FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label BuKiT TaBuR. Show all posts
Showing posts with label BuKiT TaBuR. Show all posts

Thursday, March 4, 2010

BuKiT TaBuR, ULu KLaNG : TeRGoDa TaK?

Trip Bukit Tabur yang terletak di kawasan Ulu Klang, trip adhoc... Bermula dengan satu pesanan ringkas "Cik Mas, takde aktiviti ke minggu nih?". Entah siapalah yang 'gatal' tangan hantar pesanan tu? Harap tak menyesal! Ahahahaha....

Bukit Tabur terletak di Ulu Klang, WPKL. Dari Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) dah boleh nampak dengan jelas sejelas-jelasnya Bukit Tabur ni. Kalau dari arah Kampung Pandan, Bukit Tabur akan berada di sebelah kanan. Mengikut Md, tinggi Bukit Tabur lebih kurang 509m, manakala panjangnya (sebab Bukit Tabur ni permatang) tak dapat dipastikan. Naik turun bukit Bukit Tabur ni, rasa-rasanya ada 9 (ye ke?) tapi puncak bukit yang terakhir kali ni Den tak naik di atas sebab-sebab keselamatan.

Bukit Tabur merupakan salah satu tempat orang-orang di Kuala Lumpur training panjat gunung terutama sekali Gunung Kinabalu yang banyak 'rock climbing'. This is a good place, gerenti. Lagi satu, pemandangan dari atas Bukit Tabur memang cantik sebab boleh tengok Klang Gate dan bandaraya Kuala Lumpur. Marvellous Yeow!! Dengar-dengar ada orang naik seawal pagi untuk tengok matahari terbit kat sini. Mahu cuba?? Hehe, Den tak nak..
Tempoh pendakian termasuk turun tambah-tambah dengan sesi fotografi akan mengambil masa lebih kurang 3 jam ++ dan ke atas. Masa Den pertama kali naik Bukit Tabur ambil masa 4 jam setengah (ini memang santai habis dan banyak tunggu 'que'). Peringatan buat kengkawan semua, jangan over excited. Mungkin trek nampak senang dan pemandangan kiri kanan cantik, jangan lupa gaung kiri kanan ya!! Berhati-hati dan no rushing please!

Pasal trek, Den akan buat entri baru... Hari nie, Den kasi 'bakar' je kalau ada yang berminat nak panjat Bukit Tabur nie... Hehehe... Enjoy...



:: LoVe ouR NaTuRe ::

Wednesday, September 24, 2008

Bukit Taubat dan Tabur


Percaya atau tidak, mendaki gunung tidaklah semencabar mendaki Bukit Taubat (sebelum mendaki Gunung Tapis)! Aduh! Kalau sesiapa mengajak aku ke Tapis lagi, ahhh tidakkkk.... Aku tobat tak nak naik Bukit Taubat lagi! Tidakkk!!!!

Hiking paling seronok ialah di Bukit Tabur, Ulu Kelang. Makan masa setengah hari (tengok kumpulan!), sebenarnya di sini lebih merupakan rock climbing. Pemandangan dari atas bukit biarpun baru sepuluh minit mendaki, superb! Jauh di bawah, Empangan Klang Gates terbentang dan dapat tengok refleksi awan di permukaan air. Dengar cerita, ada orang mendaki Bukit Tabur seawal pagi untuk melihat matahari terbit. Ermm... sanggup tak?






Empangan Klang Gates (view Bukit Tabur)
Mosses tebal macam carpet!! (View Bukit Tabur)