....


OK! Ni kejadian 11.11.11 pada jam 11.11pm...
Masa ni me'review' secara berjemaah dengan enchek Janggel 

pasal 26 Fakta yang K.Anash buat... :D
Di pagi hari kejadian iaitu hari ke HCM...  Sesungguhnya pagi itu sangat santai  kerana seawal pagi dah keluar rumah dan siap singgah ber'breakfast' lagi.  Trip kali ni, terdetik pula nak mengabdikan 'wajah' kasut compang camping smurf  yang bakal menemani perjalanan aku ke HCM
Macam biasa, kereta ditinggalkan di Putrajaya Sentral dan aku  akan bergerak ke LCCT dengan menaiki ERL

~ errrr HuRMmmmm ERRRrrr........~

Dan akhirnya, aku berjaya juga menjejakkan kaki di Bandaraya HCM.  Cuaca kat luar kapal  tu sama  macam perasaan aku pada masa tu... Teruja dengan 'nebes' bersaling ganti... Yang peluh macam berjurai-jurai tu sebab HCM menyambut kedatangan aku dengan hujan rahmat, errrr....
Oklah... Siapa pandai, di mana gambar ini diambil?????  Ini gambar yang pertama sekali yang diketik sebaik sahaja keluar dari balai ketibaan...  Tak tahu larr nape leh amek gambar nih, hahahahahaha. *Sengal~
Boleh tahan meriah waktu malam, HCM ni memang hidup!
Jom ikut jalan ~ ni muka dari pagi lar nihh
Dah sampai depan market
Dipilih... Dipilih... Ditawar... Ditawar...
Kes menunggu.... Hahahaha...
Diperhatikan kebanyakkan gerai-gerai kat sini ada kerusi kecil untuk orang menunggu  sama ada untuk dilayan, atau menunggu 'geng' me'nyopink'.
Shopping??? Hahaha...
Aku dah shopping untuk hari ni dengan  Air Asia....
Layan kasut lagi larrrr
Dicelah-celah gerai yang menjual pelbagai barangan seperti T-shirt,  kraf, tetiba ada stall jual makanan... Tangan pun mula 'klik-klik'
Lepas tu jumpa orang bawa beca... Lain macam rupanya....
Memang diorang ni  entah berapa kali  tawaf kat kawasan itu. 
Lepas tu, baru mata sangkut tengok motor.... 
Lepas tu ter'kagum' dengan trafiknya....
*aikk??? Sempat lagi peace?!!!
Dan terus menerus mengetik kamera
Makin 'kagum'.... Nak ternganga tengok diorang
Dan pada masa inilah aku mula mendengar "Tin Tin! Tin Tin!"
Baru aku faham, kenapa kat t-shirt2 kat market ada tulis Tin Tin  City...
Memang tak berhenti-henti pemandu motorsikal, mahupun kereta/ van membunyikan  hon kenderaan mereka.
Ditengah jalan sibuk bersimpang siur dengan kenderaan tanpa kawalan, terlihat gigih  dua penjaja menarik gerai  mereka....
Nak skodeng tak apa diorang jual????
Tunggu.........

* moral - jangan lupa double check tiket dan komunikasi!!!! Huuuuu
** Nanti baru kita tengok apa yang ada kat pasar malam ni ya.....


Post a Comment