FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, June 23, 2009

SaRaWaK : WoNG KuJi aND CHicKeN SToRY

Hari kedua di Pakan, Uncle Sedai mengajak kami ke Wong Kuji (wong bermaksud air terjun). Mandi sungai lagi kami nampaknya. Habis makanan dibungkus untuk makan tengah hari di sana. Kali ini perlu naik kereta dengan perjalanan memakan masa tak sampai lima belas minit. Wong Kuji kecil sahaja rupanya, tambahan pula pada masa ini sudah beberapa minggu tidak hujan. Panas dan kering cuaca di sini.
Perkara yang tak boleh lupa masa di Wong Kuji, Uncle bawa ayam hidup. Uncle serah pada kami. Owhhhh siapa yang nak sembelih nih?? Aku pandang Wan, Wan pandang Baning, Baning pandang aku. Eh?? Tak leh larr Baning nih, hampeh!!! Terus Baning angkat tangan dan mengundur. Aku tengok Wan, nasib baik Wan ambil pisau. Nasib baik ada Wan. Malu pula rasanya pada Uncle sekeluarga. Semasa menunggu ayam mati, tiba-tiba ayam melompat masuk dalam air. "Weh, angkat ayam tu cepat!! Karang kita makan ayam lemas pulak!". Uhhh, nasib baik selamat. Chicken story (aku, Wan dan Mud) memang pengalaman yang berharga.
Nak jugak letak gambar nih. Nak pergi ke Wong Kuji.

Laluan ke Wong Kuji. Air kering masa ni.
Kata Ann, sebenarnya air tak bertakung cam ni. Sekarang ni musim kering dan memang panas pun kat Pakan!! Fuh!!

Gambar ni saja yang boleh letak. Hahaha.. (Kat Long ada gambar tak agaknya? Erm)

Ayam yang sudah dibakar. Lepas ni cicah dengan sambal kicap.

Iko ni cam orang dah tak makan berapa hari agaknya. Tak cukup daging, ni kaki ayam kalau boleh nak dihabiskannya!
Ni muka ceria lagi sebelum jatuh.... wuhaaaaaa.... (tapi lepas jatuh pun maintain lagi!)

4 comments:

xplorer said...

kenapa ayam bakar tu dah tak nampak rupa ayam?

masMZ KaKiJaLaN said...

hehe... itu ayam... tapi dah kena belah dan di'penyet'.

* penyet = ketuk

Ann Sedai said...

part nak sembelih ayam ni paling kelakar.. yang jantan nye xnak buat... last2 bukan mas ke yang sembelih ayam tu??

masMZ KaKiJaLaN said...

Ekekekee....

Hi Ann :)

dah macam mana nak makan kalau ayam tu tak sembelih??? eee geram betul dengan jantan-jantan yang dok tolak-tolak takmo sembelih.... haishhhh.....

end up yang terakhir sekali tu Wan yang sembelih.