FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, June 27, 2012

HOPE

Hailarrrr liat nau nak meng'update' KaKi JaLaN sekarang nih.... Mood memang ke laut dah. Kalau sesiapa jumpa aku hanyut kat mana-mana, cer tegor (bak kata orang Perak) aku ni bernafas lagi dak?! Muaahahaha.  Baru dua bulan aku tak ambil cuti, rasa macam dah 3 tahun kerja tak berhenti-henti.  Boleh tak???  *kekdahnya cuti kena beku demi kepentingan rakyat jelata, pasrah

Sepatutnya entri kali ni sambungan perjalanan di Agra, nebes nak nengok TAJ MAHAL!!!  Salah satu dari Golden Wish aku.  Agaknya sebab itulah entri ni payah sikit nak kuar.  Bertabahlah menunggu.

Cerita gambar :


Masa ni aku dalam tuk-tuk semasa dalam perjalanan nak pergi tengok matahari terbenam kat tepi tebing Sungai Gangges (muahaha).  Seperti kebiasaannya kalau dah atas jalan raya, mesti tersangkut dalam kesesakan.  Di India, disebabkan dalam satu jalan tu kereta, tuk tuk, motorsikal, basikal, kereta lembu, kereta kuda semua berkongsi jalan dan berada di laluan yang sama, tangan pun dok larr membidik sana dan sini sampailah terpandangkan kepada budak dalam kereta sebelah tuk tuk.

Aku suka gambar ni sebab aku nampak 'hope'.  Budak dalam kereta tu nampak merenung jauh, tak tahulah apa yang menarik perhatian atau yang bermain di dalam kepala dia.  Apapun, pastinya ada sesuatu yang diharapkan dan aku berfikir "Are were doing enough for them? For our future?  Apa yang kita tinggalkan untuk mereka?"

Yeahhhh Together We Can Make It - Go Green!! Save The Environment For Our Future!! #tetiber sebab nak juga wat entri kan....







3 comments:

Azizan Zolkipli said...

suka benor Wakjan dengan mood serta moment gambar tu ! gambar menceritakan banyak kisah ... terbaiklah !!

Hang Dhamin said...

hWAITING !

Schamastura said...

Yup..There is hope inside he ke her eyes =p