Lama aku menangguhkan hutang Kenyir. ‘Musim berjalan’ memang sengaja dibekukan buat sementara waktu. Hampir setiap minggu dalam tempoh dua bulan aku berjalan. Dari satu hutan ke satu hutan. Dari satu pekan ke satu pekan. Masa itu sebenarnya memang pulun habis-habisan untuk menghadapi minggu-minggu yang aku tak boleh cuti dan keluar bandar. Kiranya kini sudah sebulan lebih aku tidak keluar jauh melainkan di kawasan sekitar dan paling jauh sampai ke Gombak sahaja.
Ke Kenyir kerana desakan seorang rakan yang mahu aku menemaninya. Lama aku berfikir mengenangkan haiii susahnya nanti bila aku di sana. Duduk atas bot sahaja, aiya!!! Lain betul kalau masuk hutan atau berada di pantai. Korang memancing? Aku? Layan jiwa sajalah agaknya!! Lagi pula hanya rakan aku sahaja yang aku kenal baik dan dua tiga rakan lain yang aku kenal-kenal begitu saja.
Mengenangkan desakan tanpa jemu selama berbulan-bulan, aku juga tidak sampai hati untuk meletakkan dia di kumpulan yang sangat minoriti. Sudah minoriti, disangatkan pula kerana dalam satu kumpulan yang besar, wanitanya sedikit dan sesungguhnya sangat sedikit. Tidak dapat aku menahan dia lagi kerana kumpulan besar itu kenalan-kenalannya dan dia terlalu amat sangat untuk turut serta.
Apapun, perjalanan ke Kenyir pengalaman yang berbeza bagiku. Aku namakan perjalanan ini sebagai ‘Perjalanan Separuh-Separuh’. Separuh jiwa pada ketika itu mahu juga mengambil kesempatan ini untuk lari dari wilayahku. Separuh jiwa pula tidak habis-habis mengenangkan ”Matilah aku!!!!” Semuanya gara-gara menghilangkan diri dari tugasan walaupun cuti telah dibekukan termasuk cuti hujung minggu. Janjiku akan membawa semua dokumen dan bersedia di hujung telefon. Memang berat juga beg yang ku bawa kerana itu, dan tapi keadaan amat merisaukan kerana rupa-rupanya aku berada di luar kawasan perkhidmatan telekomunikasi! Cuti yang penuh risiko!!!! (Syukur, tuhan mendengar dan mempermudahkan semua urusanku).
Apa yang ada di Kenyir????

Untuk Part 1, Den kongsikan sedikit panorama di Kenyir dan rumah bot yang kami duduki selama 3 hari 2 malam. * Jangan tidak tahu, rumah bot yang dinaiki ada astro dan malamnya mereka berkaraoke!!!
No comments:
Post a Comment