FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, March 26, 2009

PeSaNaN RiNGkaS TeMaN SeKaMPuNG

Erm...... tak ada mood nak menulis sebagaimana tak ada mood untuk berbuat apa-apa. Sungguh teruk aku sekarang nih!!! Urghhhhh... tak tahu apa nak jadi dan kenapa boleh jadi... Yang pasti sudah beberapa aku berdoa dijauhkan 'malas' dari aku. Demi masa, sesungguhnya aku dikalangan orang yang sangat kerugian sekarang. Aku tahu itu, dan aku tahu banyaknya perkara yang menanti aku untuk disiapkan... Justeru? TOLONGLAH AKUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU.................

Exercise brain dulu.... Cuba! Sebab? Ada dua tiga tajuk dah ada, tapi.... ermmm.... Coba, Kau Coba"- Faizal Tahir, Cuba.

1. Pesanan Ringkas
Terima dari seorang senior sekolah, jiran setaman dan akhirnya menjadi saudara berbau-bau jering setelah berkahwin dengan saudara aku yang berbau-bau machang... Tak ada masalahpun terima pesanan ringkas a.k.a SMS dari bro A yang aku panggil A je. Chomanya, malas betul mahu membalas... Apa yang hendak dijawab?

A: Tak balik kpg ke weekend ni. Ramei orang kawen (wooo ni baru dapat tadi)
A: Tak balik ke? Cuti panjang ni
A: Tak balik? Umah Pakcik XXX ni dengan umah XXXX (jiran-jiran setaman) kenduri
A: Minggu ni tak balik kpg ke? ... .

Waduh! Lemas sungguh aku!!! Soalannya lebih kurang sama... Seingat aku, hanya mak dan mertuanya sahaja yang ada di kampung... Seingat-ingat aku juga lepas A habes sekolah, memang tak pernah aku pernah jumpa ngan dia pun. Ermmm... macamlah kat sekolah aku ada sembang atau jumpa dia pun!!! Seingat aku tak ada apa-apa langsung kecuali satu kad raya rasanya lah!! Alahaiiii tu leh kira jugak ke??. Huh! Satelit betul larrrr...

[Dalam satu mood lain : Napernyer? Kalau tak balik kpg, TI tu tak meriah ke?? Huk huk.... Perasan!!]

2. Cuti
Aku rasa sekarang memang masa yang aku kemaruk cuti. Macam tiap-tiap minggu amek cuti.. Minggu lepas, cuti dengan cita-cita lain tapi yang dicapai lain. Minggu nie, mendapat arahan untuk cuti dua hari untuk standby urusan di kampung. Minggu depan, bersiap-sedia untuk berpergian. Minggu berikut, 'mandi matahari' dan aku akan jadi udang bakar!! Hahaha...
[Kalao hampir rentung, rasanya mahu juga cuti itu ku sambung menjadi cuti sakit atau cuti kecemasan... Hahahaha (gelak lagi!)...]

1 comment:

Anonymous said...

test... cuti kecemasan?