Hehehehe... Sebulan sekali entri keluar.... bagus sangat ko punya KPI ni kan????
Errrrrr...tak boleh meii????
Jom kali ni nak pi Manjung... Cadangnya nak jumpa kawan dan makan tengah hari.. tapi.... tak tahulah macam mana tiba-tiba aku boleh kena kidnap pi Manjung nih... Lepas makan, aku pun tengok muka kawan aku tu....
"Haaa nak buat apa pasni? Balik ke?"
"Entah?!(?)" errrr ada tanda soal pulak dia nih!!!
"Dah pernah sampai Segari?"
"Errr... belum..."
"Nak pergi?" amboiiii ke main soalan aku ni dah macam chekgu sekolah, cam garang yakmats bunyinya
"Ikut je..."
Yeayyyyy kikikiki...... *sambil dalam hati melompat-lompat
Segari ni terletak dalam 16km dari bandar Manjung. Tidaklah jauh sangat nak pergi pun. Kalau dari Manjung tu, ikut arah ke Taiping/ Pantai Remis / Segari, nanti mesti jumpa papan tanda ke Pusat Konservasi ni... Kome ikut jer la....
Aku pertama kali pergi tempat ni dulu masa kecik-kecik ber'camping' dengan ayah dan juga geng-geng dialah... Kira-kira ada kenangan manis la kat sini dan seingat aku, memori yang tersimpan dalam kepala aku ni memang tempat ni memey cunggggg aaaaaa, hehehehee.
Jommmmmm.......
Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Segari
Dah pernah tengok penyu secara life? Heheheh rupanya ada yang buat pengakuan ini kali pertama tengok penyu hidup depan mata.. Hahahahaa... Amacam???
Info....
Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu ini telah dirasmikan pada April 2011.
Dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang, dan ditutup rehat pada 12.30 - 2.00 petang pada hari biasa, 12.00-2.30 pada hari Jumaat.
Dalam pusat ini ada satu bangunan yang ada penerangan-penarangan mengenai Pusat ini dan juga mengenai konservasi penyu. Kalau datang jangan lupa masuk dan baca.... Ada banyak info yang menarik dalam ni...
Ikon penyu.... Ni ke? Mana yang hidupnya??? Katanya konservasi???
Dan yang paling eksaited ialah Kim... "Woooo sabaq Kim sabaq!"
Boleh ke dia kata aku tipu ini penyu????? Haisssss.... aku tinggaikan kang!
Taraaaaaa..... kan aku dah kata ada penyu kat sini.... Ada Green Sea Turtle dan satu lagi Olive Ridley Turtle... Nama melayu nya aku pun tak pasti... Tanya Kim? Leman dijawabnya! Hampeh!
Umur penyu yang paling dewasa yang ada kat sini ialah 11 tahun... Menurut penerangan pekerja di sini, penyu yang dilepaskan di laut sebelum ini adalah pada usia ini (11 tahun dan ke atas).. Soalan kuiz... "Berapakah anggaran jangka hayat penyu?" hehehehehe sila masuk pusat penerangan tadi ye!!!
Dah layan penyu dewasa, kami berpindah ke kawasan pusat nurseri baby penyu.... Haaaaa.... spesel dak?????? Errrr.... hok ni bukan baby... ni kanak-kanak nihhh.... Kolam lain plissss...
Taraaaaa....... inilah Squirt, baby penyu yang berlakon dalam cerita Finding Nemo tu.... Ishk yang mana satu kah nih????
Wahhhhh..... Kimmmmmmmmmm.... leh tengok guardian dia bagi makan larrr.... Penyu-penyu kat sini makan kobis dan timun rupanya.
Yummmmm.... Yummmmmm.... adehhhh ketepi la sikittttt...
Lepas kolam dewasa, kembali ke kolam baby penyu... makan ikan pulak! Katanya lebih lembut dan senang telan..... *eceh pandai pulak aku nih :D
"Bye Sweetieeeee..... Jumpa lagi!!!!!" Haippp Kim! overst sungguh kamu ni!!!
Sebelum balik, jangan tidak untuk menjenguk juga di kawasan penetasan penyu... Tempat ni tak boleh masuk.. Jadi tengok dari luar je sudah....
Ok jom g pantai pulak!!!!
Weeeeeee..... Jommmmm....
Pantai Pasir Panjang, Segari
WooOOooOoOOOoo..... ini pestaim jejak pasir pantai kata Kim.. Leh mandi laut? Boleh???
Sepetang di Pantai Pasir Panjang di Segari.. Tempat ini memang jauh lagi bersih berbanding dengan Teluk Batik. Lautnya lebih memanggil-manggil dan pantainya bersih.
Nak mandi??? Hehehehe... Hok tu kena fikir dulu.. Kat Pantai Pasir Panjang Segari ini, walaupun pantainya panjang dan bersih, tapi kat sini memang tak ada orang mandi. Ombaknya lebih besar dan tinggi, belum lagi disebut dalamnya yang tiba-tiba..
Maka, tengok sahajalah sambil kaki menguis-nguis pasir dan kadangkala geram juga berlari mengejar ombak...
Dan sebenarnya tempat ini hanya untuk penjiwa-jiwa damai dan juga si kaki pancing. Kebetulan semasa aku kat sini, harinya masih panas... Tidak ramai yang sudah tiba dan memulakan 'operasi'.
Di arah yang bertentangan laluan ke Pusat Konservasi terdapat rimbunan pokok...
Petang hari bukan sahaja cantik dan berlalu dengan baik. Rindu laut dan sudi rasanya aku duduk berjam-jam kat situ. Kalau bukan sebab 'ter'pergi, mesti dah ada bekalan tikar, makanan dan sebagainya untuk duduk-duduk di sini.
Alhamdulillah.... Terima kasih tuhan atas kesempatan yang aku perolehi hari ini.
Last but no least..... it's me and Squirt!!! Kim mana??? hahahahaha tataw tataw.... lalalalalalalalalaa..... Peace Yo!!!! |
Catatan :
Semua gambar dari Samsung Note 2.. Dan saya sangat gembira!!
No comments:
Post a Comment