FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, March 19, 2010

MaKaN-MaKaN @ SeoUL GaRDeN

Baru-baru nie pergi makan dengan kawan-kawan Ombak, ala-ala gathering yang tak seberapa kerat. Ni geng Ombak yang dah masuk kategori 'senior citizen' but still young in heart (huu). Ala-ala, geng-geng yang dah tak boleh cari makan gara-gara muka-muka baru dan muda-muda yang sudah begitu ramai. Ada dua tiga orang lagi geng yang seangkatan tapi tak dapat datang.
Tempat makan-makan kali ini di Seoul Garden atau nama dulunya Seoul Burgogi. Terletak di Plaza Pantai, tepi Lebuhraya Persekutuan atau kalau nak senang cerita dekat LRT Putra - Kerinchi. Makanan kat Seoul Garden ni sesuai larr dengan tekak Den ni... Den suka!! Suka sangat! Kat sini makan buffet. Pilihan makanan grill, steamboat etc. Pilihan makanan memang banyak!
Untuk grill - Udang, pelbagai jenis ikan (patin black pepper, patin ...., teriyaki fish, keli curry, keli ..., keli ...., chicken tomyam, sechuan chicken, daging - teriyaki beef, black pepper, spicy burgogi etc). My favourite? Den suka betul dengan semua pilihan daging diyer, semua sedap2 dan tambahan, tentulah Den amek udang... Satu kepuasan makan daging grill kat sini... Marvellous!

Untuk steamboat - segala jenis tauhu-fishball dan yang seangkatan dengannya, sayur-sayur, ayam, udang, ketam, sotong, lala, lalalala (Den tak tau nama dan tak makan - Den gheti makan kerang je, yang lain Den tak tahu nak makan macam mana termasuklah lala, siput sedut etc... Haha). Pilihan kuah sama ada sup ayam atau kuah tomyam... Pilihan hati? Mestilah kuah tomyam!
Lain-lain makanan yang ada kat sini termasuklah aiskrim (pelbagai perisa), salad, rojak, agar-agar pelbagai rasa, ais kacang, cendol, buah-buahan. Ishkkk memang berbaloi..... Pekerja mesra pelanggan dan memang puas hati sangat-sangat. Servis baik punya! Tak caya cuba try pi tengok! Oit! Pi sana larr rasa....

Waktu buka
Isnin - Jumaat : 12pm - 2.30pm (lunch) ; 6.30pm -10.30pm (dinner)
Sabtu - Ahad : 12pm - 3.00 pm (lunch) ; 6.30 pm -10.30pm (dinner)
Harga?
Dewasa - RM25.88 (lunch), RM35.88 (dinner)
Kanak-kanak bawah 12 tahun - RM16.00 (lunch), RM20.00 (dinner)
Senior citizen - 25% diskaun
Student meal - RM21.88 (Isnin - Jumaat 12.00pm -2.30pm)
Reservation : 03-22831888, 012-6097385
Faks: 03-80607105

Sah-sah memang kitaorang sampai dulu. J larr yang paling awal!

Udang, ketam, sotong, lalalala

Pelbagai jenis pilihan ikan yang diperap

Antara pilihan daging untuk dicuba

Pelbagai jenis sayur, kat tepi tu ada jugak bihun, telur
Salad idaman hati - tapi yang nie standard lar :)

Ramuan bancuh sendiri sesuka rasa - cendol dan ais kacang

Rojak - tak mampu nak cuba dek kekenyangan!

Oklar, ni semua pun Den tak cuba! Ada betik jeruk, tauhu, lobak
Panjang tak panjang pilihan sebelum bersambung ke meja-meja lain

Menenung tempat bakar dan steam... copeklar panaih!
Yeahhhhhh!!!

M, C dan mak buyung J

M, M dan C serta pinggan-pinggan yang dah licin!

Sampai kedai dah tutup larrr... Bagus diorang ni sebab masa buffet dah habis pun tanya lagi nak tambah apa-apa lagi tak (ni selepas stgh jam berlalu)... Lagi satu, masa buffet dah habis, diorang boleh lagi tambah bahan-bahan untuk ABC, cendol. Kami antara dua meja yang terakhir keluar setelah waktu operasi tamat satu jam! Hehe nasib baik sedar diri, tapi diorang ok je. Cayalah! I like! ;) *lampu tak padam erk! Ni pakai flash lar pulak! He

[best. best. best. thanks to M, thanks to C, thanks to J (amboiii pueh Alya makan dalam perut tu!)]

15 comments:

masMZ KaKiJaLaN said...

Alamak! Den ngidam nak makan kat sini lagi!!!

coconutgrinder said...

wahh....den nak poie makan laa kat tompat ni...apa kata ekaw belanja den kaa makan kat sini..pahala pun dpt...huhuhuuhuh

xplorer said...

masmz- aku mmg suka steamboat .confirm aku mesti cuba .pernah makan kat JOHNY'S tapi mcm hampaeh

marMZ said...

ala owang kaya cgrinder ni nk makan mintk belanja la pulak. Sajalar ekau ni. Ari2 ekaw g pade eh, xhabaq!

masMZ said...

xplorer, kompom ko suko tompek ni!! ;)

coconutgrinder said...

kaya apa aihh..mintak mintak masin mulut ekaw tuu..
ada laa sekali poie PADE.. nak try swim sekali lemas plakk...tu den sogan nak bagi tahu ekaw..huhuhuhu

masMZ said...

nyampah dgn org powes ni, lomeh2 lar pulak. Trn lar ilmu, den dah kocut perut dah ni. Den nk trk diri dr kapas. Jejak aer pun den ghaso tak mampu. Kaki tangan suma ketaq! Huu

coconutgrinder said...

hahahahaha...
btoi laa...ingat ada laa aweks aweks nk bagi cpr kaa time lomeh tuu...hahahaha
alaaanak ilmu apa nyaa..den pun tak dak ilmu apa apa..hanya kata kunci jaa den pakai...STRENGTH...TECHNIQ...ENDURANCE!!!

masMZ KaKiJaLaN said...

aku report kat bini hang!!

nak mintak betul teknik larrr.... mai lar turun kolam putrajaya.... sepai ekaw kata nak datang sini...

coconutgrinder said...

heeheheheh..
alaaa nak teknik teknik apa aihh..
den ni nak ngajo mano laa den roti...den main sesah jaa...ekaw slalu turun train kat p6 ka?

masMZ said...

P6 larrr... kalo g pade tiap2 hari, mau bankrup!
sesah2 pun laju tuuuuuuuuuuuuuuu

coconutgrinder said...

owwhhh...
ekaw selalu poie ari ari ka p6 tu? ari ni ekaw ado poie tak?...
mesti dah buat 7k nii...

masMZ said...

arini Den poei situ.
Coconutgrinder, Den tak ponah lagi wat cam2 eh! Tak dayo Den. Pengsan lakss dalam tu nanti. Marilah P6, orang tak ramai.

Unknown said...

hai:)
nak tanya, kalau lunch kat plaza pantai ni sampai 2.30 ptg je kan? if kita lepak lebih dari masa tu, xpe ke? or mmg tepat2 kul 2.30 ptg kena habis makan? hehe.

masMZ KaKiJaLaN said...

hi NurFatin,

Kalau lepas 2.30 tu, diorang dah simpan item2 untuk steamboat n grill.. Tapi rasanya tak ada masalah untuk habiskan makanan yang kita dah ambil kat meja :)