Petang minggu aku ke Carrefourre, makan di sebelah Burger King di tempat aku menulis Suatu Petang Di Burger King pada entri yang lalu. Sengaja aku ke situ bersama Adik kerana sudah lama tidak berjalan-jalan dan akupun sebenarnya lapar!!!
Senyum 7 – Perasaan Perasan!
Sedang-sedang makan, datang Encik Pakcik dan Puan Makcik barangkali sudah di pertengahan enam puluhan (mungkin lewat lagi bagi Encik Pakcik). Berbaju hampir sedondon. Encik Pakcik memakai kelabu cerah dan Puan Makcik memakai jubah putih. Encik Pakcik membawa dulang dan Puan Makcik menuruti di belakang. Hidangan yang dibawa hanya satu set ayam goreng dan kentang. Pasangan ini akhirnya duduk berhampiran dengan kami. Alah seronoknya aku melihat... dan ... .
Aku pun tersenyum lagi. Aku rasa senyum perasaan perasan! Sentimental betul aku nih!!!
Senyum 8 – Setia Bersama
Di suatu petang di tepi pantai juga aku pernah melihat sepasang pasangan tua iaitu Encik Atuk dan Puan Nenek. Mereka berdua berjalan meninggalkan anak yang membawa mereka di duduk di benteng. Encik Atuk dan Puan Nenek berjalan bersama-sama berpimpinan tangan di tepian pantai. Salah seorang dari mereka memakai tongkat, aku lupa sama ada Encik Atuk atau Puan Nenek. Setianya mereka dan gembiranya mereka.
Petang itu, aku hampir tidak dapat membezakan cantiknya melihat matahari terbenam atau bahagianya Encik Atuk dan Puan Nenek yang sedang berjalan-jalan berdua. Kalau hendak aku cerita gambarkan senyum ini ermm.... setia bersama?? Wahhhhh!!!!!
[Suatu Petang Di Burger King salah satu entri jiwa yang sentiasa mengundang senyum ku]
* Sebenarnya aku teringin mendekati mereka tetapi tidak mungkin aku mahu mengganggu mereka. Aku mahu berterima kasih kepada Tuhan, kerana diberi kesempatan 'menumpang' kegembiraan mereka dan berkongsi kegembiraan ku dengan yang semua yang sudi membaca blog ini.
Bukan senyum tapi tambahan
Minggu lepas aku menonton slot cerekarama bertajuk Tuntutan Maut (Nanu Baharudin sebagai pengarah dan penerbit – Tahniah! Saya sukakan drama ini sehingga tidak mahu mengalih ke saluran tv yang lain!). Aku sukakan watak Zali, mungkinkah ada orang sepertinya?
Memetik kata-kata dari dialog drama tersebut,
“Jika kita menguji kebahagian, ia mungkin tidak akan lama. Sebaiknya jika kita menikmati kebahagiaan itu, insyaAllah ia akan berkekalan”.
2 comments:
:)aku juga suka memerhatikan babak-babak menarik begitu... babak bahagia yang penuh kejujuran..
:)
Post a Comment