FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, June 14, 2013

SeLaMaT HaRi ALaM SeKiTaR SeDuNia I LaPaR daN CeRiTa SeSaT

HaLuuu...... Assalamualaikum..... Salam Jom Pi JaLaN????

Tuliss... Tak tulis... Jenguk... Tak jenguk...  Sibuk???  Kbai...
 
Sibuk? Hurmmmm.... Jadual seharian aku sekarang lebih banyak dihabiskan di atas jalan raya mengira berapa banyak lori yang berjaya dipotong...  Mengira berapa kali perlu berhenti di lampu merah....  Sesekali juga cuba mengira berapa ekor monyet yang sedang berebut makanan di sisi jalan raya...  Dan "Owhh ada rupanya lagi manusia-manusia yang baik hati berhenti untuk meninggalkan makanan untuk mereka"...  Sempat aku berfikir sama ada itu perlu kerana kebaikan yang dilakukan itu kemungkinan akan mengundang perubahan sifat monyet-monyet tersebut... Keberdikarian mereka contohnya... 
 
Apapun Selamat Hari Alam Sekitar Sedunia yang telah diraikan pada 5 Jun yang lalu.  Temanya berlainan sungguh tahun ini. "THiNK | EaT | SaVe" pasal makanan..  Tema yang membawa maksud anti kepada pembaziran makanan yang disebabkan kehilangan sumber makanan akibat daripada kita sendiri yang mungkin adakalanya bersifat berlebihan daripada keperluan.  Gaya hidup yang kurang seimbang mendatangkan kesan kepada alam sekitar secara tidak langsung.  Macam aku lar jugak kot... makan ikut sempat dan selalu juga ikut kengkawan, makan... makan... dan makan... Tanpa sedar bahawa sebenarnya aku antara penyumbang kepada 1.3 billion tan makanan yang dibazirkan di seluruh dunia setiap tahun.  Jumlah yang sama yang dihasilkan di seluruh sub-sahara Africa dan pada masa yang sama, seorang bagi setiap 7 orang di dunia akan tidur dalam kelaparan dan lebih 20,000 kanak-kanak berumur bawah 5 tahun meninggal dunia akibat kelaparan.
 
Kome dah makan??? Erkpp Alhamdulillah.... Syukur dengan nikmat dan rezeki yang kita punya hari ni. #tetiber pulakkan aku buat syarahan laks kat sini.. Kalo sesape di Manjung esok, tetiber ada marka cun yang dok pokpek "Selamatkan Bumi Kita"tu... andai korang la antara khalayaknya... tegurla aku... harharhar.... #adake?
 
*sorrylarrr aku memang tengah cari idea apa aku nak cakap setengah jam kat depan tu esok 
 

Sengal dan down dah dekat seminggu... Sangat dem it!  Terasa betul aku ni macam tercampak kat tempat sunyi dengan kelilingnya batang-batang kayu yang menunggu masa untuk reput dan tumbang menyembah bumi.  Panas bahang kerana terik matahari menerjah setiap inci kulit kerana tiada tempat berlindung. Bagai juga diri diserang bertubi-tubi.
 
 
Dan aku berdiri, mendongak ke langit... Cuba merasai perasaan batang-batang kayu yang disebut teman di kala itu.  Sungguhpun ramai di keliling, tetap diri merasa sunyi dan terasing.  Hambar terasa walaupun langit cantik membiru.  Lalu, aku berdoa supaya akan ada keajaiban dan rahmat di sebalik dugaan yang diberikan.
 
 
Merendahkan pandangan dan memandang ke hadapan semula.  Keadaannya masih sama.  Langitnya masih membiru, di tengahnya masih teman-teman kayu yang masih cuba berdiri.  Di lantainya pula, tanah yang hampir kontang.
 

Hanya aku yang masih mampu bergerak.  Ketakutan dan kesunyian kerapkali mengugat semua kekuatan yang aku cuba kumpulkan.
 

Ruang yang aku punya sekarang terlalu besar bagi aku yang terlalu kerdil.  Terlalu luas untuk aku bersembunyi dan berlindung.  Barangkali sudah sampai masanya untuk aku keluar.


Semoga aku punya lebih kekuatan.  Semoga di sekeliling ku kembali hidup.  Batang-batang kayu yang sunyi, kembali hijau dan mengundang lebih ramai teman.  Biar semua menyanyi dan menari gembira.  Biar kami semua berkawan dan merasai satu sama lain.


Sungguhpun waktu yang ditunggu itu tidak datang sekelip mata.  Mungkin bukan semua yang berjaya, tetapi yang bangun itu pasti berusaha. Yakin jika mahu berubah.


Dan tanah yang kering kembali dibasahi dan mengundang lebih ramai tamu.
 

Yang sendirian akan mendapat pengemudi dan arah tujunya.  Kembali menjadi diri sendiri.  Bangkit melawan apa juga arus halangan di hadapan.
 

Penyelamat.  Mungkin datang dari dalam diri sendiri, mahupun dari keadaan dan bantuan yang tidak disangka-sangka.  Walau payah dan jatuh berkali-kali, harus tetap berusaha sungguhpun bermula dari satu imaginasi.
 
#Dialog Kim dan kawan barunya, aku lepaskan bagi yang menjiwai segala yang tertulis...


Nota :
Saya perlu tunjuk ajar camne nak betulkan balik setting supaya blogroll saya diupdate kat bahagian Blogroll kat tepi tu... Masih tersangkut di entri Gopeng lagi.... Camne eh????
 

No comments: