FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, March 6, 2009

CHeeSE TaRT

Ermm..... sedapnya!!! Aku tak ingat sejak bila aku suka jadi cheese tart tester atau nama lain aku ada simptom "gila cheese tart". Pantang nampak terus beli. Paling best, penyakit "gila cheese tart" ni bukan setakat aku seorang. Ini memang penyakit opis!!! Tempat nak rasa mesti kat opis dan kalo beli, memang kena beli untuk semua orang! Mula-mula kami yang perempuan-perempuan ni sahaja. Tapi aritu "gila cheese tart" ni terjangkit pada Bos pulak. Semua gara-gara lapar dia dan kebetulan rahsia kami "gila cheese tart" ni terbocor. Sempat di'kidnap' cheese tart yang dibeli. Hehehe...

Cheese tart edisi pasar tani ni baru aku beli malam sebelumnya. Nak test.. Memang sedap!!! Kelakar sebab Natrah cakap, "Kak Mas, sayangnya nak makan!!! Sedapnya! Saya terpaksa makan sikit-sikit, makan kat tepi-tepi dulu. Kalau makan cepat-cepat nanti cepat habis!" . Sambung Yas, "Ha’ah... kitapun terpaksa makan macam tu!" Dey sabar jerr lar.

Bos makan, "Eh, sedap larr.... Ni kat mana korang beli ni?"
"Pasar tani"
"Eh, kenapa saya tak pernah jumpa pun?" (Bos, memang larrr... Bos pergi sebelum semayang Jumaat. Makcik tu pun tak sampai lagi!)
"Eh kalau u nak pergi lagi, u cakap dengan i. I nak pesan larr... Anak-anak i pun suka cheese tart"
"Ermmm.... pasar tani hari Selasa ngan Jumaat. Kalau gitu kena tunggu minggu depan larrr... Kalau beli jumaat, alamat memang Innalillah lerr semua cheese tart masuk dalam perut orang lain. Ekekeke".

Malam kejadian membeli tart, aku sengaja ke pasar tani. Ada barang nak dicari. Nampak kereta Yas, apalagi calling-calling dan together-together lar jalan.. Mahu pula Yas, "Cik Mas, tadi kita nampak cheese tart. Minggu lepas kita rasa kita beli dengan adik yang jual kat KBS aritu. U ingat tak budak tu? Kita rasa cheese tart yang sama, tapi nampak macam tak berapa nak best! Lepas tu adik tu takde pulak”


Jadinya, kami ke gerai tersebut dan siap bersoal siasat... Cewahhhh biasa larr kan.... Lagi pula orang ramah, kami lagi ramah!!! Makcik tu cakap tak pernah ambil tempat kat KBS. Mungkin adik tu jual cheese tart orang lain.
"Takpe Yas, biar i beli. Sok kita cuba kat opis."
Nala yum yum...

Erm.... satu lagi... Disebabkan cheese tart itu menolak sedikit kesuraman pejabat, dan kami semua sepakat untuk kerja dengan mood gumbira, tetiba Bos volunteer belanja cheese cake pulak! Fullamak, trimas Bos... Bagus punya rezeki...

Moral : Ada rezeki kongsi ramai-ramai.... Berkat!!

[Satu pejabat gelap, atau ianya hanya aku? Sudah hampir ke tahap maksima kerana disyaki mempunyai ....(ahahaha)... Aiyoo!]

4 comments:

Nur said...

yooooooooo

sedap nyer!!

ngapakah sedap bebno ni?

huwaaaaaaaaaaaa

laparrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Anonymous said...

yang sihat bertambah sihat laaaaaaa

masMZ KaKiJaLaN said...

Fakhzannnnnnnn......
Ermmmmm sedap!!! ekekekeke.....
Laparkerrr???? Aritu resepi dah amek ker????
Nanti balik sini, aku wat makan-makan kat umah erk!!! :)

masMZ KaKiJaLaN said...

Encik Lemang Opah Style....

Ermmmm.... tak kira lagi makanan-makanan kesihatan yang lain..... coklat..... aiskrim..... brownies..... candies.... erm.... lemang ngan rendang tok.... erm.... apa lagi erk!!! :)

Waduh, lapar bangat ini!!!