FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, September 25, 2014

AuSSiE 01 : RoaD To KaNGGaRoo LaND #cewah



Haluuuu.....
Assalamualaikum....
Salam satu Malaysia...
Salam Perak Aman Jaya (Nak jugakkan masukkan!)
Salam jom pi jalan..... 


Hang nak pi mana?
Apa? Tak maen la hang... hang la ni...
Cheq nak pi tengok kanggaroo...
Gatai! Hang bukan dah pi dulu ka?
Dulu jaman jahiliah... gambaq kena sorok! Hahahaha *mampuih!
Dak aaaa... ni cheq nak pi ziarah kengkawan cheq la kat sana... Cheq janji dah dulu nak mai sebelum diorang balik.... Haaaa murni dak niat cheq?
Piraahhhhhhhhhhhhhhh.... Iyalah sangat!

Oklah betullah tu... Aku dengan Janggel ada kawan sefamili laaaa... yang isteri sambung belajaq kat Tanah Kanggaroo tu... Is orang Penang, sebab tu aku pun tercakap utagha tadi.  Ok naaaa kita tukaq slang kita balik....  





Tiket nak pi Australia ni, rasanya dah beli tahun lepas (kompem kot hahahaha sebab tahun ni aku satu tiket pi mana pun tak beli lagi!)  Cam biasalah pasrah je sama ada trip ni jadi ke tak.  Masa beli harga tiket return tak sampai RM700, wallaweiiiiiiiiii Janggel, jom tanya Abu apa musim nak terjah nih!

Alhamdulillah, untuk trip kali ni tak banyak sangat drama macam yang dulu-dulu...  Cuma, hari yang nak pergi tu, petang tu ibu warded sebab dengi. Tanya ayah macam mana?  Nak kansel ke?  Kebetulan aku dah seminggu kat pekan Kolumpo sebab kursus.  Hari jumaat tu siap sebenarnya nak gi Lukut wooo... seb baik kilang tak available, so kami tukar arah g Nilai je.. Lega! Leh balik cepat!  Yang tak lega, airorn bas rosak!  Adoiiii panas Malaysia nih! Terus tazzabar nak fly! 

Malam lepas maghrib, kami dah sampai di KLIA2.  Omaiiiii beso ok! Jauh nak jalan!  Sapa nak fly ni, eloklah pi masuk cepat!

Owhh yaaa.. Sapa nak buat visa untuk Aussie, leh buat kat sini terus.  Bayaran $20 sahaja.  Takyah pakai agen, dan jimat $10 aka RM30 ok!  Imigresen Australia

"Abu, mohon nanti sambut kami pakai sepanduk!"
"Huh! Parking mahailah!"
"Owhh ye ke? (buat2 tak paham) Takpelahhhh, ko duk dalam kereta, biar Is ngan Adam pegang sepanduk!"
Hahahahahahahahaha.... demand retis sangatkan! 
Mana tahu tetiber pagi tu Abu betul-betul sambut kami ngan sepanduk... Tenkiuuuuuuuu we ols terharu tawwwww ;D

Rupanya Abu datang dengan Anib (iskkk terjumpa orang kampung aku laks kat sini! Tak sangka!).  Kemudian, kami drop Abu untuk ambil kereta yang kami sewa untuk sesi road trip kali ni.  Sampai rumah, Is, Adam (anak sulung Abu) dan Adib tomey tomeyto dah pun siap.  Ayuh!!!!

Eh,, eh selfie dulu yuk!

Motif Hungry Jack's?  Hahahahaa takde apa... saje.  Mesti lapor jalan jauh-jauh ni nanti. Muahahahaha 

Hari pertama sebenarnya transit kejap je di Adelaide.  Turun dari kapal terbang, selesai dalam jam 11 pagi. jam 12pm pula kami terus ber'road trip' untuk ke Canberra.  Nak tahu jauh tak jauh, korang baca sampai habis.   

Keluar sahaja dari pekan, lebih kurang macam inilah pemandangannya....  Bestnya tengok ladang besar-besar ni.

'Karpet' atas tanah ada yang hijau muda, ada hijau tua, ada perang dan ada yang berwarna macam kuning keemasan.  Gilers cun!

Dan kalau yang warna kuning tu, disebabkan bunga inilah...  Bunga apa erk?  Untuk apa ni?  Pewangi?  Dari aroma yang dibawa lembut angin masuk dalam deria bau aku ni, memang manis laaa bau dia... Aku suka!! 

Dan jangan lupa selfie!  Haaaa nampak dakkkkkk gebunya karpet kuning emas tu?! Phewwwwww rasa nak guling-guling.

Dan perjalanan diteruskan dengan had laju yang sesopan mungkin.  Memandu kat Aussie ni kena siap sedia kalau nak tekan minyak lebih hadlaju.  Celah mana diorang letak kamera untuk speedtrap pun tataw... Sedar-sedar nanti, dapat surat chenta pulak.  Choyyyyy!

Cam ni lah rupa highway sepanjang-panjang perjalanan kami.  Kalau tak ladang, ada la hutan sikit-sikit kat tepi tu.  Lepas tu jumpalah pekan-pekan koboi (pekan kecil).

Gambar ni aku bidik masa kitaorang berenti rehat.  Haaaaaaa mana ntah rumah?  

Bukan Aussie kalau takde kambing biri-biri nih....

Owhhhhhhh best sejuk kena sapa dek angin dingin nih.......  

 Abu ngan Is berselfie...'we'fie?  Ishk lawo la pulak gambar! Nak gak aaaa

So aku ngan Janggel pun cuba wat parody Abu dan Is.... Ermphhhh cam berlakon sungguh!


 Dan beberapa sungai yang kami lewati, cam best jer kalau lepak santai sini.


Ni haaa antara caravan park yang ada sepanjang perjalanan ini.  Hajat hati nak ber'roadtri' caravan..... tapi woooo kena fikir panjang la sebab katanya nak pi merata, hang nak park kat mana caravan hang tu kalau masuk pekan? Huhuhu.... baeklahhh.


Lebih kurang jam 8.30 malam, tobat perut dah lapar.  Kalau kat Malaysia ni mau aku dari JB dah nak sampai Perlis nih... Dak ke?  Sampai kat satu pekan kecil, kami pun berhenti untuk solat dan masak..  Menu malam ni, mee kari sedap dimasak enak dimakan sangat.  Megi kari yang import khas dari Malaysia. 


Tudia chef untuk malam ni....  



Lepas makan malam, Janggel ambil turn untuk drive dan aku jadi copilot.  Ya Allah, cantik sungguh pemandangan langit sepanjang perjalanan.  Betul aku tak percaya sebelum ni milkyway tu boleh nampak dengan mata kasar.  Malam ni memang awesome! Cantik sangat!  Cuma tak terkederat aku nak keluar sebab sejuk yang menikam-nikam kulit nusantara aku ni.... 

Apapun, kalau tak salah dekat jam dua belas, aku tunjuk Janggel.  
"Eh tu? Errrrrr. Nampak?"
"Emmm"
"Apadia tu?"
"Entah" Ishkkkkk sabo je la
"Takkan petunjuk arah angin?"
Angkat bahu
"I rasa tu bulan laa.... baru nak terbit"
Dan masa tu memang macam huuuuuuuuuuuuuuuuu....... bagai misi mengejar bulan pulak dah.  Pernah tengok bulan yang terbit dari kaki langit?  Ya Allah, cantik sangat!!
Gambar yang kat atas ni, aku bidik masa berhenti jap sebab nak ambil gambar bulan dan driver nak strecthing sikit.  Yang cam lampu jalan tu, paling dekat dengan lori, haaa bulan ler tu. dan yang bertitik-titik yang nampak sikit-sikit tu antara jutaan bintang yang bertaburan di langit gelap.


Perjalanan diteruskan lagi... Macam ni je la jalannya... Kadangkala yang sekali sekala berselisih lori.  Yang lebih banyak bertemu kanggaroo  mati di tepi dan di tengah jalan.  Kami juga ada dua kali nyaris nak jadi pemangsa kanggaroo ni.  Nasib baik sempat mengelak.  Kalo tak, jenuh taip entri ni sambil nangis-nangis... Huhuu.


Ini toilet kat tempat rehat dia.  Orang lain tidur, copilot tengah skodeng langit kot ada port terbuka tanpa pokok dari dalam kereta... Yang dalam toilet ngan pintu terbuka sikit tu harus tengah menggeletor ke kejung dengan air sejuk dalam gelap malam... Hahahahahaa....  Tak de lampu!!


Lepas Janggel memandu, Abu bangun sambung drive.  Aku masih co-pilot sambil mata kekadang terpejam sebelum Abu kejut... "Sambung!" "Hoho baeklah!!"
Drive sorang tengah malam dengan semua penumpang tidoq! Hohoho rasa nak cungkil bijik mata ni haaaaaa....  Kanggaroo tergolek dah tak larat nak tengok, dengan kabus tebal lagi.... dan yang paling kuat dugaan sebab bunyi orang mengeruh yang tak tahan tuuu..... #nangesdalamhati  

Nasib la tak payah bawa lelama... mata aku pun dah tak tahan... ada la bawak dalam 100km je. Selamat.  Dari kui doblas tengah hari tadi sampai kui 5.30 pagi dalam kereta.  Cuba kome kira berapa lama perjalanan tu? 1200 km dari Adelaide untuk ke ibu negara tanah Kanggaroo ni.... Mana? Jeng jeng jeng......


5.30 pagi berhenti di Murrumbateman.... Yooooo -1 darjah celsius.  Ketaq!  Tempat cantik.. Tapi tak dapat la nak posing-posing, muka bangun tidur dengan muka ketaq.  Kami berhenti untuk cuci muka dan solat subuh kat sini sambil meregang-regangkan otot....

Kabus pagi..... 



 Ayuh teruskan lagi perjalanan.  Gegegegeegegeegegege.... 

No comments: