FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, August 8, 2011

KuiH-KuiH MaRVeLLoUs : PiLiHaN NaK BeRBuKa

Haluuuuuu....... Assalamualaikum, salam Satu Malaysia <- Mood merdeka....

Ampun...... kawe (aku/ den/ saya) tahu kalau sesape yang baca blog kawe nih mesti hangin dengan kawe sementelah meletak gambar-gambar makanan pepagi hari bulan puasa ni kan?! Ehehehee.... Walaupun ni sebenarnya entri ulangan, kawe suka sangat nengok gambar-gambar kuih dalam entri ni..... *Fuhhhh nak berangan menu kuih petang ni. Jom, jom join sekali *beranga~

Entri hari ini, kawe nak kongsi kuih-kuih nak kawe jumpa kat Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu. Banyak betul kuih-kuih kat kedai ni, ternganga jugalah menengoknya. Datang laks ramai-ramai, jadi kawan ni beli sikit, kawan tu beli sikit, last-last dah jadi berjensis-jenis. Bermacam-macam kuih yang kawe cuba dan kawe nak cakap kuih-kuih kat gerai ni memang best! Semua yang kawe makan, semua sedap-sedap. Semua secukup rasa dan tak ada manis leting, just nice! Heeeee....

Kat gerai ni, tak cukup dengan kuih-kuih, ada mee goreng, tauhu sumbat, rojak buah, agar-agar, ermmmm apa lagi ye dalam bungkus-bungkus yang banyak-banyak kat gerai ni entah, macam-macam lar. Rasanya kalau tuan empunya kedai nak buka meja kat depan gerai dia ni, dah memang leh jadi bistro... Yezza.... Harga kuih-kuih kat sini memang murah (owh i miss harga kuih-kuih kat sini, dah lar murah, sedap lakssss... memang berbaloi!), seringgit empat ketul pun leh dapat lagi!

Kawe sajikan kuih-kuih yang ada kat gerai ni, buat penawar di kala lapar.... Hahahaha

psst : entri ulangan April 2010 :D
Post a Comment