Laparnya!! Penatnya!!
Perut perlu diisi. Kaki perlu berehat (kenapa larr nak jenjalan, pakai tumit tinggi – memang cari pasal!).
Ermmm… mana nak makan? Mana nak duduk ni?
Oh Yezaaaa…. Kat sini ada Burger King!!
Yummy my tummy say. Arghhh my leg release (ermm pemilihan perkataan macam tak sesuai!).
Cari port strategik sikit. Boleh tengok orang. Untung-untung ada story dan boleh menulis!!
Senyum 1 - Murah Rezeki
Encik depan ni (Pakcik larr sebenarnya), amboi khusyuk betul membaca akhbar The Sun. Makanan kat depan tak tahu agaknya dah berapa lama habis. Dah baca doa habis makan ke? Ekekeke. Alamak, Encik ni angkat muka dan pandang aku. Aku dah kacau Encik ini ke? Encik ini tak cukup khusyuk macam yang aku sangka!!
Senyum!! Uiks… Encik Surat Khabar ni senyum balik! Arghhhh murah rezeki dia hendaknya.
Senyum 2 - Romantika
Seronok aku makan, lalu seorang Encik dengan troli penuh berisi hamper. Duduk selang beberapa meja dari aku. Tak seberapa lama kemudian, seorang Puan lalu membawa 2 set value meal (ewah pandai betul aku meneka!) dan terus duduk semeja dengan Encik tadi.
Ai, bahagia mereka. Encik dan Puan (Abang dan Kakak) ni romantik betul. Bukan romantik buat-buat. Bersembang dan bergurau bagaikan kawan tapi mesra sampai aku pun naik konpius. Hey, there are partner!! Life partner!! Bagus dapat maintain!! Senyum lagi boleh?! Senyum romantik - berangan.
Senyum 3 - Rajin Yer!
Alahai makanan aku dah habis. Nak bangun? Ala kejap larr, biar aku habis menulis dulu. Jauh juga hendak memandu balik ke Putrajaya.
Rajin pulak engkau nak menulis di sini erk! Senyum sendiri - eh, rajin!!
Senyum 4 - Perasan
Uiks, tadi kat tempat ni tak ada orang. Ada Encik Surat Khabar, kemudian ada Encik Abang dan Puan Kakak saja. Bila pula ada tiga pasangan Encik-encik Adik dan Cik-cik Adik kat sini?
Mesti masa aku menulis tak angkat-angkat muka tadi. Almaklum, tadi berangan, lepas tu perasan rajin. Heee… Senyum lagi.
Senyum 5 - Garu Kepala
Alahai macam tak boleh nak senyum melihat Encik dan Cik-cik Adik yang ada kat sini. Muda-muda remaja. Ada yang bertudung litup tapi wahhhh romantika de’ amour terlebih-lebih! Malu pula nak tengok.
Tak jadi nak senyum. Garu kepala yang tak gatal ni je larrrr.
Senyum 6 - Penghabisan
Eh, bising pulak!
Lalu seorang Encik dengan empat orang kanak-kanak comel dan chubby (eeee geramnya tengok! Macam nak cubit-cubit je!). Budak-budak ni dah duduk, bangun berlari pula. Ohhh berlari ke mamanya. Hehe… Encik Daddy dan Puan Mama ni rock! Sempoi giles! Anak-anak pun sama. Yeahhhhh, u guyz rock!! (Apa yang aku dah merepek nih!?)
Eeee nak balik lerrrr… Jelezzz… Nak senyum lagi tak? Hahaha… sudah-sudah lar tu. Dah nak sama macam kerang busuk pulak! Hehehe.
5 comments:
salam...
bole ko tulis entry di burger king? burger king kan ada satu lagik kenangan? hahahahahha...tak leh ku lupa mas, tak leh!!
and then!!! you make me hungryyyyyyyyyyy!!!!! sini takde rburger king sesedap msia? i mean..ada tapi haram..husihhhh
Ish..ish..ish…tak baik tau senyum sensorang..nanti timbul rasa curiga pada orang yang melihatnya. kahkhkahkah…
Ada tajuk baru..seswai tak tajuk itu?? sila komen.
Cik FaKHzaN, YuPs...
oUR WhoOPi MeReNTaS MaSa!!! We BouGHT iT LaST NiGHT, We GeT iNTo FLiGHT, aND so SuDDeNLY, oUR WHoOPi DaH JaDi WhoOPi 'BaSi!' (HeHe BuKaN Basi, TaPi WHoOPi LaMa - DaH 2 HaRi KeBeLaKaNG eRK!!! - akU LuPa!!!) HahHAHa... MeMANG KeLAKaR GiLeSS!!!
ciK JaNGGeL, aPaKAH TaJuK YaNG SeSwai??? Di MaNaKaH DiKaU MeNGePosKaN CaDaNGaNmu iTU???
* TeRima KasiH aTas DaN soKONGaN!! :D
Di mana lagi cik Mas..di rumah ku itew la...di janggel yang beriklim tropika tetapi kekadang datang salji dan kekadang ada kemarau...kes tak hapdet la tuh...
tajuknya Bandaraya bunga kertas....erk seswai ker??
Post a Comment