FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, March 6, 2009

BLaNK n BLaNKeT

Erm.... bila tak menulis.... otak tak bergerak ke tempat lain.... asyik-asyik pasal meeting, pasal maklumbalas, minit, studies, state, 'kavadi' lagi urghhhhh.... bosan!!!! Dah sampai ke tahap maksimum.... pernah beberapa hari lepas bila masuk bilik, duduk.... terus blank!!! Tak ingat nak buat apa sebab sangat berkecamuk!!! Dok tempat kawan sembang kejap balik tempat, blank lagi. P minum, balik tempat, blank jugak!!! Ahaiiii sudah!!!

Setiap hari aku mengatakan kepada diri aku sendiri aku seorang yang kuat dan aku seorang yang sangat bersemangat. Tapi setiap kali aku mengucapkan kata-kata itu, aku rasa semakin menipu diri sendiri. Seperti mempersendakan diri sendiri. Menyatakan kekaguman kepada kejayaan orang lain untuk menaikkan motivasi aku yang semakin suram. MoTivaTioN BeeN CoVeReD bY DaRK BLaNKeT!!! Mereka yang melihat aku mengatakan "Apasal?", "Eh, sejak bila pulak dah tukau jadi gothic nih?", "Rimas tengok muka tension, muka kusut nih!"... He sehhhh, tapi semua dalam nada lawak dan Den pun sebenarnya tak kisah... Dah tu nak buek camno? Den yang menurut perintah, SYMP!

Setiap kali Den memotivasikan diri kek sini, pasti esok ditempuh dugaan yang lebih hebat! Hari ini Bos tak ada. Bos Besar pun tak ganggu lagi... Pagi tadi Den jeling jer Bos Besar, terasa kot sampai pagi nie Bos Besar yang ucap selamat pada aku. Hahaha... Semalam belasah aku sampai tak ingat!!! Dari pagi sampai ke petang. EeeeEeeeeeee... sabau... sabau... Paksa pulak aku mengadap Bos Lebih Besar pulak sampai berkali-kali kena mengetuk bilik Bos Lebih Besar... Pagi nie, Bos aku tak de... Bos tinggal pesan suh kol balik, mungkin nak tanya pasal semalam larr tu (semalam dia cuti jugak!)... Nanti lerrr... selagi belum terganggu, Den nak menyelesaikan beberapa perkara lagi hari nie, peh2 baru Den kol dia... Malam nie, Den nak lari lagi... Hujung minggu kita sambung keje balik!!!! Ermm... :(

Owhhh April, aku menantimu...

* Adik, i miss you too :)
Post a Comment