FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, March 4, 2010

BuKiT TaBuR, ULu KLaNG : TeRGoDa TaK?

Trip Bukit Tabur yang terletak di kawasan Ulu Klang, trip adhoc... Bermula dengan satu pesanan ringkas "Cik Mas, takde aktiviti ke minggu nih?". Entah siapalah yang 'gatal' tangan hantar pesanan tu? Harap tak menyesal! Ahahahaha....

Bukit Tabur terletak di Ulu Klang, WPKL. Dari Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) dah boleh nampak dengan jelas sejelas-jelasnya Bukit Tabur ni. Kalau dari arah Kampung Pandan, Bukit Tabur akan berada di sebelah kanan. Mengikut Md, tinggi Bukit Tabur lebih kurang 509m, manakala panjangnya (sebab Bukit Tabur ni permatang) tak dapat dipastikan. Naik turun bukit Bukit Tabur ni, rasa-rasanya ada 9 (ye ke?) tapi puncak bukit yang terakhir kali ni Den tak naik di atas sebab-sebab keselamatan.

Bukit Tabur merupakan salah satu tempat orang-orang di Kuala Lumpur training panjat gunung terutama sekali Gunung Kinabalu yang banyak 'rock climbing'. This is a good place, gerenti. Lagi satu, pemandangan dari atas Bukit Tabur memang cantik sebab boleh tengok Klang Gate dan bandaraya Kuala Lumpur. Marvellous Yeow!! Dengar-dengar ada orang naik seawal pagi untuk tengok matahari terbit kat sini. Mahu cuba?? Hehe, Den tak nak..
Tempoh pendakian termasuk turun tambah-tambah dengan sesi fotografi akan mengambil masa lebih kurang 3 jam ++ dan ke atas. Masa Den pertama kali naik Bukit Tabur ambil masa 4 jam setengah (ini memang santai habis dan banyak tunggu 'que'). Peringatan buat kengkawan semua, jangan over excited. Mungkin trek nampak senang dan pemandangan kiri kanan cantik, jangan lupa gaung kiri kanan ya!! Berhati-hati dan no rushing please!

Pasal trek, Den akan buat entri baru... Hari nie, Den kasi 'bakar' je kalau ada yang berminat nak panjat Bukit Tabur nie... Hehehe... Enjoy...



:: LoVe ouR NaTuRe ::

No comments: