FReNs iN KaKi JaLaN

Sunday, June 7, 2009

KaKi JaLaN @ PuTRaJaYA iNTeRNaTioNaL DRaGoN BoaT FeSTiVaL

Tak ada apa nak buat minggu nie walaupun sebenarnya dikehendaki di beberapa lokasi (yang mana hampir kesemuanya berkaitan dengan majlis kenduri kahwin dan KaKi JaLaN memang lomah betui nak menjengah ke majlis-majlis macam tu sekarang nie..).

Untuk mengisi waktu, maka KaKi JaLaN penuhi permintaan Acik n Pakcik untuk bantu jaga booth kat festival nie.. Meh aaa datang jengah booth kami :) (biar saja Den yang buat promosi coz festival ni kurang betul promosinya! Percaya atau tak, warga Putrajaya pun tak semua tahu festival ini sedang berlangsung, apa tah lagi lokasinya di mana! Haiii sayang betul!!).

Sedikit info, festival ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 5 Jun 2009 yang lalu dan telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan.

Festival ini disertai oleh 35 pasukan dari Malaysia dan ia turut disertai oleh 8 buah negara yang lain iaitu wakil daripada Cambodia, Jepun, China, Singapura, China Hong Kong, China Macau, United Kingdom, dan Indonesia. Kategori yang dipertandingkan termasuklah Malaysia Open Crews, Malaysia Junior Open, Malaysia Corporate Crews, International Airline Crews dan banyak lagi eh!

Tonight i cannot story banyak, Den mengantuk! Gambar pun Den letak sket saja erk! Enjoy!!

Lokasi festival di presint 6 (bersebelahan dengan Hotel Pullman)

Ni gambar team yang sampai...

Cantikkan lokasi festival nih!!

Yang tengah ber'race'

Antara team yang masuk bertanding (UK team)

Frankly speaking, ni Den tak tahu pasukan dari mana. Khusyuk jer dengar taklimat :D

Jualan dariBreast Cancer Welfare Association Malaysia (BCWA)

Jualan beg-beg pelbagai saiz dan kaler nih, ntah sapa larr yang juai?!!!!! ekeke

Haaa ko amek gambar orang lain, mari sini Den amek gambar ekau pulak!

Alah semua pakai kamera canggih, Den sorang saja yang pakai kamera yang sekeping tu.. Tak kisah pun!!!! [ermmm... tak ada kan unsur-unsur jeles kan?!!! ekekeke]

[Setakat nie saja dulu ya!!!!]
Post a Comment