FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, June 11, 2009

RuMaH PaNJai : uiiiii RacuN BaiK PuNYa!!!!!

Wah, ke rumah panjang??? Ermmmm menariknya!!! Dulu masa mula-mula Ann ajak pergi Sarawak, tak tahu pula sebenarnya dia mengajak ke rumah panjang. Baru-baru nie, bila cerita ini dibangkitkan semula....

Ermmm.. Menariknya!! Korang nie, tidak adakah 'racun-racun' yang tidak melibatkan peruntukan besar dan ad-hoc???? Owhhhhhh.......... Ajakan yang tidak dapat ditolak! Rumah panjang?? Macam mana kalau hendak pergi sendiri?? Macam mana keadaan kat sana?? Alang-alang sudah ke sana, boleh daki gunung! Mak aiiii.... Memang rancangan yang ...... aiiiiii! Susah!! Susah Den nak nolak!! Ekeke.

Banyak perkara yang bermain kat kepala. Rumah panjang? Ermmm... Tempat yang Den nak pergi ni memang sudah tentu bukan tempat Muslim [ada ke??]. Alamak, macam mana nak duduk kat situ? Den ni sudahlah fobia tahap gaban dengan cik An (anjing). Cik an ada kat bawah rumah atau ada kat dalam rumahkah?? Aiiii... macam mana nie???

Cik Tony (kerbau pendek a.k.a babi) pula seperti yang Den dengar-dengar sebelum ini, berlari-larian bebas kat bawah rumah. Makkkkkk.... Main aci kejar!! Tuak?? Adat orang Iban menyambut tetamu.. Pasal tak boleh tolak.. Ermm... Banyak nak kena fikir ni!!

"Ann, kat sana ada anjing tak?"

"Hai, u jangan fikir. Boleh bincang!" [eh, boleh bincang? Sabar je larr]

"Boleh bincang? Ada kat atas rumah tak?"

"I cadangkan u pakai stokin. Tapi jangan risau. Boleh bincang" [wah semua jawapan boleh bincang. Apa nie??]

"Mas, cepat sikit. Diorang semua dah confirm. Nak kena tempah tiket cepat sebab cuti sekolah" [alamak!!! siapa lagi yang pergi nie?]

[Seminit.. Dua minit.. Sepuluh minit.. Satu jam.. Dua jam.. X jam...] ".... OK! I pergi!"

Penyelesaian dan perkara dalam kepala:

Anjing - boleh bincang (Den akan pastikan semua akan menjadi bodyguard Den!)

Cik Tony - Ann tak cakap apa-apa. Boleh bincang. Kalau betul, Den dok kat atas rumah! Hahaha

Tuak - Boleh bincang. Ann dah cakap dengan famili dan cousin dia.

Makanan - ok, takpe. Bawa bekal sikit buat persediaan :)

Geng in Crime (ceh!) :

Ann (tuan rumah), Luvis, Mud, Jeya, Wan, Bukh dan Den sendiri.

Jadual :

Hari Pertama : Sampai - jalan-jalan beli barang untuk ke Rumah Panjang dan bar-b-q - malam bar-b-q

Hari Kedua : Bergerak ke Sarikei - tinggal di rumah panjang 4 malam

Hari Kelima : Bergerak balik ke Kuching

Hari Keenam : Gunung Santubong

Hari Terakhir : Jalan-jalan dan balik!!

[perjalanan dalam entri seterusnya!!!]


Post a Comment