Separuh bingung fikir mahu terus atau tahan dulu. Pertama sebab petang membawa ke malam, hujan membasah bumi tanpa henti. Yang kedua, teman-teman tak jadi ikut di saat akhir kerana punya urusan lain. Yang ketiganya, atas alasan kenapa aku sudah lama tidak menyarung kasut sukan - sudah bolehkah? Mampukah? Ermmm.....
Sebelum tidur, teman aku menghantar pesanan ringkas, "Jadike?". Balas ku ringkas kerana sudah terlalu mengantuk, "Kejut. Tengok cuaca." Awal sebelum subuh, aku keluar melihat langit, "Wooo... Bolehlarrr".
Teman ku datang mengambil dan kami bergerak jam 6.20 pagi... Sepatutnya awal lagi, tapi ya ampun Janggel ya! Sampai di kaki bukit sudah hampir terang. Tak kesampaian untuk melihat matahari terbit. Hehe cover line "Takpe, kita 'riki' je arini kan? Muahaha"
Untuk sampai ke Broga Hill atau Bukit Lalang ni kalau dari Putrajaya masuk ikut SILK Highway dan kuar kat exit Jalan Semenyih... Atau kalau jalan lain, boleh guna LEKAS dan pastikan exit kat Jalan Semenyih juga. Dari jalan utama (Jalan Semenyih), lepas dari simpang ke Bangi belah kanan ada stesyen Petronas, dekat situ betul-betul depan Petronas ada lampu isyarat terus susur ke kiri. Jalan terus sampai nampak satu rabbit farm yang tertentangan dengan ladang kelapa sawit atau dalam senang cerita atas sikit dari Universiti Nottingham, nampak kereta banyak-banyak letak tepi jalan, korang pun parking lar kereta. Jangan risau sebab ramai orang akan naik bukit nih. Masa yang paling baik untuk gerak dari bawah sebelum pukul 6.30 pagi untuk tengok matahari naik yang mana kali ni aku dah terlepas! Ngehhehe :)
Dikongsikan gambar-gambar yang aku ambil kat Broga Hill a.k.a Bukit Lalang....

Yang akan nampak dah tentu lalang dan pemandangan pekan Semenyih/ Bandar Rinching
Pemandangan bukit ketiga dari bukit kedua. Bukit ketiga ni aku tak naik sebab macam ada anjing je kat atas tu (dan memang betul pun sebab masa nak turun dari bukit kedua, orang yang bawak anjing tu turun dan makkkkk besau nyer anjing dia bawak! Cesss!)
Fuh?! Sesat ke hape si Janggeltrekker kat Kaki Jalan nih? Muehehe... Ni lar orangnya yang dok sebuk ajak pi Bukit Lalang ni dari bulan lima aritu... Ermmmm...
[Lenkali nak pegi awal lagi. Mungkin solat subuh kat masjid sebelum stesyen Petronas tu pulak!]
[Lenkali nak pegi awal lagi. Mungkin solat subuh kat masjid sebelum stesyen Petronas tu pulak!]
12 comments:
wAH Pantas sungguh entry ini!!! aku pon blom sempat nak nulih apa2 muahahaha... tunggu~
slalu gak aku g semenyih tapi tak tahu plak ada trek .brapa jam nak naik n kat mana nak naik?
Janggel, semalam lagi cergas laks lepas hiking... muehehehe... maklum ler balas dendam :)
xplorer, cantik tempat tu. kalau lagi cun naik sebelum 6.30 pagi. nak sampai ke bukit pertama dalam 1/2 jam ke 45 camtu.. dari bukit ke bukit pun tak jauh. Ari2 tengok ada orang bawak budak-budak. Trek agak landai kecuali masa nak naik bukit pertama (trek elok).
Lepas dari universiti nottingham terus lagi sampai jalan yang besar tu tiba-tiba jadi dua lane... memang kat situ belah kiri ladang kelapa sawit n kanan ada rabbit farm. Kalau datang awal parking kat depan rabbit farm tu, tempat masuk memang betul-betul depan rabbit farm tu (kelapa sawit). Kalau datang dekat kui 6.30, memang dah banyak kereta and u might have to park ur car quite a distance (unless tak nak tengok sunrise, datang lar kui after 8 kete dah tak banyak, i think regulars start to go down @ 7.30 :)).
Ala sedih arr gambor2 kat Kuala selangor tu semua dah hilang...hmmmmm khazanah berharga tuh!! Tidoq kat A hut Chalet...
haa...minggu nih den nak torai naik bukit lalng nih...so kalai den dari bangi bertolak jam 5.45pagi sempat tak nak tgk sunrise?...tak sabo dah den nak poie minggu nih...ari apa yang best nak naik....pagi sabtu or ahad? bawah tu ada orang juai juai nasi lemak tak..maklum laaa lepas daki bukit turun mesti lapaq plakk...hehehehe
Ni apa daaa dah poei baka lomak ekau nak makan nasik lomak laksss... Carbo loading awai2 larrr, tapi tempat ni idak ler mencabar tenaga sangat tambah laks cam ekau yang slalu jogging tu!
Den daghi Putrajaya pun tak sampai setengah jam dah sampai sana...
Kalo g awal, memang elok lar!! Sebelum masuk simpang nak ke Nottingham University tu, ado satu masjid tepi jalan belah kiri (kek pokan Semenyih!). Peh solat terus g sana, memang cantik timing :)
Ekau nak makan, lepas turun tu, poei la pokan Semenyih tu. Ado jo tompek makan. Ari2 Den makan kek Medan MARA kek situ jo :)
hahahha...den punya lomak tak terbakar bakar laa...ok ok...nanti den nak coba gak poie ni..lepaih turun tu pi pokona polak malek tauhu..huihh nyumm nyumm..ada plak nasi ayam ..huih..humang haihh....sodap tak terkato laa..
hishh...den pun dah lamo tak berlari nii...den ingat nak berlari dari bangi ke broga hill la...hahahaha
uiii mai aiiii... sungguh tuan hamba ini bernada riak! Lari dari Bangi ke Broga yer.... ermmm... poei larr lari (buleh tu 42) :p
hahahhaa..bukan riak laa...melawak namanya..den nak lari 1k pun dah krem perut perut nii....
apa pun den nak poie gak minggu nih...berkobar kobar dah nii...bagus utk train putrajaya nite run skali nii..huhuhuhuh
dah pi sana, nanti jangan lupa bagi komen tempat tu cantik ka tidak :)
haaa..minggu ni den poie naik bukit broga nii...rasanyaa pagi isnin kot..tak sabaq sabaq dah cek nak naik nii...dah dekat 2 minggu tak jadi jadi naik..lepas tu minggu depan tu plak den nak poie naik gunung datuk...ekaw ponah naik ka?
ekau poei naek pagi isnin tu memang chantek lar coconutgrinder sobab kughang lar oghang memandangkan oghang kolumpo jo yang cuti.
Gunung Datuk, den tak ponah naek laei. Nanti den donga dari ekau jo lar tompeknye macam mana :)
Post a Comment