FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, December 7, 2009

[FoRGiVe Me] <- uNTuK DiRi aKU SeNDiRi

Akhirnya tugasan khas yang diarahkan siap. Itu hanya 30 minit dari tarikh tamat penyerahan. Tugasan yang tidak diundang, namun datang dengan niatnya dialukan. Yes, aku bersemangat nak siapkan sebelum semua perancangan aku dikacao ganggu dan dirobek berkecai oleh Tuan Bos Besar dan Tuan-tuan Bos yang ada di pejabat tanpa anak buah. Aku rasa memang down giler sekarang. Tugasan khas akhirnya menjadi satu tugasan melepas batuk di tangga. Adoii....

Aku punya minggu yang teramat padat sepanjang minggu lepas. Macam robot dari pagi ke malam. Tiada teman di pejabat gara-gara semua berkursus. Masa-masa begini banyak pula kerja masuk dengan status "SEGERA" sedang aku sudah punya perancangan kerja untuk sepanjang minggu. Dalam lelap aku menjadi manusia yang diganggu igau. Muka Tuan Bos Besar, muka Tuan-Tuan Bos, muka Pn G, muka pemeriksa kertas, muka Auntie and Uncle memanggil Ndun, macam pass baton pulak tiap-tiap malam. Ermmm kadang-kadang muka Agung pun join sekali.... Cesss! Akhirnya lari sebentar mengajak B untuk lepas perasaan.

Minggu lepas juga aku punya rasa kecewa. Mengapa masih belum mampu berlari seperti dahulu? Harus lagi memakai kasut getah? Kasut tanpa tumit? Tuan Bos Besar sudah memandang. Tidak Tuan Bos Besar, aku bukan sengaja. Aku juga sebenarnya sudah malu, bukan tidak lagi mencuba tapi sakitnya terasa.

Semalam aku mencuri masa menghibur Uncle dan Auntie. Baning dan Koyong bantu mengatur program. Rasa bersalah teramat sangat kerana sudah hampir dua minggu mereka di sini tanpa aku menjenguk. Bermalam di tepi taman hutan bukan masalah, cuma arghhhh pantang salah mengatur langkah menginjak tanah, terasa seperti "EEEEE manjanya!" <- marah diri sendiri. Aku mahu semua seperti biasa. Aku mahu semua seperti biasa. Aku belum mahu berhenti.

Nota :
Mahu menulis Natrah, tapi otak enggan lagi berfikir untuk mengarang. Petang nie, sekadar membebel... ermmm

3 comments:

Unknown said...

tok pahe la cito ni, tak dapat catch up mas royat pasal gapo?? oooo macam ahli sastera la....

Ren said...

CikMAs nak pinjam buku Natrah boleh??? aku tetiber jadi teringin plak nak baca...

masMZ KaKiJaLaN said...

enchek rashid, tulisan orang lepas perasaan.

enchek janggel, auklah. Tunggu gue selesai dulu :)