[EEeee geram sebab tak dapat nak update lagi cerita di Sawarak. Den masukkan cerita sampingan dululah!]
Kek lapis Sarawak. Ada sesiapa yang belum pernah rasa?? Atau ada sesiapa yang belum pernah dengar pun??? Meh sini, Den nak cerita sikit. Kek lapis Sarawak ni, antara perkara yang sinonim dengan Sarawak dan jangan tidak-tidak dibawa pulang sebagai ole-ole. Tidak dinafikan kek lapis Sarawak ini sudah merata-rata dijual, tapi Den rasa feel beli kat sana dan fresh dari pembakar, ermmm..... memang best!
Kesempatan bercuti di Sarawak baru-baru ini , Den dan teman-teman mengambil peluang untuk ke Kedai Kek Lapis Dayang Salhah yang terletak di Kampung Gersik. Ada lagi kedai-kedai kek lapis di kawasan sekitar, tapi kami semua dah di'wangi'kan dengan cerita kepopularan kek lapis Dayang Salhah. Tambahan pula, bila tiba di Kampung Gersik, eh ramai pula yang berjalan dan menjinjit bungkusan dari kedai Dayang Salhah.
Laju kami semua berjalan menuju ke kedai tersebut. Rupanya kedai di depan rumah (disekalikan) dan kedainya ada ruang tamu lagi. Di ruang tamu, di sediakan sampel-sampel kek lapis yang dijual dan apalagilah kami-kami yang datang ni terus mencuba satu persatu. Tuan kedai pelawa untuk bawa kami ke dapur sungguhpun dimaklumkan tujuan pada hari ini untuk mencuba dahulu kerana kami masih punya seminggu untuk berada di sini. Layanan mesra! Best!
Untuk ke Kampung Gersik, paling best dan paling senang kalau naik bot dari waterfront. Sekejap sahaja dan tak perlu berpusing jauh menaiki kereta. Tambang seorang bagi sehala cuma 40 sen sahaja. Kalau berkenderaan, kena naik jambatan, bayar tol dan tuju ke bangunan Dewan Undangan Negeri di Petra Jaya. Hari pertama kami semua naik bot dan hari pembelian, semua setuju untuk mencuba jalan darat. Semua shopping sakan dan dijamin semua akan puas hati.
Harga bagi satu bekas kek lapis ni cuma RM10 sahaja dan pembelian RM100 ke atas, percuma satu bekas kek lapis. Yeay!!!!!
Maklumat lanjut pasal Kedai Kek Lapis Dayang Salhah, bolehlah ke sesawang www.keklapisdayangsalhah.com / alamat 40, Kampung Gersik, Petra Jaya.
Lokasi yang dituju ialah Kampung Gersik.
Aii rasa saja tau!! Ini bukan jamuan raya!! "Iyer... Rasa saja, Ann nak beli untuk bawa balik Sarikei"
Antara kek lapis yang dihidangkan sebagai sampel.
Aii rasa saja tau!! Ini bukan jamuan raya!! "Iyer... Rasa saja, Ann nak beli untuk bawa balik Sarikei"
Adunan pelbagai warna dan perisa.
Pembakar yang digunakan. Kalau tak salah, dalam dapur ni ada 6 buah pembakar.
Ruang jualan
Pembungkusan kek. Perkhidmatan lain yang disediakan termasuk bungkus dalam kotak.
Pembakar yang digunakan. Kalau tak salah, dalam dapur ni ada 6 buah pembakar.
Ruang jualan
Pembungkusan kek. Perkhidmatan lain yang disediakan termasuk bungkus dalam kotak.
Antara jenis kek lapis Sarawak yang Den beli. Dari kiri Alunan Ombak, Asam Manis, Keju Blueberry dan ermmm lupa pulak namanya (yang pasti warna ungu tu perasa keladi!). * Yang pasti, Den rasa empat-empat ni yang paling sodap (sedap) :)
5 comments:
tak minat sgt kek lapis sarawak sebab colouring dia daring sgt.mee kolok is one of my all time favourite hawker food
sedapnyaaaaaaaaaaa...
takde lebih2 ke bagi aku rasa???kekeke
aku tidak sukakan kek. Kalau makan pun, hanya kek hari jadi untuk ambil berkat.. tetapi untuk kek sarawak, aku sangat sukakannya..
xplorer,
Makanan kat Sarawak yang yummy my tummy say, Den akan masukkan dalam satu entri nanti.
Mee kolok n laksa sarawak eh!!! Ermm... best!! Makanan kampung kat sana pun best!!! Owh....
Janggel n Koishie,
Kalau nak, marilah :)
Post a Comment