FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, March 9, 2010

BuKiT BRoGa : KeSaN MusiM PaNaS

Ingat tak aritu ada wat entri pasal Bukit Broga atau nama glamer bukit ni Bukit Lalang disebabkan bukit ni dipenuhi lalang. Cantikkan tempat tu. Baru-baru nie, pergi lagi sekali dengan niat nak tengok matahari terbit lar kononnya... Hampeh punya M#%, orang dah kata 5.45 pagi patut dah sampai PJ, pukul 7 baru sampai! Geramnya!!!!! Dah lar orang dah bangun awal pagi, dah siapkan sarapan bagai.... EEEEEeeeee GERAM! Marah betul larrr...

Kali ni mula hiking pukul 8.10 pagi... Nak tengok matahari naik memang dah 'gone with the wind' lar kan?! Nasib baik lar cuaca kabus sebab awal pagi tadi ada hujan kot ke sebab nak hujan? Jadi, perjalananan nak mendaki memang selesa kecuali masa yang panjat bukit yang bertangga tanah tu, lama nak kena tunggu giliran sebab pukul 8.00 tu orang semua dah mula turun. Grrrrrrr..... Kali ni, Den dan kengkawan naik sampai puncak yang terakhir iaitu puncak yang keempat. Ingatkan hari tu ada 3 puncak je (ni tahu sebab kat bukit ni dah ada papan tanda). Tinggi puncak 400 meter. Sampai puncak terakhir, hujan pulak. Nasib baik lar tak berapa nak lebat dan M%# bawak khemah... Ermmmm.... jadi kami pun siap masak air dan sarapan senang lenang kat atas tu. Kalau nak turun, sah2 turun dalam hujan!
Cerita pasal Bukit Broga ni, dulu penuh dengan lalang... Memang cantik. Berjalan pun tengah-tengah lalang. Dari jauh nampak cam kepuk lalang, karpet gebu. Owh! Hehe. Kawan Den cakap cam kat Kowloon? Ishk mana ntah nama tempat yang dia sebut, Den tak ingat. Atas bukit penuh lalang dan cantik. Kali ni Den pegi, warna hijau lalang memang dah tenggelam! Yang nampak warna coklat dengan warna hitam. Tempat ni baru lepas terbakar kot? Panas sangat dan rumput kering, kebarangkalian untuk terbakar memang tinggi lar kan?! Macam mana lar rupa masa tempat ni penuh dengan api?? Ermmm.... Anyway, Den tetap ghaso tempat ni cam kat ober da sea juga. Dua tiga kali tengok pulak, eh cam ada laut laks kat bawah nun... Ceh! Cam kat mana erk? Hehehe... Ni Den kongsi gambar pemandangan kat sana dan entri seterusnya Den akan kongsikan gambar-gambar Den kat sana.
Bila ada papan tanda ni, baru tahu ada gunung kat belakang bukit ni. Tak nampak sebelum ni sebab terlindung dek pokok-pokok kat puncak terakhir Bukit Broga (unless korang naik puncak terakhir tu).


Kesan musim panas.... terbakar!

Eh, ada 4 puncak erk?? Nak kira dari mana?

Saki saki lalang yang ada tapi kering. Ni dalam pukul 8.30, kabus.

Ni je lar lalang yang paling tinggi yang tinggal dan kering!

Sian laks tengok bukit ni... Tapi pemandangan cam belakang tu ada laut laks! He... Walau panas, tempat kat atas ni berangin sejuk! Matahari je yang Den tak tahan sebab takde pokok.

Dah jadi Bukit Dogol!

Pemandangan dari separuh perjalanan ke puncak bukit yang terakhir

Pemandangan turun, ni separuh perjalanan turun ke puncak bukit yang kedua

Anggaplah ni summer

Pemandangan dari puncak Bukit Broga... Iyer ada laut! Ekekekee

Entri dulu : Bukit Broga a.k.a Bukit Lalang, Semenyih
[masih mencari peluang untuk naik melihat matahari terbit]

No comments: