Salam Monday Blues. Salam Satu Malaysia dan Salam Jom Pi Jalan :D
Mula-mula sekali nak ucap terima kasih banyak-banyak buat semua kengkawan kat sini yang sudi undi blog KaKi JaLaN kat MITBCA 2013. Weeeeeeee, ai tacing taw dengan semua orang pasal support menyaport nih.... Terima kasih..... Doa la pulak untuk ke peringkat seterusnya... #terustadahtangan
Ok.. meh kita jenguk Royal Belum World Drums Festival 2.0 (versi tahun kedua kekdahnya) yang aku dan Maszuber pergi malam tadi di Padang MBI, Ipoh. Fiuhhhhhhh, memang cuaca tak berapa nak best satu hari suntuk di Ipoh dari pagi sampailah ke malam. Hujan!!! Masa kami keluar, hujan dah ala-ala sidang tapi sampai sahaja kat padang MBI tu, nahhhhhhhh..... "Hadeiii, lebat la pulak! Jom kita layan tekak dulu lar nak?!" Nasib baik tempat event tu betul-betul sebelah dengan gerai-gerai makan... Ngeeeee......
Ada orang tanya, "Mas, best ke tengok orang main drum ni?"
Sebab minat orang yang berbeza-beza, jadi jawapan aku seharusnya. "Hoyeahhh BEST OKAYSSSS"
Bak lagu Kesha tajuk dia 'Die Young' yang tengah popular sekarang nih "I hear your heart beat, to the beat of the drum.... (ok lirik lepas tu dah tak berkaitan!) #motip pulak tetibe letak lagu omputih! Errrr.....
Drum ini universal dan worldwide (apakah bezanya??). Peranan drum atau lebih umumnya muzik di kalangan sesetengah masyarakat sangat besar dan memainkan peranan penting sama ada dalam upacara keagamaan, kebudayaan mahupun dalam kehidupan harian diorang. Macam kat Malaysia sekarang ni, masih lagi demam Tahun Baru Cina, bergendang-gendang drum tarian naga dan singa. Tiba masa cuti sekolah, berpalu-palu bunyi kompang mengiring pengantin (kelopak jantung, kelopak jantung bunyinya). Belum pula kira pada hari-hari istimewa, bila nobat dimainkan di adat istiadat istana. Kalau nak cerita memang, bersiri-siri agaknya entri ni, hehehe :)
Untuk aku, kalau dengar bunyi drum ni, memang hati tu rasa macam kena palu. Bukan dalam cara yang tak baik, tapi dalam cara yang aku suka (tolak tepi bunyi yang palu drum bingit). Ada seni dan sentuhan. Oleh yang demikian, memang tak dinafikan sekiranya ada orang memperkenalkan kaum etnik, budaya masing-masing menggunakan drum (namanya berbeza mengikut alat).
Jom, nak kongsi gambar-gambar yang sempat aku bidik. Sesambil tu cerita macam biasa deh! Hadoiiii jauh ke main dari pentas, ramai orang dan hujan!! Huwaaaa sob. sob!
Ini persembahan yang pertama yang kitaorang tengok. Dari Republic of Maldieves, Harubee namanya |
Ini persembahan dari Nakhornsawan Rajabhat University dan Absolutely Thai. |
Dari Tataloe Perkusi, |
Wicket Aura dari Singapura. Mantap!!! |
Persembahan drum dari barang-barang kitar semula. Antara bahan yang digunakan oleh Tataloe Perkusi termasuklah periuk, tong sampah, zink, kuali, botol dan apa lagi eh??? Lidi kot! |
Persembahan dari kumpulan tempatan dari Perak iaitu Perkusi Gatra. Siap nyanyi lagu Wan Lebor iaitu lagu rakyat negeri Perak, hihihi.... Sangat meriah!! |
Pancarsura dari Bandung, Indonesia memainkan musik etnik seperti Sunda, Bali di Indonesia yang diharmonikan dengan musik jazz |
Persembahan dari ASWARA. Yeahhhh 'beat the drum!!!!!' I'll go with you!!!!! |
hebat kot yang menari ni. rasanya kalau aku yang menari, harus pening dan pitam. Berpusing-pusing. Kalau korang search lagi kat internet, wahhh siap macam terbang lagi penari nih.... |
Gambar terakhir sebelum simpan kamera.. Hihihi.. |
Oklah nak balik dah... Nak cari lagu Wan Lebor.. Awat ntah, bila dah pindah kawasan jajahan ni, selalu pula dengar lagu ni.. Terpaksa nyanyi!! Hahahahaa.
6 comments:
bagusnyer entry nih.
seni itu luas
seni itu indah
dan
seni itu global
(tetiba tak buta seni?)
Wow bagusnya entry ni... culture sangat!
Cantik kain beso mamat yang pusing2 tu.
Wahhh tak sesia tercalon dalam tourism culture blog! tersgt byk kebudayaan yg diperkenalkan! tahniah dari kami!
yuhuuuu
wink wink
k bai ;)
wah dasyat jgak drum festival ni.. patut la korg tggu sampai abis aritu.. hehe
keren juga ni
Post a Comment