FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, November 23, 2011

WaY To TiN TiN CiTY : NeKaD, eRRrr

Tin Tin City, mula-mula dengar macam kelakar.  Aku tak pernah tahu yang Tin Tin City ini sebenarnya ialah bandaraya Ho Chi Minh tempat yang aku idam-idamkan nak pergi...  Rasa-rasanya dah setahun setengah sebut nak pergi nak pergi, tapi tak pergi pergi pun...  Last sekali, bila Acik tanya nak ikut tak pergi HCM... dan setelah beberapa hari berfikir (huuuu)..... Maka jawapannya, "Pergilah!!!! Hahahaha!" Mampuih!!! Dan  sepanjang dari aku cakap "pergi" sampailah hari nak pergi banyaklah cerita-cerita berat berlaku dan aku pun tak pasti sama ada boleh pergi ke tidak...  Yang pasti, kebenaran ke luar negara aku dah dapat cuma rasanya bos dah lupa kot... Jadi, aku pun macam MIA je larrrr dengan nekad...   Sesungguhnya, aku tidak sepatutnya meninggalkan opis sebab projek Larian aku akan berlangsung dalam masa terdekat, ampunnnnnnn.... 

Percaya atau tidak, sebenarnya aku terlepas flight pada hari itu.  Dek sebab selepas menempah tiket, tak pernah tengok balik tiket dan asyik dengar pukul 10, jadi dalam kepala ingat flight memang pukul 10 pagi.  Dekat opis, memang tak sempat nak fikir pasal trip ni cuma ada teringat nak tahu sama ada kebenaran keluar negara dah dapat ke belum je.  Jadi hanya kebenaran tu sahaja yang aku semak.  Kebetulan pada 11.11.11 cuti lulus (ni pun kes tahu cuti lulus malam 10.11.11) jadi terus pulun habiskan kerja sebanyak yang mungkin untuk kengkawan lain sambung (hahahaha giles kejam).  11.11.11 seharian berkejaran di majlis kenduri, 12.11.11 weng lepas tu baru sibuk-sibuk nak pergi tukar duit. 13.11.11 dengan konfiden pergi airport dengan kadar lalala sebab mati-mati ingat sampai awal!!! aLMaklum larr ingat flight pukul 10 pagi kan?!!!  Siap tolong-tolong orang lagi untuk check-in (sebab sistem down, kena check in sendiri).  By the moment sedar flight sebenarnya pukul 9.10 dan rupanya aku patut sampai HCM pukul 10 pagi, maka berlarianlah ke pintu pelepasan.....  "Maaf, saya tak boleh bagi masuk lagi".... Huwaaaaaaaaaaa......

Setelah menempuh dugaan-dugaan lain kat dalam LCCT tu, akhirnya aku membeli tiket baru... Huuuu sob sob... Nasib baik ada yang nak datang temankan sementara tunggu next fight...  Belum apa-apa dah melayang $$$$$$$...  Hilang mood nak shopping!!! 

Sadis tapi akhirnya impian nak menjejakkan kaki di HCM tercapai juga....  Nasib baik pernah terbaca tip teksi murah kat sini.....  Dalam blog Umi (ingat nama penulis je), jangan ambil teksi kat dalam airport sebab boleh dapat harga teksi yang lagi murah kalau rajin nak menapak ke tingkat atas (tempat pelepasan), dan ada perhentian teksi di belah kanan terminal.  Nasib juga BBM boleh guna, jadi ada juga tukang research yang sangat bersemangat menghantar maklumat.. Tenkiusssss bebeh..... Hehehehe......  Beza teksi yang diambil oleh Acik ialah harga standard USD10 (RM30), dan teksi yang aku ambil menggunakan meter 130,000 VD (RM19.50) menggunakan khidmat teksi Vinasun. [Tip 1 :  Memandangkan tak semua pemandu teksi tahu bertutur dalam bahasa Inggeris, maka siapkan nama tempat yang nak dituju...  Baik sediakan dengan alamat sekali dan tunjukkan kepada pemandu teksi].

Sampai hotel, makcik-makcik dan kazen aku tengah makan malam... Haizzzzzkacang betul!!!!!  Diorang dah penat shopping dari pagi rupanya!!!!! Menjamah larr juga sikit, sebelum aku keluar balik untuk jalan-jalan di night market depan Ben Thant Market... 

Jom layansssss gambar pulak.....


OK! Ni kejadian 11.11.11 pada jam 11.11pm...
Masa ni me'review' secara berjemaah dengan enchek Janggel 

pasal 26 Fakta yang K.Anash buat... :D
Di pagi hari kejadian iaitu hari ke HCM...  Sesungguhnya pagi itu sangat santai  kerana seawal pagi dah keluar rumah dan siap singgah ber'breakfast' lagi.  Trip kali ni, terdetik pula nak mengabdikan 'wajah' kasut compang camping smurf  yang bakal menemani perjalanan aku ke HCM
Macam biasa, kereta ditinggalkan di Putrajaya Sentral dan aku  akan bergerak ke LCCT dengan menaiki ERL

~ errrr HuRMmmmm ERRRrrr........~

Dan akhirnya, aku berjaya juga menjejakkan kaki di Bandaraya HCM.  Cuaca kat luar kapal  tu sama  macam perasaan aku pada masa tu... Teruja dengan 'nebes' bersaling ganti... Yang peluh macam berjurai-jurai tu sebab HCM menyambut kedatangan aku dengan hujan rahmat, errrr....
Oklah... Siapa pandai, di mana gambar ini diambil?????  Ini gambar yang pertama sekali yang diketik sebaik sahaja keluar dari balai ketibaan...  Tak tahu larr nape leh amek gambar nih, hahahahahaha. *Sengal~
Boleh tahan meriah waktu malam, HCM ni memang hidup!
Jom ikut jalan ~ ni muka dari pagi lar nihh
Dah sampai depan market
Dipilih... Dipilih... Ditawar... Ditawar...
Kes menunggu.... Hahahaha...
Diperhatikan kebanyakkan gerai-gerai kat sini ada kerusi kecil untuk orang menunggu  sama ada untuk dilayan, atau menunggu 'geng' me'nyopink'.
Shopping??? Hahaha...
Aku dah shopping untuk hari ni dengan  Air Asia....
Layan kasut lagi larrrr
Dicelah-celah gerai yang menjual pelbagai barangan seperti T-shirt,  kraf, tetiba ada stall jual makanan... Tangan pun mula 'klik-klik'
Lepas tu jumpa orang bawa beca... Lain macam rupanya....
Memang diorang ni  entah berapa kali  tawaf kat kawasan itu. 
Lepas tu, baru mata sangkut tengok motor.... 
Lepas tu ter'kagum' dengan trafiknya....
*aikk??? Sempat lagi peace?!!!
Dan terus menerus mengetik kamera
Makin 'kagum'.... Nak ternganga tengok diorang
Dan pada masa inilah aku mula mendengar "Tin Tin! Tin Tin!"
Baru aku faham, kenapa kat t-shirt2 kat market ada tulis Tin Tin  City...
Memang tak berhenti-henti pemandu motorsikal, mahupun kereta/ van membunyikan  hon kenderaan mereka.
Ditengah jalan sibuk bersimpang siur dengan kenderaan tanpa kawalan, terlihat gigih  dua penjaja menarik gerai  mereka....
Nak skodeng tak apa diorang jual????
Tunggu.........

* moral - jangan lupa double check tiket dan komunikasi!!!! Huuuuu
** Nanti baru kita tengok apa yang ada kat pasar malam ni ya.....


23 comments:

Fatt said...

ko tak tido ke publish tetengah malam? hehehe...

oi, nmpknya pas jwb 26 soalan tu ko masih tertinggal flight? yenadey!! hahaha....gile bocor poket beli flight on the spot. iskk...ko duduk kat mana masa ni? rate smlm brp?

betul ke org viet ni eksen gile stok takmo beralah klu negotiate harga? mknan halal senang tak? TQ

kemang said...

tertinggal flight???



brape rege tiket baru???

ingat kan lpas 26 tu, takde dah org tertinggal flight...hahaha !

Ren said...

Hahahahahaaaa
hanya mampu tertawa.


Psttt:- best tak sopink kat LCCT?

Biqque said...

camne la korang leh sanggup beli tiket baru...kalo aku, haihhhh...penat2 beli tiket murah, skali kena beli tiket mahal, mampus aku marah diri sendri sebulan! hahahaha!

kalo ko jenis study sejarah/perang, mmg ko akan tau la cite disebaliknyer...ko tau kan tin tin ni orang mana and nape ada kat vietnam? hahaha! *pegang rotan*

ben than tu menarik kalo nak shopping sbb leh mintak murah. fatt, diorang no hal nak kowtim harga, kena pandai bodek ar...kadang ada yg dah fix, ewah mcm kat supermarket plak. makanan halal susah, ko kena riki episod rasa halal di vietnam yg hos dia farah tu. sbb kadang tulih bahasa sana. kitorang makan cam biasa la, benda2 yg senang dpt dan tak diragui halal jer...ada tu ada, tapi kena cari...

janggel, ko gelak ye...masmz, kasi sedas!

nuna said...

ho chin minh best kan.. leh jejak lagi...

Lily Riani said...

if me, sumpah seranah kat DIRI SENDRI....

memula ingat u cakap pasal kartun tin tin tuh... cis... lupa bab hoonk honk tuh ehhehe.... gi beli telekung dak? tempat baju dak? u dok kat district 1 ke? i dulu jawoooooh jalan. i ingat nak gi dalat ke mana ntah... sejuk dak skarang... bertubi2 solan tuh dia..

Anash said...

HCM...
akak masak aje dik...siap bawak periuk nasik kecik..wat tomyam, masak nasik...sume gala buat dalam bilik...amat la restoran jadinyer...
telekung..cantik dan selesa digunakan...
dan di HCM la akak belajar berjalannnnnn...aje...(kuar otot kat kaki..hehe..)...
MIA? aik..mcm pernah ku dengari....
Pepepun enjoy the trip

masMZ KaKiJaLaN said...

Fatt,

Sebab tido pukul tiga ler aku duty sambil pacak batang mancis dalam mata petang tadi.... HAhahaha.... Ater dah tak boleh tido, letak je larr yang mana boleh dulu...

Kat sini aku duduk kat Thuan Thien Hotel... Senang juga duduk kat sini sebab salah sorang staff kat sini pernah kerja kat Malaysia dan boleh berbahasa Melayu dan faham kita. Rate 40USD+ (kongsi 3orang dan nak besar). Dekat sini banyak sangat hotel dan rate boleh dapat dari 22USD.

Rasanya tak semua yang macam tu. Memang ada kedai yang dah siap2 tulis fixed price (atau setengah kedai siap tulis dalam bahasa Melayu "HARGA TETAP"), ko mintak tawar sampai air mata darah pun memang tak akan dapat. Siap boleh jawab sambil duduk atas motor lagik.

Kami jumpa dua kedai makan halal kat sini ie V.Halal... Nanti aku tulis dalam entri lain. Yang banyaknya, kami masak sendiri :)

Fatt n Kemang,

Rega tiket tu lagi mahal dari tiket pergi balik yang aku dah beli. Rabakkkk tapi apakan daya, hati ku sudah di sana... hAHAHAHa... Memang konfiden giler flight kui soploh.... Haishhhhkacang lebih jagung betulkan?!!!!!! *nangis

masMZ KaKiJaLaN said...

Janggel,

Hahahhaa.... tersangatlah BESHHNYERRRRRR.... *pengsan

Biqque,

Memula aku dah pasrah, mungkin mmg patut aku tak pergi kot sebab keroje sangat banyak sekarang. Kira2 meninggalkan opis di waktu yang sangat kritikal... Tapi tatau larrrr... Aku wat keputusan nak beli tiket baru tu pun dekat dua jam selepas flight aku berlepas.... Hahahaha... Nasib baik juga aku pergi, sebab kengkawan aku semua down kat opis sepanjang minggu sebab tetiber bos cancelkan event...

Hahaha... Yang ada kat rumah ni buku The Adventure of Tin Tin je, tapi dok kat rak buku belum baca lagi... Cerita perang dunia pertama.... huuuu saya studi chekgu Biqque.... t saya buat assignment chekgu, errrrr

Nak sedas ke Janggel??? Ehehehe... Nanti dia tamao teman lagikkkk... huuuuuu... menchikkkk gelak2 eh... mekasih erkk... hihi :)

masMZ KaKiJaLaN said...

@Nuna,

ha'ah... lagi best dari jenjalan kat dalam bandar Phuket... sebab kat sini tak banyak anjing cam kat sana dan leh shopping kain!! Hahahaha.. Cuma kat sini tak adalah dapat ber'island hoping' dan verangan sun bathing :D.

*ada hajat lagi ni nak pi hujung minggu je, boleh gitu???

masMZ KaKiJaLaN said...

@Lily,

Sumpah seranah awal2 dengan masa tak cukup duit nak shopping!!!! Rugi nak mampussssssssss.... sob.sob....

Mesti teringat cerita kartun The Adventure of Tin Tin tu kan??? Hahahaha..... Tapi betulkan kat sini dari pagi sampai ke malam tak berhenti-henti bunyi honk Tin Tin! Tin Tin!!

Errrr... pe lagi soalan??? Muahahaha jap. jap.... owhhh beli telekung tu tak sebab yang beli kat Bandung dulu pun ada selai lagi yang belum pakai... Baju beli larr selai (sebab pergi bawa tiga helai baju je), lepas tu beli t-shirt dengan kain-kain cotton... Mana mao shopping untuk diri sendiri lebih2, dah kayap awal2!!! Hahaha sumpah diri sendiri!

Hotel yang kitaorang duduk tu memang kat District 1, jalan kaki kalau tahap lalalala pandang kiri pandang kanan dalam 6-7 minit dari pasar Ben Thanh tu.

Bandar sejuk?! Hurmmm.. Kira-kira kat sana tak adalah berpeluh-peluh dan baju pun boleh pakai recycle!!! Hehehehe... (menjawab soalan tak????)

masMZ KaKiJaLaN said...

@k.Anash,

sipooo MIA! Hahaha...

Kebanyakkan masa, kami masak sendiri.. Ada dua kali je makan kat luar... Paling best cam makan kat rumah sebab makan dengan kicap tamin :)

Kuar otot kaki kat HCM??? Semua bangunan historical, war tu akak pergi ke????

Anash said...

sipoo MIA? halamak....(hehe)
siap bawak kicap tamin? very good..
muzium tuh akak pegi...kena pegi gak tuh masMZ...
btw, akak beli reket badminton kat HCM...kata derang ramai beli kat situ sebab murah...and akak beli baju jersi pun kat sana...hahaahah
seriusly jumpa org Malaysia kat kaw tuh dengan mudah sekali..(sume set-set nak beli barang sukan)

Unknown said...

Laaa ada blog rupenye diaaaaa...baru kini ku tahu hehehhe...

Hmm ko ni dah terkena badi si Fatt la nih sampai tertingal flight huhuhuh..

Ren said...

Ya ampunnnn apa la blueEwoke ni hahahahahaa lawak plak.

masMZ KaKiJaLaN said...

@BlueEwoke,

Ehehehe.... low profile.... nak bagitau menang teka tu erk?!!!1 Hehehehe *tetiber pasan ~wiNK

Tatau larrr nape leh tinggal... Sungguh konfiden hari tu dah sampai awal.... hesehhhhh memang bukan rezeki ku untuk bershopping sakan di HCM, tapi bershopping di LCCT....


@Janggel,

Hihihi.... Aterrr

masMZ KaKiJaLaN said...

@k.Anash,

Kicap tamin memang terbaekkk... Hahaha... Nasib baik ada pakej botol kecil yang saiznya tinggi sejengkal kurang dua inci....

Cari barang sukan kat mana yer??? Tak jupe pun!!!! Pakcik saya beli gitar letrik, sana memang murah. Raket ~ gitar, errrrrr...

just.HY said...

helloooo!!! asal ko tak tido lagi nih? berjangkit aku ngn fatt jugak ke?hiihih

anyway, aku pun ade pengalaman terlepas flight nih. tp nk balik KB jela sbb ade wedding cousin. tix dh beli 6bulan awal..tup2 aku bangun tdo pukul7 pagi, dan pukul 7 pagi jugaklah flight aku fly! haaa...punctual giler kan aku nih! hahaha...rabak poket bulan tu sbb beli tix baru. sayuuu hati ni,

anywy, aku pn akan g vietnam nnt. ish..best ke shopping kat sana? aku nk lenggang je nnt. hahaha.

asal b;og aku lmbt masuk updates dri korang ek???

Fatt said...

mas,
chop...ko MASAK SENDIRI??? camne ko buat? smoke detector tak kantoi ke asap2 sume tu? pastu tak melekat ke bau2 masak tu? korang masak pakai ape? if ada dapor mini pun HOW? bleh ke ko buat spesel entry psl ni? aku nak try buat utk next vacay if aku tpksa gi tmpt2 yg susah cari mknan halal ni..iskk

oso, mana ko cari bhn2 mentah mcm ayam daging telur bagai tu? naik flight kah?

Ren said...

Fatt;-

Tetibe ko sakit tekak tahap kronik eh? Nanti suh kemang kidnap ubat kat sepital dia. Нεнεнεнεнε

Ko tak penah try memasak2 ke? Mak aku kalo g memana mesti bawak dapo letrik (kecik je dapo tu), bawak beras seme. Hahah try la fatt, best wo.

Anonymous said...

@john,
Hahaha... Agak2nya tak cukup syarat jadi traveller kalao tak pernah merasa tinggal flight kot! Hahaha baru larrr merasa betapa mahai nyerrr tiket dan susahnya nak pi jalan (balik kpg kira pi berjalan jugakkan!!! Hehe)

Lepas balik dari cotii ni je susah nak tido.. Pehal ntah... Nak kat jetleg, macam larrr waktu jauh sangat beza.. Sana lewat sejam lebih je.

John, masa pg hari tu lenggang kangkung takat bawak beg saiz budak sekolah je.. Tapi bila balik, beg telah dengan gembiranya beranak-ranak. Hari last t aku tunjuk...

Kat sana antara brg2 yg best termasuklah beg (mmg murah), kain cotton, kurung siap, baju2 sulam, cebet, jersi sukan (sport attire), brg antik etc.. Haritu pakcik beli gitar letrik, katanya beza dan murah!

[masMz]

Anonymous said...

@fatt,

Sepanjang kat sana, ada 2 kali je makan kat kedai.. Time lain kami masak sendiri.. Sedap dan menyelerakan!!! Hahaha.. T aku tunjukk...

[masMZ]

Anonymous said...

@janggel,

Mana kan Kemang!?!

Senang juga bawak pekakasan dapur sendirikan!! Tapi kami kat sana, kami beli beras kat sana.. Beras sana sedap!