FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label HiSToRY. Show all posts
Showing posts with label HiSToRY. Show all posts

Wednesday, September 14, 2016

PENANG || MuZium PeRaNG, BaTu MauNG (SPooKY TouR)

Haluuuu
Assalamualaikum...
Lamanya tak pergi jalan...  
Rasa macam dah menggeletis-geletis je nak pergi mana-mana (dengan niat cuti semata hahahahadeh).  Ni kalau macam 'ripit' pergi Pulau Pinang macam best jugak kan?! Hikssss  JJCM sambil meredah tempat-tempat menarik erk?!

Hari ni nak kongsi trip 2 tahun lepas dengan kengkawan, tapi rasanya tempat tu memang takkan berubah pun..
Katanya pernah dinobatkan sebagai muzium paling 'spooky' dekat Asia ni dan muzium perang terbesar di Asia Tenggara (20 ekar)... 
Hahahaha ADA BERANI???
Jom!!!!!!!

Pertama kali nampak tempat ni, masa holiday sensorang.. Dok fikir nak masuk ke idak, nak masuk idak.  Last-last emmm hahahhaa takpelah, nanti-nanti datang dengan sesiapa kat Penang ni bolehlah tabuh racun kata ada tempat best.. Heheehehe.

War Museum atau Muzium Perang ni letaknya di Batu Maung, Pulau Pinang.  Kalau ada cita-cita nak pi cari laksa janggus tu, memang kompom akan lalu simpang nak ke Muzium Perang ni.  Harga tiket masuk bagi dewasa adalah RM20 (warganegara), RM35 (pelancong) dan bagi kanak-kanak 5 hingga 12 tahun, RM10 (warganegara), RM17.  Kemudian adalah harga-harga lain bagi yang bawa kamera atau untuk yang nak berprewedding ke post-wedding atau apa-apa event khas.  Waktu operasi 9 pagi sampai 11 malam (ada night tour bagi yang tak lemah semangat erk!).

Muzium Perang ni dibina pada tahun 1930 semasa penjajahan tentera British untuj digunakan sebagai pusat operasi tentera British.  Tentera British menggunakan "Muzium Perang' atau sebenarnya kubu perang sehingga tahun 1940-an.  Kubu ini juga pernah digunakan oleh tentera Jepun dalam tempoh penjajahannya.


Lepas dah bayar tiket, suasana terus berubah ke zaman sebelum merdeka.
  
 Ni tiket masuk.. RM20 (masuk) + RM2 (kamera)

Ok, ambil feel terus sebelum masuk zon 'perang'...

Binaan pada tahun 1930..  Kubu ini juga menghadap laut.

Peluru dan bom antara peninggalan yang boleh dilihat di beberapa lokasi dalam muzium ini.

Kedudukan 'Muzium Perang' terletak di atas bukit dianggap sebagai sangat strategik bagi mengawasi hampir tiga perempat Pulau Pinang dan musuh dari laut. Dalam gambar ni, tak boleh pula nampak laut hahahahadeh.

Yang kotak-kotak kat tepi tu (sebelah kanan atas), itu tempat simpan peluru dan bom.


Lokasi bom yang masih aktif..  Jangan korang berani-berani nak masuk dalam kawasan yang ditanda...  Kang ada juga tangan, kepala, badan kebabom merata-rata hoho... no! no! no!

Lubang untuk bawa masuk atau keluar barang dari bawah tanah. So, kalau pergi kena tengok betul-betul setiap ceruk bangunan haaaaa.

Antara bilik-bilik bawah tanah.  yang ada orang tu adalah terowong untuk bergerak .. ada yang tinggi korang boleh berjalan (emmm ada satu terowong gelap kitaorang pusing dalam secara berjemaah, rupanya tembus balik dekat kawasan pintu masuk terowong tadi (berhadapan).

Ok.. yang dua orang posing ni bukan zombi ya! Gaya dalam terowong tunggu kena selamat ke atau tunggu kena sapa?!!!!!!

Kubu-kubu pertahanan... Nak fefiling jadi jaga pun boleh.. keliling pun pokok puding, oldskul sangat!

Selain dari kubu-kubu pertahanan, ada juga bangunan yang menempatkan tahanan-tahanan perang dan juga pejabat-pejabat.  Ada bangunan yang kita boleh diri setakat pintu sahaja untuk tengok dalam.  Ada yang lomah somangat pi lalu tempat-tempat yang biasa-biasa je ye.. Hiksss *saja kasi serammmm miahahahahaa.

Basikal ni dari tentera Jepun la kan rasanya...  Dah Jepun masuk Malaya kayuh basikal!

Markas tentera Jepun.  Barang-barang dalam bilik ni memang barang asal.

Dan eh mak kaw ijo!  Tanjat gegurl tengok patung askar Jepun ni.. Dah la tertinggal sorang-sorang jauh kat belakang... Siapa suruh kan??? Mak ghalit noksss tengok semua-semua yang ada kat sini, dah ghalit lepas tu nak ngambil gambar pulak lagi...

oooOOo makk jangan tinggal dakuuuuu.... laju nyer korang! Kikiki #drama

Pusing-pusing jumpa lagi tunnel atau terowong kata melayunya.  Ada antara terowong dan bilik bawah tanah ni tak boleh snap gambar takut tetiber ko rentung terbakar.  Dikhuatiri sebab ada gas-gas yang mungkin boleh memercikkan api bila zass ada flash atau gelombang.  Hati-hati ye!

Lokasi yang pernah menjadi korban-korban hukuman gantung.

General Tomoyuki Yamashita Gallow menggantung diri

Dan kau pulak boleh berangan jadi patung ke atau jadi penceramah ke tour guide kat dalam muzium ni sambil sengih-sengih?

Tanpa sedar dalam bangunan kat belakang ada mumia?! Demmmmmmmm

dan atas tu pulak ada jembalang ala-ala nak terkam ko!  HahahahahaHAMBEKKKKKK!!!!

Ok! Rasa nak mencarut-carut tengok 'hantu' beso ni kat atas pokok.  Syukurlah aku tak taboh racun jom ikut 'night tour'.

Setelah puas berpusing-pusing dalam Muzium Perang ni, walaupun belum lewat petang, dah rasa gelap sebab kawasan ala-ala dalam 'hutan', kami pun beransur keluar nak menerjah ke tempat lain.

Muzium Perang ni pada aku memang wajib la pergi terutama kepada peminat-peminat muzium dan sejarah.  Memang terasa insof laa dan syukur tak duduk dalam zaman ni.  Banyak lagi yang menarik dalam muzium ni yang rasa nak kongsi tapi nanti kena marah habis data korang! Hahahahaa....  


Last but not least, nah belanja gambar kami-kami ni sekeping..  JOM PENANG!

Tuesday, March 19, 2013

GoPeNG : HeRiTaGe HouSe a.k.a MuZiuM GoPeNG (MuST Go!)*

Haluuuu... Salam Satu Malaysia. Salam Perak Aman Jaya dan Salam Jom Pi Jalan!! Ke mana? 

Gopenghegen The Ghost Town (matilaaaa aku kena marah ngan orang Gopeng! Hahahaha... memang kalau sebut dengan kengkawan Ipoh tu #negaraEeypoh, kalau Gopeng tu nak ke Gopenghegen. Kira-kira bajet cam oberC la kengkonon kannn)..

Jom jalan pergi Gopeng, Perak.  Jauh dari pekan Ipoh (Bandaraya larrr, haisss ikut suka larrr.... piap! piap!) lebih kurang 20 kilometer.  Naik bas dari stesyen bas Ipoh sampai ke stesyen bas Gopeng ni kalau tak salah RM1.20 kot.  Lepas tu boleh jalan kaki je pergi tempat ni.. Errrr... ada ke yang datang naik bas???? Tapi tip yang aku bagi ni betul tau.  Kalau datang dari highway PLUS, pekan lama ni betul-betul di antara persimpangan keluar Simpang Pulai dan Gopeng, jadi bolehla pilih memana exit yang korang nak.  Tapi senang lagi tanya cik Carmen Garmin.  Dah masuk pekan Gopeng, carilah satu-satunya roundabout dalam pekan ni.  Mana??? Haaaaaaa.... Cer cari :D

Heritage House atau juga dikenali dengan Muzium Gopeng telah dibuka semenjak April 2009 dan dimilliki oleh orang tempatan di sini.  Untuk masuk ke sini, tiada bayaran yang dikenakan cuma terdapat beberapa cenderahati dan juga tabung derma untuk pengunjung memberikan sumbangan jika mahu.  Sumbangan ini bagi membolehkan muzium ini terus dibuka dan diperkembangkan.

Antara yang dikongsikan di muzium ini adalah sejarah Gopeng iaitu bermula dari awal tahun 1850-an, sumber hasil utama iaitu getah dan bijih timah, barang-barang antik dan di suatu bahagian dan perspektif yang lain, muzium yang berkonsepkan rumah ini turut membawa kita ke 'suatu ketika dahulu'.  Kalau nak tahu, bangunan muzium ini juga sebenarnya telah dibina lebih dari 100 tahun yang lalu.

Heritage House a.k.a Muzium Gopeng
No 6, Jalan Sungai Itek, 
Gopeng (look for Gopeng roundabout)

Pesanan khidmat masyarakat : 
muzium ni dibuka dari jam 9 pagi sehingga 3 petang sahaja. Pastikan masa perjalanan di'adjust' bebetul okaysssss.....

Moh kita terojah (masuk) dalam Heritage House.


Heritage House terletak di deretan bangunan lama yang telah dibina lebih 100 tahun yang lalu.  Ciri-ciri bangunan lama  terutama dari bingkai-bingkai tingkap, tiang-tiang di laluan pejalan kaki dan atap masih lagi dikekalkan.

Yang korang tengok ni merupakan salah satu dari bangunan muzium.  Ada satu lagi yang jaraknya hanya 50m dari bangunan ini.  Kalau pusing-pusing roundabout pekan Gopeng ni, memang akan nampak..

Owhhh, satu lagi, dalam bangunan yang ini ada kopitiam di bahagian dapur kedai.  Tak boleh nak cerita lebih-lebih sebab tengok dari pintu ke dapur sahaja.  Ramai dan penuh juga orang, best kot?  Tempat nampak selesa tapi hidang apa tu, teman idak le tahu.

Ok jom masuk.  Dah lama dah ngidam nak masuk tempat ni.  Asyik tak kena masa je.. Sampai je dah tutup, sampai je dah tutup.  Oleh yang demikian, diingatkan sekali lagi supaya rancanglah masa perjalanan ok.

Ini dari muzium yang pertama.  Dalam bahagian ini dipamerkan sejarah Gopeng dari tahun 1950-an dan di bahagian dinding yang satu lagi dipanjangkan sehingga tahun 2000.  Menurut auntie dan seorang cikgu berbangsa Cina yang tengah duduk dalam muzium ni, sejarah Gopeng ini akan diperkembangkan lagi dan ditambah dari masa ke semasa.

Sekali pandang, memula tertipu tempat yang ditampal dengan nama jalan ini adalah jalan asal Jalan Sungai Raia (eeee tepuk dahi!) sebab memang ada lorong yang rupanya hanya ke belakang rumah. Keunikkan penanda nama jalan ini, adalah dari penanda nama jalan yang asal dan diperbuat dari besi berat.  Tak percaya, boleh datang tengok dan pegang sendiri.

Antara lampu-lampu antik iaitu lampu-lampu minyak tanah... Ada satu tu yang ada gambar makwe cina, mana ntah mak  letak erk??

Sebahagian dari jam-jam dinding dan radio zaman dulu.

Set-up dapur rumah dulu-dulu.   Ni dapur orang kaya ni sebab tempat masak dah siap simen.  Kalau tidak, bukan ke masak pakai bata lepas tu baru letak kuali??? Cuba tengok kat dalam almari, mangkuk sia, mangkuk tingkat, tembikar semua ada.

Yang ini guna untuk buat kuih bulan???

Ok, satu.. dua.... tap!! Siap! Peralatan penggambaran antara yang dipamerkan bersama 800 barang antik yang lain.

Peralatan menoreh getah dan mesin getah sekerap.  Getah merupakan salah suatu sumber ekonomi utama di Gopeng suatu ketika dulu.  Kalau ada sesiapa tak pernah masuk ladang getah, sila lajak sampai ke Kampung Jahang sini, ada ladang getah dan kelapa sawit. 

Dah pindah masuk Heritage House utama, jumpa ini.  Yer, saya pernah kena dodoi dalam buaian yang sama  macam ini.

Ingat entri yang sebelum ini, ada suruh teka gambar tu gambar apa kan? Haaaa inilah dia rupanya buaian (errrr) raga dodoi budak.  Ini pertama kali tengok! 

Salah satu tangga dalam rumah.

Umah sapa nih??? Chombi mana? Hahahaha... Dah serupa nak lari rumah dah nih...

Kalau rumah siapa yang ada katil besi dulu-dulu kat rumah mesti dah biasa tengok tiang kat tepi tu.

Rumah yang kita pergi ni mesti rumah orang kaya tauke ladang getah atau lombong nih...  Ni tempat cuci muka.  Iyalah  muka kena maintain sebelum keluar dari bilik.  Hampir semua bilik tidur dalam Heritage House ini ada tempat mencuci muka.  Ada yang diletakkan bersebelah dengan katil, dan ada yang diletakkan di sebelah meja solek.

Percaya atau tidak, ini ruang rehat yang letaknya di atas loteng.

Ruang makan.  Yang tangga naik atas tu ialah tangga untuk naik ke loteng.

Bilik tidur utama.

Tempat aku rehat bersenang-senang... eh???  Hahahahahaha....  

Oklah jom kita balik ke zaman asal.  Untuk hari itu, aku dan Maszuber menghabiskan dua jam dalam dalam kedua-dua bahagian Heritage House ini.  Memang berbaloi sangat pergi dan aku syorkan Moh ler ke Perak!!  

Orrait... sekian untuk siaran kali ni...  Teman nak menyukat jalan ni.... Keroje...





Monday, January 28, 2013

MiSi IPoH HiDDeN GeM PaRT 3 : KeLLie'S CaSTLe, BaTu GaJaH

Assalamualaikum dan Salam Jom Pi JaLaN!!!

Meh sini nak sambung Misi Ipoh Hidden Gem...



Mengikut peracangan asal, selepas ke Tasik Cermin, kami akan terus menuju ke arah Gopeng dan Batu Gajah bagi hari pertama.  Dek kerana misi kurang berjaya, maka setelah meriki segala  ceruk jalan dan bertembung dengan lori-lori gaban a.k.a hantu, kami pulang berehat sebentar untuk solat dan rehat.  Cadangnya balik setengah jam tapi aku ralit search pasal tasik dan Byya terlena pula. Sejam kami rehat sebelum keluar semula.

KeLLie'S CaSTLe, BaTu GaJaH

Perjalanan dari Bandar Ipoh ke Batu Gajah pada kebiasaannya hanya akan mengambil masa 20 minit.  Petang ni langit biru wooOOOOOO... Bestnya!!!!

Nak tahu pasal tempat ni leh tengok kat sini --> cik wiki menjawab

Tiket masuk yang dikenakan adalah RM4 seorang bagi pelawat biasa dan bayaran RM50 dikenakan bagi shooting pengantin.

Tiba-tiba tepon bunyi #drama1
"KJ, haa jadi ke nak g kebun durian?"
"Errrr... kata ada tetamu nak datang?  Sempat ker?"
"Diorang dah balik.  Pukul berapa boleh sampai?  Jangan lelambat.  Gelap dalam kebun nanti!"
Aku pun pandang Byya, "Hurmmm agak-agak berapa lama eh kita dalam ni?"

Tiba-tiba tepon bunyi lagi #drama2
"Mas, korang kat mana?"
"Jalan-jalan larrr"
"Aku nak datanglah join korang! Hahahahaha.." <-- jeles letew
Tunggu dan tengok siapa yang akan join aku dan Byya esok!!! Weee~ meriah!!!!

Kalau tengok dari luar, tempat ni memang tak berapa nak besar.  Konon-konon sejam je boleh habis.  Dah masuk kaluuuuuuu... nahhhh tempat ni memang tersangatlah best untuk buat shooting!!!! Kalaulah tak disebabkan tempat ni nak tutup, harus kami tunggu sampai matahari terbenam dari atas bumbung!!! 

Waktu melawat Kellie's Castle pagi sehingga jam 6.30 petang.  Spending time kami berdua kat sini dekat 2 jam... 

*hari ni demam, tapi nak update gak sebab kalao tak semua kena bertabah tunggu tak tahu bila blog ni akan bersambung... bertabahlah






Laluan misteri di mana kononnya bayang Mr Kellie lalu-lalang di sini

Bilik bawah tanah... Gelap!!!  Ni main petik je kamera dengan flash.. Kalau tetiber cik tikus ke apake ehem, aku pasrah!! Hahahaa

Ni bilik untuk minum arak terletak berhampiran dengan bilik bawah tanah arak

tempat lif katanya


Ni tempat "Party on the Roof!"  Meh buat pesta kat sini!

Dan shooting

Posing

ok! stop!

Ni pemandangan dari mansion lama iaitu rumah asal...

Ok lupa nak tunjuk... Ni sebahagian dari mansion / rumah asal mr Kellie sebelum merancang untuk duduk dalam Istana

Gambar-gambar terakhir sebab bateri nak habis nyawa dah... Tepuk dahi! Pap! Pap!

Adakah retis dari Travelholicawesome akan mengambil gambar kahwin di sini????  Atau dari kengkawan dari KaKi JaLaN???

*nak jurugambar kahwin / majlis leh emel kat aku erk!  kawasan Ipoh dan sekitar lembah Klang gitew #iklan

Cari Mr Kellie Smith kah yang dok ulang-alik tuh???

Ok, ada satu lagi misteri di kawasan Kellie's Castle ni dan memang amazing!  Pokok beruang!!! Nak tengok???

Nahhhh sebijik macam Yogi Bear!!!  Pokok ni memang tinggal batang jer... Daun pun takde tapi kepala beruang ni elok tak berapuh pun...  Kalau datang sini, jangan lupa tengok ya!

Oklah nak cau cin cau.....  teman akan berada di Tepen untuk hari ini, esok dan lusa untuk meluaskan kawasan jajahan eh? melawat rakyat jelata??? Hurmmm merapu dahhhhh.... srok srekkkk srok srekkkkkk haihhhhh tension!!

Last but not least....... #misteri adakah wujud tasik yang dinamakan sebagai Tasik Cermin??? #speku #usaha #gigih dan #jaya <--- gaya tulis macamlah boleh link ke twitter