FReNs iN KaKi JaLaN

Sunday, March 15, 2009

ReVieW PeMeNTasaN SiRaH JuNJuNGaN TaHaJuD CiNTa

Syukur kerana akhirnya waktu yang dinanti-nanti menjelma jua. Penantian di api-api dengan pembacaan ulasan teman-teman dan media. Bagaimana aku boleh terlepas sedikit pembukaan… Owh!!!!!!


Menonton Sirah Junjungan Tahajud Cinta, lain benar dari pementasan yang pernah aku tonton sebelum ini. Sungguh berlainan dan istimewa sekali. Ringkasan ceritanya pernah di‘entri’kan di sini pada Febuari yang lalu.


Menung aku mahu menulis review ini. Bagaimana hendak aku ceritakan pada yang di luar sana. Menonton Tahajud Cinta, membawa aku jauh. Mengenal cinta dan memahami erti perjuangan yang sebenar. Menyingkap sejarah yang dilupakan kerana diri sibuk mengejar dunia. Sungguh naif aku mengingatkan diri aku sendiri.


Pementasan yang sungguh cantik kerana penceritaannya, set pentas yang turut disokong dengan layar skrin di belakangnya serta kareografi dan pakaian yang sangat bersesuaian.


Puji-pujian dan selawat yang sentiasa mengusik aku. Labaikallah, Solla ‘Alaikallah, lambaian Ka’abah mengundang rindu untuk kembali ke sana. Aduh, sebak dada ku. Namun, antara babak-babak yang paling berbekas kerana Rasullah S.W.T. sedang sakit dan berbicara dengan anaknya Fatima, saat Rasullah S.W.T. keluar dari kamar dan berjumpa dengan sahabat-sahabat Baginda yang mahu menunaikan solat Subuh dan saat-saat kematian Baginda, ya, sudah tidak mampu aku menahan air mata dari terus mengalir (walaupun pada babak-babak sebelumnya memang sudah mengundang ‘hujan’).


Justeru, aku mahu memanggil teman-teman lain untuk menonton pementasan ini. Aku menjamin pementasan ini memang istimewa. Pementasan masih lagi berlangsung di Istana Budaya sehingga 22 Mac 2009.


Sekalung tahniah buat Pn Erma Fatima, tenaga produksi dan pelakon-pelakon yang menjayakan pementasan ini. Pementasan yang membekas di hati, mengundang sayu dan air mata.


* Selamat Hari Ulang Tahun kepada Pn. Erma pada 14 Mac.

Nota : Di akhir pementasan, terdapat kejutan dibuat untuknya yang dihadiri oleh ibu dan adik-adiknya, dan beberapa teman artis yang lain.




2 comments:

Idmalina Mohamad Ideris said...

syukur...sy dan rakan2 juga smpat mnonton pmntasan ini..hari tu,mawi sbg artis undganya....
dr awal hnga akhir,'hujan' terus membashi pipi ini...
thniah kps smua prduksi ini....

masMZ KaKiJaLaN said...

salam idmalina.....

selamat datang :)
saya juga syukur kerana diberi kesempatan menonton pementasan ini.... Lain dari yang lain dan sangat istimewa.

* agaknya memang memilih hari pementasan Mawi kerana peminat setia ya?!!! :)