FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, December 14, 2009

HuJuNG MiNGGu DeN

YeaH 3 hujung minggu yang tersangatlah sibuk dan menyebuk (malam tadi dikira malam minggu lagi kah?)...

Hari Jumaat malam, Den ke Malam Puisi Riong... Hebat! Den suka! Den rasa, kalo ada sesape nak kasik Den cair, bacalah puisi cinta kat Den [tapi Den geli dengan puisi cinta yang jiwang!] Malam Puisi Riong pertama kali diadakan setelah sekian lama dihentikan entah apa sebabnya. Ceritanya, last sekali tahun 2003 dan dianjurkan kembali selepas 6 tahun! Tuhan!

Malam tu yang turut membaca puisi termasuklah Cici (Akedemi Nasyid), Hattan, Jackyln Victor, Ramli Sarip dan otai-otai dari wartawan-wartawan lama... Aishhhh.... kalaulah boleh aku juga teringin sekali berada di atas pentas itu :)

Hari Sabtu, seharian duduk di PWTC. Kali nie menyibuk-nyibukkan diri, konon-konon menjadi make-up artis sungguhpun diri sendiri tidak reti nak mengguna celak! Ada teman membuat persembahan... Dek kerana tarikh acara berganjak, tukang make up asal sudah punya program lain... Ah bolehlar setakat make up hero-hero... Kalau make up heroin, selayaknya Den ni jadi tukang komplen dan tukang tokok tambah sket-sket leh aaaaaaa.

Malamnya, dinner. Suka Den leh dok dalam dewan yang sama dihadiri oleh PM dan TPM... Teman-teman Den tak leh nak makan sebab nak buat persembahan... Suka lagi Den sebab Den leh makan dulu dan bila diorang habis show, Den still makan lagi! Hehehehe...

Hari Ahad, sudah janji dengan B mahu menonton layar lebar. Wah, kira-kira dalam dua bulan ni dah 3 wayang aku tonton. Ermmmm.... semua hasutan B! (salahkan orang pulak! eh bukan ke? Tapi dari 3, 1 je yang Den ajak! :p)

Hari nie dah masuk keje... baru terasa macam tak de hujung minggu! Padan muka diri sendiri. Sebab nak amek mood, arini tukar style... akhirnya i'm a Cleopatra yang tak berapa nak menjadi.. Akuikuikui.....

Oklah nak pi masuk meeting... Saje amek mood kat sini :)

No comments: