FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, June 20, 2012

EPiSoD JeReBu


Dah dua minggu bahagian pantai barat Malaysia (terutamanya di kawasan lembah Klang, Perak dan Pulau Pinang) di landa jerebu.
Rindu dah nak tengok matahari bersinar pagi-pagi.
Rindu jugak nak dengar burung berkicau-kicau depan rumah.  Mana pulak diorang pergi nih?!
Pokok kat rumah kering nazak sebab empat hari aku takde kat rumah.  Makanya tak bersiram pokok-pokok tu.  Biasanya empat hari tu, masih bernyawa lagi pokok-pokok aku tu.  Sebab jerebu, cuaca jadi kering, maka pokok-pokok aku pun jadi kering. Haihhhh....

Masa-masa ini nak atau tidak, terpaksa kurangkan aktiviti di luar rumah (tempat terbuka).  Bertabahlah terutama sekali bagi yang ada penyakit pernafasan seperti asma (nanti lagi larr tak cukup oksigen!) dan juga yang ada kulit sensitif.  Banyakkan minum air sebab tekak jadi kering.

Masa-masa macam ni juga, terpaksa aku membebel kalau jumpa orang bakar sampah.  Hadeiiii....  EEEEE naper larr korang suka benau bakar sampah sesuka hati nih?????  Salah tau.  Kalau caught in red, siap sedialah nak bayar kompoun ke nak see u in court.  Nak? Nak?????

Maklumat mengenai Indeks Pencemar Udara boleh dilihat di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, boleh klik kat sini -> Indeks Pencemar Udara.

Bacaan 1-50 menunjukkan indeks kualiti udara berada dalam keadaan sihat.
Bacaan 51-100 sederhana.
Bacaan 101-200 tidak sihat.
Bacaan 201-300 sangat tidak sihat.
Bacaan >300 menunjukkan kualiti udara berada dalam keadaan merbahaya.

SaVe THe EviroNMeNT. Together We CaN Make iT!!


 

9 comments:

Biqque said...

aku pantang tul orang bakar2 sampah ni! lagi pantang kalo kat negara sana tu bakar tanpa segan silu rasa bersalah. eiiii...kompaun diorang bleh tak?

Lily Riani said...

i appreciate sesangat API update you seriously. i riak ok kat opis, i cite kawan i update i daily. bangga siut.

masMZ KaKiJaLaN said...

@Biqque,

Kannnn..... tambah lagi kalau orang yang dok kat tengah bandar, sakit mata nengok asap kepul-kepul nih....

masMZ KaKiJaLaN said...

@Lily Riani,

Hehehe... Thank you... Kongsi je dah alang-alang kena check. Nak reading terbaru? Nak? Nak?? Hahahahahaa.....

Al said...

haih bl la nak ujan kasi clear skit jerebu ni kan..ttibe tringat da agk lama Lembah Klang x ujan..:(

Anash said...

Jerebu..jerebu
go away
dont come again
ever....


apa la yg merapu nih?
hahah

mytravellicious said...

jerebu sudah sampai ke sarawak ssudah....:(

masMZ KaKiJaLaN said...

@Al,

Alhamdulillah, jerebu di Semenanjung sudah berkurangan.. Harap lebih banyak hujan yang turun.



@k.Anash,

Hahahaha... tengah pening ke tak nampak sebab jerebu nih????

masMZ KaKiJaLaN said...

@Abang Fadli,

Dari Miri kah??? Nampaknya Miri satu-satunya tempat yang masih mengalami jerebu sejak beberapa hari ni. Semoga keadaan bertambah baik.