FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, December 11, 2009

ReVieW on TeaTeR NaTRaH

Hari yang dinanti akhirnya kunjung tiba. Nyaris lewat kerana kerja yang menghambat, seb baek teman-teman sedia menunggu.. Ehehehe... mekasih banyak-banyak... Korang pun takut sebab tiket kat Den kan? Ahaksssss.....

Pasal citer Natrah, takyah lar Den tulis lagi... rasanya semua dah sedia maklum (kan?)...

Secara keseluruhannya, teater arahan Pn Eirma Fatima ini memang tidak menghampakan. Den suka (ermmm tapi lagi suka teater beliau sebelum ni Sirah Junjungan :D). Eh, betul Den suka. Puas hati lar tengok dan kira-kira memang berbaloi membayar tiket.

Tak nak tulis panjang-panjang, kali nie Den nak tulis takde simpang-simpang. Susunan cerita ni memang cun, pembuka cerita Natrah berusia 70 tahun lakonan Sofea Jane memberikan pengenalan kepada seluruh cerita dan menutup kembali persembahan memang mengasyikkan. Terus melangkau ke babak di mahkamah, Natrah diserahkan kepada keluarganya sebelum di'flashback' ke ketika Natrah di bawa ke Kemaman. Plot bergerak kepada zaman kanak-kanak Natrah ke sekolah tinggi kemudian ditemui oleh Arthur Locke iaitu penasihat British di Terengganu, Natrah di Singapura dan kekecohan di Singapura diceritakan dengan sempurna.

Kek sini kenalah jugak Den ni mengaku, meremang bulu roma Den kat beberapa babak... Masa Sofea Jane bercerita, jeritan "Natrah Islam", Umie Aida bercerita dan Maya Karin bercerita, aishhhh mantap pelakon-pelakonnya. Part Adabi Mansoor tengah asyik masyuk dengan Natrah duduk kat depan pentas, komen Den "Auw!" Hahahaa.... Mak aiii bersungguh-sungguh tu! Maya Karin memang pelakon yang paling tepat untuk memainkan watak Natrah. Den rasa Maya pun memang sesungguh hati mainkan watak Natrah.

Set pentas tak de nak komen...

Part nyanyi2 ni, ada yang Den rasa tak yah pun tak pe. Kareografinya pun biasa-biasa je... Yang mana erk? Kalau g tengok, mesti terasa jugak... (apa lar tukang komen kasik komen tak lengkap erk!!! Ampun!) Hari tu memang pegi bawak dompet ngan telefon jer... Kelam kabut! Aishhhh (kali kedua) .

Apa lagi aku nak tulis kat sini? Itu je kot, ngeh ngeh ngeh... Persembahan disambung sehingga 13 Disember 2009. Ado laei 3 hari termasuk malam nie... Sompek laei kalo sesape yang berhajat nak pi tengok. Banyak pelajaran yang kita boleh ambil dari kisah nie, jadi sekali lagi Den ajak lar sape-sape yang belum poei lagi supaya gi lar tengok teater nih.

Tahniah kepada seluruh team produksi Teater Natrah.

Nota
1. Enchek A, bila nak amek buku tu?
2. Mahu menonton Gema Zafana
3. Malam ini mahu mendengar puisi di Berita Harian :)

No comments: