FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, December 15, 2009

NYeBuK (PaRT II : Malam Puisi Riong: Gelora Kemanusiaan 2009)

Malam Puisi Riong bertemakan Gelora Kemanusiaan berlangsung pada hari Jumaat 11 Disember 2009 di Balai Berita NSTP. Seronoknya rasa kerana sudah lama tidak mendengar bacaan puisi. Dari mula A sebut, memang tak sabau-sabau lar nak ngira hari. Best! Terasa lepas ni macam nak berdiri kat depan tu sama-sama membaca puisi.

Malam tu, antara yang mencuri hati, puisi yang dibacakan oleh bekas wartawan Berita Harian, Saring Sirad (Wak) dengan puisinya yang bertajuk Aku Binatang Jalang Memburu Gelora Kemanusiaan, puisi bacaan Ahmad Shukri Abdullah bertajuk Dongeng Kota, puisi bacaan Khalid Salleh bertajuk Rahsia Tuhan Dari Mata Musa, puisi bacaan Datuk Ibrahim Yahaya- Aku Bukan Melayu Pautan dan beberapa puisi lagi. Ramli Sarip dengan lagu-lagu puisi Sebuah Kisah Satu Ziarah, ..(?).. dan ..(?).. [ada dalam video, hehe] sudah tentu memaku aku dari berganjak.

Peminat puisi, dengarnya Malam Puisi Riong akan diadakan setiap bulan. Jom kita sama-sama menghayati indahnya bahasa dan kata. Sama-sama merasa perasaan. Sama-sama memeriahkan suasana.

Dikongsikan gambar-gambar artis yang mengambil bahagian.


Foziah Gous membacakan puisi "Merpati Putih Jelajahilah Dunia Ini"

Jacyln Victor dan Hattan

Khalid Salleh dengan Rahsia Tuhan Dari Mata Musa

Ramli Sarip dengan 3 lagu puisi dan persembahan istimewa Kamalia

Kalau terror'ist' teka aaaa Den yang mana satu.. Wah!

[Mahu menonton zapin di Gema Zafana di Istana Budaya.. Bila depa nak juai tiket nih?]

2 comments:

Ren said...

amboihhh depannya kome duduk!

masMZ KaKiJaLaN said...

alamak... tak biasa ke? Teman memang bersemangat waja!!